Berakhir Tahun 2016, Tercapaikah Impian?

Yanto Tour Guide dan photographer Bali Indonesia
Yanto Tour Guide dan photographer Honeymoon Di Bali Indonesia

Assalammualaikum w.b.t

Kenangan Penghujung Tahun 2016 | Terasa sekejap sahaja dah nak beralih tahun, pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2016. Pelbagai dugaan dan kenangan yang dapat Mrsyanie rasai, pasti ada yang suka mahupun duga. Sedih pulak rasa nak tinggalkan tahun 2016 kerana ia menunjukkan kita semakin hari semakin meningkat usia. Alhamdulillah apa-apa pun kita perlu lalui dan terima untuk perbaiki diri untuk masa hadapan.

Perkongsian Travel Bagi Tahun 2016 Menyeronokkan
Yanto Tour Guide dan photographer Honeymoon Di Bali Indonesia

Perkongsian Travel Bagi Tahun 2016 Menyeronokkan

Perkongsian travel bagi tahun 2016 menyeronokkan kerana lokasi travel yang Mrsyanie kongsikan antara lokasi yang tersenarai dalam list travel Mrsyanie. Syukur kerana diberi kesempatan untuk membuka ruang kotak selesa Mrsyanie selama ini. Bila kita travel atau jelajah negara orang, macam-macam sebenarnya kita belajar. Dari segi kehidupan, rasa bersyukur dan Mrsyanie pelajari untuk lebih berani serta berdikari.

Percutian Di Luar Negara

Lokasi luar negara yang dapat Mrsyanie jejaki adalah

1) Ho Chi Minh Vietnam
2) Bali Indonesia
3) Phuket-Krabi-Hatyai Thailand

Dalam pencapaian Mrsyanie sebagai seorang blogger bila tahun ini Mrsyanie berpeluang travel keluar negara dengan tiket seorang blogger. Walaupun ke negara jiran tetapi ia menjadi satu inspirasi Mrsyanie untuk terus kongsikan setiap perjalanan travel Mrsyanie. Terima kasih kepada Ayden Averroes Travel Sdn.Bhd. dan KBBA9 kerana membuka ruang dan peluang kepada Mrsyanie. Yeahh tahun depan kemana pula ye? Ada yang nak sponsor boleh hubungi Mrsyanie ye..hihi eehh terpromote pulak..

Percutian Dalam Malaysia

Bagi percutian dalam Malaysia tak pernah Mrsyanie lupakan tau. Malaysia mempunyai lokasi-lokasi yang menarik untuk dikunjungi dan masih banyak lagi tempat yang masih belum Mrsyanie terokai. Mungkin dari tahun ke tahun akan Mrsyanie jejakkan kaki ke lokasi di seluruh Malaysia. Doakan murah rezeki boleh Mrsyanie jalan-jalan tau hihi..

See also  Tips Travel Bajet Dengan Make 11.11 Fly Traveloka

Terima kasih kepada semua yang sudi menaja Trip Cuti-Cuti Malaysia Mrsyanie dan Mrlaling, walaupun yang bukan tajaan juga kerana melayan kerenah Mrsyanie dan berikan perkhidmatan yang terbaik.

Legoland Malaysia
– Tadom Hill Resorts
Han Rainforest Resort Taman Negara Pahang

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Melaka
XCape Sungai Lembing Pahang
Bukit Bendera Penang

Pulau Tioman Pahang

Hotel Swiss-Inn Johor Bahru
Hotel Grand Lexis Port Dickson

Hotel Vivatel Kuala Lumpur
Hotel Oriental Star Lumut

– Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Hotel ERed Pulau Pinang

– MnM Homestay Batu Pahat Johor

Hotel Cyberjaya Citadines Dpulze
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut Perak

Banyak lokasi di Pahang dan Johor rupanya tahun ni..hihih Perkongsian travel bagi tahun 2016 menyeronokkan, bagaimana pula perkongsian travel tahun 2017? erm..Itu semua kena tunggu lah ye masuk tahun hadapan Mrsyanie akan cerita setiap percutian yang Mrsyanie pergi.

Tips Travel Bajet

Mrsyanie kongsikan sedikit tips percutian bajet :

  • (1) Rancang Percutian Awal

Digalakkan untuk merangcang percutian lebih awal, jika Mrsyanie perancangan dibuat setahun lebih awal tetapi minimum tempoh dalam 3-4 bulan sebelum tetapi bergantung kepada lokasi yang hendak dituju.

  • (2) Kumpul Bajet Khas Untuk Percutian

Bajet paling penting bila kita dah plan lokasi percutian, ada juga yang bajet menuntukan lokasi percutian (ini sekiranya waktu yang agak singkat). Bila kita dah tahu lokasi atau tempat yang ingin dituju, mula lah buat tabung untuk trip nanti. Jika dari awal korang buat tabung travel lagi bagus tau, ada bajet boleh kemana je yang korang nak.

  • (3) Voucher Murah / Tiket Promo
See also  Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Harga Pakej Kanak-Kanak

Ambil peluang untuk buat tempahan tiket waktu promo kerana waktu tu harga akan jadi lebih murah. Korang juga perlu rajin untuk mencari travel agent yang menawarkan voucher, ia akan lebih murah. Tetapi perlu diingatkan berhati-hati dalam membuat pembelian voucher sebab voucher ada waktu yang tertentu untuk ditebus. Jangan sampai ditipu ye..opss..

  • (4) Penginapan

Untuk penginapan korang boleh cari harga yang agak berbaloi tetapi ingat ye tengok lokasi yang korang nak pergi adakah selamat untuk ambil hotel terlalu bajet (jika travel seorang). Yang penting keselamatan dulu, kemudian cari hotel yang agak bajet tetapi selesa. Macam mana? Korang boleh baca dari review pengunjung hotel tersebut atau boleh baca di blog yang pernah review hotel tersebut.

 

 

Till Next Entry ye!!!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*