Assalammualaikum w.b.t
Teruja Pool Private Keunikan Grand Lexis Hotel Port Dickson | Bila impian tercapai rasa nak melompat setinggi awan tau. Mesti korang pun ada wishlist kan? Antara impian Mrsyanie adalah untuk menginap di hotel yang ada pool private. Ingatkan dapat merasa di Bali nanti eh bila pulak nak pergi Bali nya kan hihi tapi ditunaikan hajat Mrsyanie lebih awal. Alhamdulillah dan terima kasih juga pada Mrlaling kerana penuhi impian Mrsyanie. Kalau korang nak tahu Lexis ada 4 jenis hotel dan resort. Ada Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Suites Penang dan paling mahal adalah Lexis Hibiscus Port Dickson.
Grand Lexis Hotel Port Dickson
Di Port Dickson terdapat 2 jenis resort yang ada kolam persendirian dalam bilik iaitu Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson. Mulanya minggu lepas programnya nak bercuti ke pulau dah siap cari pakej-pakej yang menarik tau. Tapi disebabkan ada urusan hospital terpaksa kami fikirkan semula untuk bercuti jauh-jauh. Mrlaling lah tiba-tiba meluahkan hasrat untuk ke Lexis mau tak melompat rasanya, salah satu wishlist travel Mrsyanie tau. Apa lagi terus google untuk booking bilik tapi jika check in pada hari sabtu yang tinggal hanya bilik di Lexis Hibiscus yang bernilai RM1k/malam. Waduh banyak lagi list percutian dalam masa terdekat ni jadi kami ambil keputusan untuk check in pada hari ahad dan pilihan hotel adalah Grand Lexis.
Port Dikcson, Negeri Sembilan- Day 1
Kami sampai Port Dikcson (PD) lebih kurang jam 11.00 pagi dan terus kami ke Pantai Teluk Kemang untuk makan tengahari. Sebaiknya korang jangan makan dekat medan Pantai Teluk Kemang tau. hihi Mrsyanie dah terkena makan tengahari laut simple sangat untuk 2 orang dengan harga RM24.00 tau. Tambahan pula lauk ikan yang diambil kurang enak bau, tak leh nak makan. Rugi betul huhu..
Perjalanan dari Kuala Lumpur sampai ke PD mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit (bergantung kepada kelajuan korang bawa) kami bawa perlahan jew hihi.. Kalau korang nak tahu check in hotel yang ditetapkan jam 4.00 petang tetapi lepas makan kami terus telefon hotel sekiranya dapat check in awal. Pihak hotel suruh datang daftar dahulu jika bilik ada diorang akan bagi masuk terus. Kami pun bertawakal jelah jika ada bilik kosong dapatlah kami masuk awal. Jarang antara Pantai Teluk Kemang dengan hotel lebih kurang 5-10 minit jugak tau. Ianya terletak berhampiran dengan bandar Port Dickson bukan di kawasan Pantai Teluk Kemang ye kerana ianya lebih kepada pantai persendirian (private beach).
Sampai sahaja kami terus daftar dan rezeki kami dapat check in awal jam 12.00 tengahari. Tak banyak kerenah sangat untuk check in kerana Mrsyanie telah membuat pembayaran penuh hotel sebelum datang. Mrsyanie tempah terus melalui hotel melalui telefon sahaja. Korang juga boleh tempah melalui website hotel atau melalui agent seperti Agoda, Trivago dan sebagainya. Harga juga bergantung kepada tawaran setiap agent berbeza tau, sebelum datang korang kena banyak survey ye tapi Mrsyanie terlalu last minit tempah hihi..
Tempahan Terus Ke Hotel
Jika korang tempah terus melalui hotel menggunakan talian telefon. Korang perlu membuat bayaran penuh, cam ni lepas korang tempah pihak hotel akan hantar satu email pengesahan untuk pembayaran. Ada dua keadah pembayaran samada kad kredit atau bankin terus ke akaun pihak hotel melalui Maybank. Mrsyanie terus membuat pembayaran melalui bankin ke akaun Maybank hotel. Selepas itu korang perlu menghantar bukti resit pembayaran melalui email beserta borang yang diberikan dan kemudian pihak hotel akan hantar email mengesahkan diorang terima. Pastikan korang bawa resit atau bukti pembayaran sewaktu check in (waktu Mrsyanie diorang tak mintak tapi lebih baik bawa dan simpan untuk kes terpencil) Mudah jew!

Kenapa Grand Lexis dan kenapa tak Lexis Hibiscus kan?
Pool Private Keunikan Grand Lexis Hotel Port Dickson
Mrsyanie buat perbandingan terutamanya pada harga. hihi.. Mrsyanie buat perbandingan harga bilik bersama sarapan pagi, dimana hotel Grand semalam dengan harga RM570.00/malam manakala Hibiscus dengan harga RM750.00/malam. Pilihan kami adalah Grand Lexis kerana beberapa faktor tapi pada korang yang inginkan kelainan dari segi bilik yang mewah boleh pilih Hibiscus kerana bilik disana lebih cantik, gaya moden dan semestinya ada perbezaannya. Tapi kalau diberi peluang lagi sekali teringin juga Mrsyanie nak duduk semalam di Hibiscus Lexis. hihi Pool Private Keunikan Grand Lexis Hotel Port Dickson yang lebih murah berbanding Hibiscus.




Sampai sahaja terus terjah ke pool dan tak sabar pulak nak terjun hihi.. Main celup-celup kaki dulu jelah. Antara kemudahan lain yang disediakan seperti dapur mini (Dry Kitchenette) yang siap ada microwave, mini peti sejuk (Mini fridge), Separate bath and toilet Rain shower, hairdryer, In-room safe box, LCD flat screen TV bersama Astro – 19 siaran, Electric kettle, dan Iron & ironing board.

Lagi menarik korang boleh lihat pemandang dibawah seperti gambar diatas. Tapi mula sampai nampak batu je sebab air surut. Kena tunggu air pasang baru lah nampak air. Bilik yang Mrsyanie duduk agak ke tepi dan belakang sedikit tapi dekat dengan pemandangan laut. Next entry Mrsyanie ceritakan lebih lagi. Sebelum itu Mrsyanie bagi dulu ringkasan kos atau bajet yang Mrsyanie dan Mrlaling keluarkan. Pool Private Keunikan Grand Lexis Hotel Port Dickson adalah salah satu tarikan pelancong untuk ke Port Dikcson.
Ringkasan Bajet:
Hotel 2hari 1 malam (Deluxe Pool Villa Grand Lexis): RM570.00
Kos minyak dari Kuala Lumpur ke Port Dickson (Myvi): RM 18.00
Kos tol dari Sungai Besi ke Port Dikcson: RM 7.70 (sehala)
Makan tengahari 2 orang di Pantai Teluk Kemang: RM 24.00
Untuk maklumat lanjut:
Website Lexis: http://www.lexis.my/
Website Grand Lexis Port Dickson: http://www.grandlexispd.com/
Cantikk! luar dalam semua cantik … teringin nak bawa family ke sini satu hari nanti 🙂
Bestnyaaaaa. Dh lama teringin nk p
Wuuu bestnyaaaa…. yanie if nk makan tengahari..
Area pusat latihan risda, tepi masjid bawah pokok ada sign board teh o 50sen kalo x silap.. kalo lunch situ murah…
Nanti nk cobalah..
Teringin sgt nak pergi. Maybe one day.. inshaa Allah..
bestnya yanie..nnt story lagi bab keselamatan bawa anak dll ok.kalau hujan boleh mandi ke…ada atap ke..hish..bnyk pula soal
Private pool tu yg menarik sgt tu. Boleh berkubang anytime kan, best!
yang ada anak kecik ok x?
Ok sebab diorag adas sediakan pintu dan ada selak atas supaya budak tak sampai untuk buka. Jika malam kunci sahaj semua pintu yang boleh masuk ke pool.
Teringin gak nak stay sini… Bestnya dpt bincang2 tepi kolam tu.. Hahaha
Teringin gak nak check in lexis ni…
Tapi kita p yg dekat dulu lah yg kat Penang ni dulu
Wah.. Bestnya.. Boleh berendam… Hihi….
Dah dapat pergi. mmg rezeki betul. Tapi.. harga mmg giler. sbb cuti sek. hahah.. jemput baca.. http://shehanzstudio.com/2016/09/kemewahan-kolam-peribadi-sendiri-review-grand-lexis-port-dickson.html/
Really helpful. Much to learn from the post. Thanks a lot for sharing an amazing content