[Hotel Review] Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Melaka

Assalammualaikum w.b.t

 

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech |  Permulaan tahun 2016 bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dalam satu Bengkel Fotografi KBBA. Bengkel Fotografi KBBA berlangsung di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech, Melaka.

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Melaka

Mrsyanie tak mahu cerita lagi mengenai Bengkel Fotografi, jangan risau Mrsyanie buat entry khas mengenai Bengkel Fotografi kami ye. Dalam entry kali ini, Mrsyanie nak story mory dengan korang mengenai Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech. 

 

sumber gambar: Kak Saidila

 

Ini kira percutian pertama Mrsyanie pada tahun 2016 dalam Malaysia. Yeah terjah Melaka kita.!! Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Melaka merupakan resort yang bertemakan kehidupan dalam persekitaran semulajadi dan lebih menekankan konsep tumbuhan hijau.
 
Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech terletak di Durian Tunggal, Melaka. Ia terletak di atas kawasan seluas 30 tanah berbukit dan rata dikelilingi oleh kawasan pertanian dan tumbuh-tumbuhan hijau (suasana alam semulajadi) yang sesuai untuk bersantai atau untuk aktiviti-aktiviti seperti latihan fizikal dan kecergasan, perkhemahan, kem motivasi, kursus, seminar dan sebagainya. 

Jenis Penginapan yang disediakan di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Melaka:

  • Villa 14 Bedded
  • River View 2 Bedded
  • River View 6 Bedded
  • Garden View 8 Bedded
  • D’Lodge 6 Bedded
  • Chalet 10 Bedded

Villa 14 Bedded

sumber gambar: Kak Saidila

sumber gambar: Kak Saidila

 

Kemudahan yang terdapat di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Melaka termasuk :

  • Dewan terbuka dan dewan tertutup yang boleh memuatkan sehingga 70 orang, 
  • Dewan makan, Perkhidmatan katering, 
  • Tapak perkhemahan, 
  • Karaoke, 
  • Bilik mesyuarat, 
  • Bilik latihan, 
  • Surau, 
  • Kolam renang, 
  • Padang,
  • Peralatan PA sistem
  • Kemudahan untuk aktiviti lasak. 
See also  AL' ARD Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Sesuai Untuk Bayi

Dewan Tertutup

 

Dewan Terbuka

Bilik Seminar

Bilik Mesyuarat

Surau Teratak

Kolam Renang


Rumah Kasut (Karaoke) 

 

Di sini sangat sesuai untuk organisasi korang nak jalankan seminar, bengkel atau apa sahaja, family day pun sesuai. Korang boleh request apa sahaja yang berkaitan untuk program korang. Makanan disini pun sedap. Yang penting ulam ulaman tetap ada disajikan. Alhamdulillah memang sangat seronok dan puas hati!
 
 

Lokasi Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech:

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech terletak kira-kira 7 batu atau 15 minit dari pekan Durian Tunggal. Jangan risau korang boleh waze sahaja Agrofarmstay @ Skill-Tech. Mrsyanie dari highway keluar Tol Ayer Keroh Melaka, kemudian melalui UTeM Melaka. Dekat jew tapi korang kena lah tumpang lalu dalam UTeM. Dalam 10 minit sampai dari UTeM Melaka.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:
Alamat: Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 
            76100, Durian Tunggal, Melaka 
 
Boleh Menghubungi : 
           Encik Bari – 012-211 8246 
           Encik Mat – 016-209 8623
 
 
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*