Assalammualaikum w.b.t
MnM Homestay Batu Pahat | Korang ingat tak percutian Mrsyanie ke Legoland Resort Malaysia yang lepas bersama Kelab Blogger Ben Ashaari? Kalau lupa klik LEGOLAND® Malaysia . Lepas dah berjimba sakan mandi manada di Legoland, bersiap lah nak balik. Tapi masing-masing dah penat, mana nak rehat ni. Akhirnya kami tidur semalam di MnM Homestay Batu Pahat, Johor.
MnM Homestay Batu Pahat
Gigih Mrlaling kata larat nak drive balik, tapi bila hari kejadian dah semua kepenatan. Mau taknya memang sangat enjoy dapat mandi manda sepuasnya kat Legoland Resort Malaysia. Nasib rezeki kami untuk berehat di MnM Homestay Batu Pahat. Terima kasih jugak kepada blogger Mimin sebab syorkan dan pelawa kami untuk menginap di MnM Homestay Batu Pahat. Lokasinya betul-betul dekat pekan Batu Pahat dan tak jauh dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Senang nak nampak homestay nya, sebab dekat dengan jalan utama dan satu-satunya rumah warna hijau disini tau. Parking pun mudah siap ada kerusi batu diluar. Sebab dah lewat malam, kami pun tak nampak sangat ada apa disekiling jadinya terus masuk rumah. Wah terkejut gak sebab setiap perabot disusun rapi dan bersih. Kemudahan dan rasa macam rumah sendiri lak, selesa sangat dengan ruang tamu yang luas.
MnM Homestay Batu Pahat mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Cukup selesa bagi kami dan setiap bilik lengkap dengan katil dan almari tau.
Bagi yang mempunyai keluarga besar, korang siap boleh masak kat MnM Homestay Batu Pahat tau. Dapur dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Memang puas hati dan lena kami tidur tau siap ada aircond lagi dibilik tidur.
Antara kemudahan yang disediakan di MnM Homestay Batu Pahat seperti peti sejuk, mesin basuh, television, sofa, dan lengkap bagi sesebuah rumah. Harga sangat berpatutan dan bagi Mrsyanie murah untuk satu rumah yang penuh dengan kelengkapan. Ni peta bagi memudahkan korang datang ye, bagi yang nak konvo di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pun sangat sesuai untuk sewa homestay ni. Tak jauh dah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Untuk maklumat lanjut:
MnM Homestay Batu Pahat Johor
Alamat: No 9, Jalan Gading,
Taman Gading, 83300,
Sri Gading, Batu Pahat, Johor
No Tel: 012-7320480 (Azi) & 017-8438272 (Din)
Website: http://mnmhomestayblog.blogspot.my
Facebook: MnM Homestay
Till Next Entry ye!!!
kemas dan tersusun