[Hotel Review] Tempahan Hotel Last Minute Dengan Harga Berbaloi

Assalammualaikum w.b.t

Hotel Selesa Pilihan di Cyberjaya | Gara-gara tiada perancangan awal, akhirnya Mrsyanie terpaksa juga buat tempahan last minute setelah penat mencari penginapan sekitar Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pada mulanya Mrsyanie hanya ada event blogger hari Ahad sahaja, alah event Kuala Lumpur Modest Fashion Week (KLMFW) 2016 jadi balik hari sahaja.

Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel Menjadi Pilihan Akhirnya
Tempahan Hotel Last Minute Dengan Harga Berbaloi

Tempahan Hotel Last Minute Dengan Harga Berbaloi

Tak ada lah Mrsyanie buat perancangan untuk tempahan hotel hihi.. Tapi rezeki Mrsyanie untuk makan Cheese kek sepuasnya, dapat jemputan dari Cat & TheFiddle Cheese Cake Malaysia pulak. Jemputannya pada hari Sabtu, mulanya tak rancang nak pergi. Fuh nasib baik Mrsyanie terima tawaran jemputan ni tau. Cheese kek nya memang sangat sedap dan antara yang terbaik Mrsyanie pernah rasa bagi Cheese Cake tau. Ehh bukan nak cerita pasal kek, kang mau terliur Mrsyanie semula. hihi..

Lepas habis event hari Sabtu tu, terus Mrsyanie dan Mrlaling ke Putrajaya untuk mencari hotel berdekatan bagi penginpan kami malam tu. Niat di hati nak menginap di hotel sebelah IOI Mall, antara hotel yang sempat Mrsyanie walkin untuk tanyakan bilik iaitu Palm Garden Hotel, dan Putrajaya Marriott Hotel tapi semuanya penuh yang ada pun bilik berharga RM1000.00 keatas. Wow! hihi.. Masak gak kalau walkin secara last minute ni, tapi akhirnya kami buat pilihan untuk mencari hotel melalui tempahan online sahaja. Cari yang berdekatan dengan PICC dan harga yang agak berbaloi untuk kami bermalam. hihi..

See also  Mee Tarik Warisan Asli Di SOGO

Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel Menjadi Pilihan Akhirnya

Apa lagi ligatlah Mrsyanie google untuk dapatkan penginapan kami, lagipun dah petang agak kurang berbaloi kalau kami dapat hotel yang mahal sangat. Akhirnya kami target untuk menginap di Cyberjaya, hotel yang betul-betul terletak disebelah Dpulze shopping mall iaitu Citadines DPulze Cyberjaya. Mrsyanie cuba buat tempahan terus ke hotel tapi harga last minute agak tinggi iaitu RM450.00 semalam. Garu kepala Mrsyanie dengar haha tapi pihak hotel mengesorkan Msryanie untuk tempat secara online kerana harga online akan lebih murah berbanding dengan harga walkin last minute.

Harga dan Tempahan melalui Agoda.com
Tempahan melalui Agoda.com

Tempahan hotel dari laman website hotel pun masih dalam harga yang mahal, jadi kami dapatkan melalui laman sesawang perkhidmatan tempahan hotel. Mrsyanie terjah laman web Traveloka kerana ia antara yang menawarkan harga yang terendah tapi nasib kurang baik tiada yang available. Akhirnya yang masih ada kekosongan di laman sesawang Agoda.com dengan tawaran harga yang agak berbaloi walaupun last minute hihi..

Harga bagi semalam penginapan kami beserta sarapan adalah RM 254.40 ini termasuk cukai dan cas yang dikenakan oleh pihak Agoda.com. Tempahan melalui Agoda.com tak susah, tapi untuk pembayaran Mrsyanie gunakan kad kredit. Bayaran akan dipotong terus melalui kad kredit tetapi sewaktu check in korang perlu membayar deposit RM100.00 kepada pihak hotel. Sewaktu check out akan di pulangkan semula nilai tersebut.

Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel Menjadi Pilihan Akhirnya
Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel Menjadi Pilihan Akhirnya
Ruang lobby Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel Menjadi Pilihan Akhirnya
Ruang lobby Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel

Cyberjaya Citadines Dpulze Konsep Apartment Hotel

Citadines Dpulze Cyberjaya  ini sebenarnya adalah berkonsepkan apartment. Terdapat 3 jenis bilik yang ditawarkan iaitu  Studio apartment, 1-Bedroom Executive twin dan 2-Bedroom Executive. Mrsyanie cadang nak ambil yang Studio apartment tapi penuh hanya ada tawaran 1-Bedroom Executive twin sahaja. Tak kisah janji selesa dan harga berbaloi. hihi. Kami dapat di tingkat 6 dan apartmentnya sangat cantik serta luas, boleh main kejar-kejar rasanya haha.. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai bilangan ahli 2-4 orang.

See also  Resepi Mudah Pancake Gebu Perisa Strawberi LAZZ
Cyberjaya Citadines Dpulze Konsep Apartment Hotel
Cyberjaya Citadines Dpulze Konsep Apartment Hotel

Kemudahan Lengkap dan Selesa di Cyberjaya Citadines Dpulze

Cyberjaya Citadines Dpulze hotel menjadi pilihan akhirnya kerana harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Pelbagai kemudahan asas yang lengkap disediakan oleh pihak hotel. Antaranya kemudahan yang disediakan:

1) Ruang Tamu dan Dapur:

  • 2-seater sofa
  • CD / DVD player
  • Dining table with chairs
  • HiFi system
  • Telephone (with IDD)
  • Cooker hob & hood
  • Electric kettle
  • Glassware, crockery, cutlery & utensils
  • Microwave oven
  • Refrigerator
Ruang Cyberjaya Citadines Dpulze
Dapur dan Ruang Tamu Cyberjaya Citadines Dpulze
Ruang Dapur yang lengkap dengan kemudahan

2) Bilik Mandi:

  • Eco-friendly bath amenities
  • Hair dryer
  • Standing shower
  • Towels & toiletries

3) Kemudahan di Bilik Tidur:

  • 2 single-size beds
  • Flat screen television with cable channels
  • Flat screen television with satellite & cable channels
  • Plug di katil
  • Iron & ironing board
  • Wireless internet (WiFi) access
Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel Menjadi Pilihan Akhirnya
Bilik Tidur Dengan Pemandangan Indah di Cyberjaya Citadines Dpulze Hotel

4) Kemudahan fasiliti hotel

Kolam renang Citadines DPulze Cyberjaya
Swimming Pool Citadines DPulze Cyberjaya

Kemudahan lainnya adalah gymnasium, self-service launderette, dan Swimming pool. Lagi satu bila korang menginap di sebelah shopping mall. hihi Nak makan atau tengok wayang ke, tak susah kerana Dpulze shopping mall semua ada. Hanya turun ke lobby dan ada pintu yang menghubungkan antara hotel dan dalam shopping mall. Keselamatan terjamin kerana pintu dikunci setiap masa dan hanya boleh dibuka dengan menggunakan kad akses bilik sahaja. Orang luar tak boleh nak masuk kawasan hotel tau.

Paling menarik bila korang bangun je dapat tengok matahari terbit dengan indah sangat di Cyberjaya Citadines Dpulze hotel menjadi pilihan akhirnya. Luas pemandangan kerana Cyberjaya masih lagi mempunyai kawasan yang tidak penuh dengan bangunan tinggi yang melindung pemandangan indah. Rasa tenang bila dapat lihat dari pemandangan atas setinggi 6 tinggi ini.

Unutk maklumat lanjut:

Citadines DPulze Cyberjaya

Alamat: Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12 63000 Cyberjaya

See also  PICC Buffet Ramadhan 2016 Penuh Kelainan

No. Telefon: +603 8689 9888

Email: reservation.kl@the-ascott.com

Website: www.citadines.com

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*