Warna Warni Ramadan 2024 | Sajian utama Kambing Golek menjadi pilihan ramai kerana perapan kambing golek nya tak dapat dirasai ditempat lain. Warna Warni menjadi tema pilihan tahun ini untuk Bufet Ramadan Bangi Golf Resort (BGR) 2024. Tahun lepas tema mereka Jom Iftar! Bufet Ramadan 2023 Bersama Bangi Golf Resort yang mana tahun ini lebih banyak penambahanbaikkan dari sebelumnya. Juadah yang lebih menarik dan menyelerakan disediakan.
Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Antara bulan dalam kalender Islam yang dinantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan himpunan pahala. Sebelum itu korang dah ganti puasa ke? Kalau belum segerakan tau.
Bufet Ramadan Bangi Golf Resort 2024
Setaip kali bulan Ramadan, antara yang menjadi pilihan juga adalah bufet Ramadan dari pelbagai kedai mahaupun hotel. Tak terlepas juga kali ini Mamayanie nak kongsikan pilihan bufet Ramadan yang tidak akan mengecewakan Mamayanie dari segi juadah, lokasi dan fasiliti yang disediakan. Yang paling penting mesra untuk bawa satu keluarga termasuk kanak-kanak.
Bufet Warna Warni Ramadan BGR tidak pernah mengecewakan para pengunjung mereka dengan pelbagai sajian yang menarik. Termasuklah Mamayanie yang mana ianya dalam salah satu list bufet Ramadan setiap tahun.
Bangi Golf Resort Bufet Ramadan 2024 dengan tema Warna Warni Ramadan menyajikan pelbagai juadah yang akan memberikan seribu kemanisan buat pengunjung. Untuk tahun ini pihak BGR menawarkan sehingga 12 stall yang mana setiap stall mempunyai pelbagai juadah dan hidangan.
Juadah Bufet Ramadan Bangi Golf Resort
Menu yang menjadi utama di BGR bukan hanya Kambing Golek tau, malah menjadi rebutan setiap pengunjung adalah Sup Kambing Mamak. Ianya disajikan dengan roti atau boleh juga dimakan dengan nasi. Ianya menjadi kegemaran Ensuami setiap kali kami berbuka di BGR tau. Dia suka makan sup dengan meratah daging Kambing tu memang menyelerakan.
Sajian ini distatioan stall Cooking Showcase tau, malah terdapat juga sajian lain seperti Laksa Lemak, Penang Hokkien Noodels dan Satay.
Stall yang akan menjadi pilihan ramai antaranya Live Station. Dimana ianya akan menyajikan juadah yang panas-panas seperti Freshly Squeezed Sugarcane, Deep Fried Dumpling, Deep Fried Mantao dan Sous Vide Egg with Mushroom Espuma.
Itu baru satu stall tau, belum lagi stall main dia. Sajian utama (main stall) yang disediakan seperti Nasi Pilaf Basmathi, Peri-peri Roast Chicken, Ikan masak Asam Pedas, Nasi Briyani Basmathi, Marmite Fried Chicken, Makanan Laut Masak Berlado, Nyonya Acar ,dan sajian goreng.
Antara sajian goreng yang wajib korang rasa adalah Kuey Teow Goreng dan Mee Mamak Goreng yang mana rasa masakannya berbeza dari kebiasaan kita makan. Serius sedap!
Pencuci Mulut Dengan 40 Jenis Pilihan
Kebiasaan pengujung akan menikmati sajian pencuci mulut terlebih dahulu. Di BGR korang boleh menikmati sehingga 40 jenis pilihan pencuci mulut termasuklah buah-buahan tempatan dan import. Antara menjadi kegemaran ramai adalah Serawa Durian bersama pulut dan Churros yang dimasak panas-panas secara live.
Pencuci mulut yang bakal menjadi pilihan amai adalah Brownies, Cupcakes, Puddings, Agar-agar dan pelbagai jenis kek.
Bufet Menu Istimewa Buat Anak-anak
Bila korang boleh menikmati pencuci mulut sehingga 40 jenis pilihan ianya termasukkan menu istimewa yang bakal disajikan buat anak-anak. Bila ada anak-anak kecil ini, salah satu bufet yang akan menjadi pilihan Mamayanie adalah bila sajian yang disediakan termasuk untuk kanak-kanak.
Kebiasaan anak-anak tak makan pedas kan, jadi menu yang bersesuaian perlu untuk mereka. Korang boleh beri anak-anak menikmati makanan utama seperti Spaghetti dan Penne Pasta. Selain itu, menjadi kegemaran anak-anak adalah Cotton Candy, Pop Corn, Ice Cream dan menarinya mereka boleh buat Cendol atau ABC sendiri.
Harga Dan Tempahan Bufet Ramadan Bangi Golf Resort
Korang kena setkan dalam kalender korang tau, bufet Ramadan BGR akan bermula pada 13 Mac sehingga 8 April 2024. Dimana harga yang ditawarkan sagat berbaloi dengan sajian yang disediakan. Kira korang akan puas hati sambil menikmati juadah iftar kali ini.
- Harga dewasa: RM65.00
- Harga kanak-kanak: RM32.50
Untuk tempahan (booking) boleh terus ke website: https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2024/ atau hubungi 1700-821-457.
Menarik di BGR jika korang datang secara berkumpulan atau satu keluarga yang ramai, korang boleh dapatkan harga yang lebih murah tau. Boleh lihat jadual dibawah:
Lokasi Bangi Golf Resort
Kedudukan lokasi BGR ini sangat strategik untuk korang membuat pilihan. Dimana ianya terletak ditengah Bandar Bangi yang berdekatan dengan pelbagai kedai atau butik baju yang terkenal. Sambil korang nak cari baju Raya nanti boleh terus singgah berbuka puasa di BGR.
Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Untuk Maklumat Lanjut
- Website: https://www.bgrrest.com
- Instagram: @bangigolfresortofficial
- Facebook : Bangi Golf Resort
- Inquiry: 1700-821-457
- Email: enquiry@barrest.com
Bagi Mamayanie kalau korang mencari lokasi untuk berbuka puasa secara bufet Ramadan, Bufet Ramadan Bangi Golf Resort adalah pilihan yang menarik. Ianya juga menyediakan fasiliti seperti tanda yang selesa dan luas serta surau yang sangat bersih dan tempat wuduk yang selesa. Korang boleh solat terlebih dahulu pastu sambung makan. Akhir sekali korang boleh supper dengan layan Teh Tarik kaw di BGR.
Jangan lupa buat tempahan awal!
Leave a Reply