Assalammualaikum w.b.t
E-Red Hotel Bajet Tapi Lengkap Di Pulau Pinang | Ramai yang selalu kata pada Mrsyanie, ”tak pelah duit banyak boleh pergi bercuti dan berjalan”. Tapi bagi Mrsyanie sesiapa sahaja boleh untuk bercuti tetapi perlu mengetahui cara yang sesuai dan korang sebenarnya ada pilihan nak bercuti secara exclusive atau percutian bajet. Betul tak? Itu semua bergantung kepada kemahuan masing-masing dalam memilih. Anak ramai pun boleh tau jika korang pandai memilih. Korang masih ingat tak percutian singkat dan bajet Mrsyanie ke Bukit Bendera Penang? Disini lah penginapan semalam Mrsyanie bersama keluarga mertua, Hotel E-Red.
E-Red Hotel Bandar Perda (Bukit Mertajam)
Hotel ini terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Kawasannya tidak terlalu padat tetapi masih berdekatan dengan kawasan kedai. Kalau dari highway Utara Selatan pun tidak jauh lebih kurang 10 minit sampai. Sebenarnya hotel ini dicari oleh adik ipar Mrsyanie sempena percutian pendek kami ke Pulau Pinang. Sebelum itu Mrsyanie dah tanya siap-siap ada lift tak hotel ini, mudah untuk bawa mertua jika dapat bilik yang bertingkat. Adik ipar kata ada jadi itu salah satu yang menyakinkan lagi untuk kami menginap disitu.
Mrsyanie mulanya ingatkan kalau hotel bajet ni agak kurang selesa tapi tak pelah google dulu tengok website dia. Agak meyakinkan bila tengok gambar dalam website cuma ada rasa kerisauan. Yelah ada je yang letak gambar bilik hotel bukan main cantik dan selesa tapi bila tengok dengan mata sendiri. Errmm mengeluh jelah kan. Jadi Mrsyanie tak mengharapkan lebih keselesaan, jadi dapat tidur dan berehat pun dah bagus.
Teruja E-Red Hotel Bajet Tapi Lengkap Di Pulau Pinang
Mengejutkan bila Mrsyanie sampai sahaja ke hotel melihat bangunan hotel yang agak mewah. Terus rasa leganya tapi masih ada sedikit kerisauan ni. Pekerja hotel bahagian kaunter juga sangat mesra dan mudah untuk kami berurusan. E-Red Hotel Bajet Tapi Lengkap Di Pulau Pinang walaupun hotel bajet tetapi telah mendapat taraf 3 bintang.
Bilik yang kami tempah adalah jenis Standard Queen Room dan sebanyak 3 bilik. Mrsyanie dapat bilik yang berada di tingkat 3 manakala adik ipar dan mertua dapat di tingkat 1. Masuk je bilik, wah hembus nafas lega sangat. Selesa, bersih dan design moden tau biliknya.
Dengan lampu sinar berwarna biru menampakkan biliknya exclusive tetapi harga yang berpatutan. Inilah dikatakan walaupun hotel bajet tetapi keselesaan boleh melangkah ke taraf 4 bintang tau. Malah kelengkapan bilik lengkap siap ada hair dryer, Home Safe Deposit Box, TV (siaran Astro), wifi dan set teh dan kopi (Coffee and Tea Making Facilities).
Harga Bilik E-Red Hotel Bandar Perda (Bukit Mertajam)
Memang selesa dengan aircond yang sejuk, tilam yang empuk dan tiada sebarang masalah kerosakkan pun. Kalau korang nak tahu hotel ini juga menyediakan perkhdimatan saloon tau. Mungkin tertanya berapa harga semalam penginapan disini. Harganya:
Room Types | Beds | Rates |
---|---|---|
Standard Queen Room | 1 queen size bed | RM78 ++ |
Standard Twin Room | 2 single beds | RM88 ++ |
Deluxe Queen Room | 1 queen size bed | RM88 ++ |
Deluxe Twin Room | 2 single beds | RM108 ++ |
Korang juga boleh gunakan website lain seperti Agoda, Trivago dan booking.com. Kami terus tempah melalui hotel dan pembayaran boleh dibuat apabila sampai ke hotel tanpa memerlukan pembayaran awal. Cuma diorang akan ambil deposit bila korang check-in sebanyak RM100.00 untuk satu bilik.
Untuk maklumat lanjut:
E-red Hotel Bandar Perda
Alamat : 42, Lorong Perda Selatan 1, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia.
No Telefon: + 604 – 530 0008
Website:http://www.e-redhotel.com
Fascimile : + 604 – 548 5853
E-mail : eredhotelperda@gmail.com
murahnya.. boleh plan cuti2 ni..
Fuuuh best gAk duk otel ni nampak gayanya
Wah.. Murah dan berpatutan… Nnti bolehlah cikla rancang cuti dgn famili ke Penang… Tq mrsyanie atas perkongsian ni…
tak tau lak ada hotel ni. hehe boleh try nanti kan kak
Ok sgt harga dia tu.
Dekat sgt dah hotel ni ngn rumah kami