D’Kayangan Steamboat Grill Best Di Shah Alam

Lokasi Steamboat & Grill Untuk Keluarga | Kiranya ini dah masuk 2 kali Mrsyanie datang menikmati keenakkan steamboat dan grill di Shah Alam. Pertama kali Mrsyanie ke D’Kayangan Steamboat Grill & BBQ sewaktu sebelum bulan puasa yang lepas. Tapi kali ini ianya penuh bermakna kerana Mrsyanie dapat membawa Mak Abah bersama bersteamboat dan grill.

D'Kayangan Steamboat Grill Best
D’Kayangan Steamboat Grill Best Di Shah Alam

D’Kayangan Steamboat Grill Best Di Shah Alam

Jauh perjalanan kami sampai ke Shah Alam Mrsyanie bawa keluarga untuk merasai makanan ala Steamboat dan Grill tau. hihi Perjalanan hampir 45 minit dari Tanjung Malim ke Shah Alam. Tak pernah mengecewakan setiap menu yang disediakan dan tidak sama sekali berkurangan pilihan seafoodnya tau. Disebabkan itu Mrsyanie memilih D’Kayangan untuk membawa keluarga makan malam. Lokasi dan menu yang menarik menjadikan D’Kayangan Steamboat Grill Best Di Shah Alam.

BACA: IKEA Damansara

D'Kayangan Steamboat Grill Best
Bersama Mak Abah di Restoran D’Kayangan Steamboat Grill, Shah Alam

Pelbagai Pilihan Makanan Laut  (Seafood)

Tengok sahaja seafood yang disediakan memang segar dan sentiasa memukau pelanggan yang hadir. Mrsyanie kalau datang kesini pasti tak lepas untuk mengambil pelbagai jenis seafood untuk dimakan bersama dengan kuah Tomyam yang memang sedap. Disini mereka menyediakan 2 jenis kuah steamboat iaitu Tomyam dan Sup Ayam. Bagi yang inginkan kepedasan sedikit boleh ambil kuah Tomyam, manakala Sup Ayam sesuai untuk kanak-kanak yang tidak makan pedas.

D'Kayangan Steamboat Grill Best
Pelbagai pilihan makanan laut D’Kayangan Steamboat Grill
D'Kayangan Steamboat Grill Best
D'Kayangan Steamboat Grill Best

Pelbagai Pilihan Menu Lain Yang Disediakan

Istimewa disini pihak D’Kayangan menyediakan lebih kurang 9 jenis sos pencicah  seperti kuah Blackpaper, Sos Thai dan macam-macam lagi sos istimewa yang direka khas oleh chef disini. Asyik cakap pasal seafood je kan, korang tak perlu bimbang ada pelbagai lagi menu berasaskan daging Ayam dan daging Lembu, malah ada juga disediakan makanan panas seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Rendang dan sebagainya.

See also  Perkongsian Petua Untuk Hamil

Terdapat juga pencuci mulut yang disediakan seperti pelbagi jenis kek, ais krim, ada jagung rebus, dan juga Ais batu campur (ABC) yang perlu dibuat sendiri. Ini kira layan diri lah dan menariknya korang boleh letak apa sahaja bahan-bahan yang korang suka, nak manis letak lebih susu, atau nak kacang lebih pun boleh. hihi..

Pilihan menu lain yang disediakan di D’Kayangan Steamboat Grill Shah Alam
Konsep layan diri bagi pembuatan Ais Batu Campur (ABC)

Konsep Buffet 2 Dalam 1 D’Kayangan Steamboat Grill

Kali ini D’Kayangan menawarkan konsep 2 dalam 1 yang memperkenalkan gabungan steamboat dan grill.  Tetapi ianya masih mengekalkan hidangan secara buffet kepada semua pelanggan yang hadir. Korang boleh ambil sebanyak mana tetapi ambil sedikit-sedikit dahulu tau. Kang membazir tak habis pulak menjadi amalan negatif tau, jangan risau tiada had pengambilan makanan ye.

Konsep 2 dalam 1: Steamboat dan Grill.

Promosi ”Syok Sunday Family Day” D’Kayangan

Seronok tau bila kita dapat bawa keluarga makan besar bersama, sekali sekala apa salahnya bawa makan jauh sedikit. Nak makan steamboat grill yang murah di Shah Alam hanya di D’Kyangan Steamboat Grill Seksyen 13. Makanlah sepuasnya dengan harga terbaru yang lebih murah dan berbaloi. Harga yang sangat menguntungkan buat peminat steamboat dan grill, dimana korang boleh dapat harga hanya RM22.90 bagi dewasa dan RM9.90 bagi kanak-kanak pada hari Ahad bermula jam 12.00 tenghari sehingga 3.00 petang. Hidangan buffet dan menu juga disediakan seperti biasa tiada perubahan tetapi dengan harga yang lebih murah.

Promosi D’Kayangan Steamboat Grill Shah Alam

Sesuai untuk korang bawa keluarga makan bersama dengan konsep makanan yang berbeza. Disini pelbagai lagi majlis juga boleh dijalankan seperti sambutan hari jadi, majlis persaraan dan jamuan sekolah pun boleh diadakan disini dengan menu yang berbeza ala steamboat grill lagi. Korang nak datang kesini pastikan buat tempahan tau, sebab jika malam memang ramai pengunjung. Risau pulak korang menunggu meja yang kosong, jika dah buat tempahan senang hati bila sampai. Bagi Mrsyanie memang sangat berbaloi dengan harga dan menu yang disediakan tambahan pula dapat makan bersama-sama keluarga. Sesuatu yang indah dan tidak boleh dilupakan bagi Mrsyanie.

See also  IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Untuk maklumat lanjut:

D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Alamat : No 1 , Apartment Servis Sri Acapella,

               Jalan Lompat Tinggi 13/33 ,

               Seksyen 13, Shah Alam.

No Telefon : 012 2971091 atau, 017 507 6274 atau, 03 55234979

Facebook : Steamboat BBQ Buffet Dkayangan

Instagram : @dkayangansteamboat

Yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*