[Hotel Review] Bermalam di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru

Assalammualaikum w.b.t

Bermalam di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru | Sewaktu percutian ke Legoland yang lepas, Mrsyanie sempat untuk menikmati keselesaan di Hotel Swiss Inn Johor Bharu. Penat habiskan masa di Legoland, kami terus waze ke  hotel. Mudah sangat rupanya dan tak jauh dari Legoland. Perjalanan hanya megambil masa 10 hingga 15 minit untuk sampai dari Legoland.

IMG20160514191726
Hotel Swiss Inn Johor Bharu

Hotel Swiss Inn Johor Bharu

Hotel Swiss Inn Johor Bharu terletak di tengah bandar, kiranya dekat sangat dengan Danga Bay. Lega akhirnya sampai jugak Mrsyanie ke hotel dan terus Mrsyanie checkin. Staff nya pun baik dan ramah, sampai sahaja Mrsyanie ke kaunter disambut dengan mesra dan penuh dengan senyuman. Mrsyanie ambil yang jenias Cosy 2 Bedroom. Ruangnya tak besar tetapi terdapat 2 bilik yang disediakan. Jenis Cosy 2 Bedroom sangat sesuai untuk yang berkeluarga. Kiranya korang tak perlu nak sewa 2 bilik untuk asingkan anak-anak dan korang punya bilik.

IMG20160514191755

IMG20160515101652

Bermalam di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru

Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik mandi, tandas, peti sejuk mini, iron dan sebagainya. Mrsyanie datang dengan keluarga kakak, jadi memang sesuai untuk kami. Dapat sorang 1 bilik tetapi masih dalam ruang yang sama.

1
Hotel Swiss Inn Johor Bharu
IMG20160514191809
Hotel Swiss Inn Johor Bharu, BILIK 1
IMG20160514191711
Hotel Swiss Inn Johor Bharu, BILIK 2
IMG20160514191849
BILIK MANDI
IMG20160514191914
TANDAS

IMG20160514191921

Biliknya selesa tetapi bilik mandi dan tandas nya sahaja pintu daripada glass walaupun glass tebal yang tidak boleh nampak tetapi agak kurang selesa sebab boleh nampak bayang. Jadi kami buat keputusan tutup pintu dengan alaskan tuala. Yang penting anak buah Mrsyanie seronok dapat bercuti yeahh.

Kemudahan lain yang disediakan oleh Hotel Swiss Inn:

  • WIFI percuma
  • 24 Jam Security Patrol
  • 24 jam Pengawasan Keselamatan CCTV
  • 24 jam Akses Kad Kunci Keselamatan di Lobi Lif
  • Ample Covered & Outdoor Car Park
  • Scheduled Shuttle Transfer Service
  • Coffee House and Bar
  • Multi function Rooms (Meeting & Function)
  • Gymnasium
See also  Boat Noodle kini di utara?

IMG20160515105205

IMG20160515105144
Gymnasium

IMG20160515105249

Bermalam di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru
Bermalam di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru

Disini tidak disediakan swimming pool tau, jadi kalau korang plan nak bawa anak-anak mandi bawa je gi Legoland. Memang puas hati!. hihi Jika bermalam di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru ambillah bilik Cosy 2 Bedroom dan korang akan disediakan sekali sarapan pagi secara buffet untuk 4 orang. Bagi yang bawa anak kecil percuma tetapi ada had umur yang ditetapkan. Sarapan yang disediakan memang menarik dan citarasanya sedap bagi tekak Mrsyanie.

Boleh jugak klik entry dibawah:

Untuk maklumat lanjut:

Hotel Swiss-Inn Johor Bahru Official

Alamat: Lot 512, Mohd Mufti, Jalan Syed Mohamed Mufti,

                 Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Website: http://www.swissgarden.com

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*