Assalamualaikum w.b.t

Rambut Gugur Oh No! Jumpa Jalan Penyelesaiannya | Rambut umpama atau mahkota buat semua lebih-lebih untuk golongan wanita. Siapa ada masalah rambut gugur selepas bersalin?. Jika ada korang kena baca blog Mamayanie sampai habis tau hihi Sebab teruja pulak Mamayanie nak kongsikan dengan korang semua penyelesaian dalam masalah keguguran rambut. Mamayanie sendiri ada masalah keguguran rambut yang teruk tau. Hampir 2 tahun jugak masalah rambut gugur yang teruk Mamayanie alami, selepas bersalinkan Babyfh pada tahun 2018. Baru ini Mamayanie jumpa satu produk yang membantu dan yang sesuai dengan rambut Mamayanie. Kenapa lah Mamayanie tak terfikir dari awal untuk gunakan rawatan ini. Nak tahu apa? Hanya menggunakan Minyak Kelapa Dara.

Teringat zaman kecil-kecil dulu, Mak akan sapukan Minyak Kelapa Dara dekat kulit kepala dan rambut untuk dapatkan rambut yang segar dan bermaya. Serius Mamayanie tak terfikir langsung cara tradisional ini, dan 3 minggu yang lepas Mamayanie disarankan oleh kawan menggunakan Minyak Kelapa Dara untuk membantu menangani masalah rambut gugur yang teruk ini. Tapi terbayang pulak cara penghasilan Minyak Kelapa Dara, aduh jenuh nak hasilkan.

Ehh jangan risau sekarang ini tak perlu nak bersusah-payah hasilkan sendiri kerana D’Aura dah bantu kita semua menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang asli, iaitu AVCO.  Hampir 3 minggu Mamayanie menggunakan AVCO D’Aura ini dan ianya memberikan hasil yang sangat memberangsangkan. Alhamdulillah masalah keguguran rambut Mamayanie semakin baik dan tidak gugur teruk seperti sebelumnya.

AVCO D’Aura Beri Manfaat Untuk Rambut Dan Kulit

Apa itu AVCO? AVCO adalah singkatan bagi Aromatic Virgin Coconut Oil yang diformulasi untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keaslian minyak kelapa dara yang mana ianya dihasilkan dan dikeluarkan oleh D’Aura.  Ia kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin E untuk dijadikan rutin penjagaan yang sesuai untuk rambut dan kulit. 99% AVCO adalah daripada Minyak Kelapa Dara asli berkualiti tinggi yang dihasilkan di kilang D’Aura di Malaysia.

AVCO D'Aura Beri Manfaat Untuk Rambut Dan Kulit
AVCO D'Aura Beri Manfaat Untuk Rambut Dan Kulit

Sebenarnya kalau korang nak tahu AVCO ini bukan sahaja digunakan untuk rambut tetapi ianya sangat sesuai untuk kegunaan harian korang. AVCO ini banyak sangat manfaat untuk kegunaan harian khususnya untuk rambut dan kulit. Lebih senang AVCO ini sesuai untuk manfaat kecantikkan diri.

10 Manfaat dan Kebaikkan Minyak Kelapa Dara untuk kecantikan

  1. Membantu melembabkan kulit  
  2. Membantu melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
  3. Membantu menghilangkan parut jerawat, kedutan dan garis halus pada muka
  4. Boleh digunakan sebagai makeup remover  (Oil based make-up remover)
  5. Membantu menyihatkan rambut , lebih bersinar dan mudah di sikat
  6. Membantu mengecilkan pori-pori di muka
  7. Boleh juga digunakan sebagai pelembap bibir
  8. Boleh digunakan sebagai “Hand lotion”
  9. Membantu mengurangkan strechmark bagi wanita hamil
  10. Boleh di gunakan sebagai minyak urut.

Kegunaan AVCO D’Aura Untuk Rutin Harian

Antara rutin harian yang Mamayanie lakukan dengan menggunakan AVCO adalah:

  • Merawat & Minyak Rambut

Minyak Kelapa Dara mempunyai khasiat yang mampu membantu menyuburkan rambut dari akar rambut. Malah ianya dapat bantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat serta memberikan kulit kepala sihat dan berkilau. Mamayanie akan guna AVCO selepas mandi pagi dan sebelum tidur malam, dimana Mamayanie akan ambil 2 pam AVCO, kemudian sapukan ke kulit kepala dan membuat urutan kepala secara perlahan-lahan.

Ia bagi memastikan bahawa minyak dapat diserap dalam kulit kepala serta ia membantu kulit kepala lebih segar. Selain ia membantu mengurangkan rambut gugur, tidak bermaya, mencegar rambut rosak dan membantu melembutkan rambut malah rambut juga bebas dari kelemumur dan kutu. AVCO juga merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Oleh itu, ia juga boleh dijadikan sebagai minyak rambut dan digunakan sebagai penyejuk untuk kulit kepala. Untuk Babyfh juga Mamayanie sapukan tau, ia sesuai untuk seisi keluarga.

AVCO D'Aura Beri Manfaat Untuk Rambut Dan Kulit
  • Makeup remover  (Oil based make-up remover) & Pelembap

Tanpa bahan kimia yang merbahaya, ianya sangat bagus untuk kulit wajah supaya tidak terdedah dengan bahan yang boleh menyebabkan rangsangan pada kulit wajah. Ianya dapat menanggalkan makeup dan secara tidak langsung dapat memberikan kelembtan pada kulit wajah (pelembap wajah). Kegunaan dia seperti biasa ambil wipe tisu atau kapas, pamkan sedikit AVCO dan sapukan keseluruh wajah. Bestnya ianya tidak memedihkan mata tau dan sangat senang untuk tanggalkan makeup terutama bahagian mata.

Selain dapat tanggalkan makeup dan dapat melembapkan kulit wajah, AVCO juga boleh dijadikan sebagai pelembap bibir tau. Sambil korang sapu tu, terus sapu dibibir sekali. Ha kelebihan dia terus 3 dalam 1 tau.

  • Losyen Tangan & Kaki

AVCO juga berfungsi sebagai losyen untuk kulit tau, sesuai untuk tangan, kaki dan seluruh badan. Selepas dan sapu AVCO dikepala, jangan pula korang basuh tangan. Biarkan dan ratakan seluruh tangan dan kaki korang. Ianya dapat melembutkan dan membantu mengurangkan rekahan kulit terutama di tumit kaki.

Pembungkusan & Jenis AVCO D’Aura

Banyak sangat manfaat dan kebaikkan yang korang boleh dapat dengan menggunakan AVCO ini, lagi satu Mamayanie yakin menggunakan AVCO ini kerana ianya tiada campuran bahan kimia yang merbahaya dan ianya sepenuhnya bahan semulajadi. Saiz packingnya juga travel friendly dan sesuai dibawa serta digunakan pada bila-bila masa. Jadi korang tak perlu bawa botol besar-besar, letak dalam handbag pun boleh.

AVCO D'Aura Beri Manfaat Untuk Rambut Dan Kulit

Minyak kelapa dara D’Aura didatangkan dengan dua haruman iaitu Floral Fresh dan Morning Dew.  Floral Fresh adalah wangian berasaskan flora atau bunga-bungaan.  Manakala Morning Dew adalah wangian berasaskan bauan kesegaran alam semulajadi.  Mamayanie guna haruman jenis Morning Dew, best sangat bau dia. AVCO merupakan minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa dara segar melalui proses “cold-press” tanpa sebarang campuran bahan luaran seperti bahan kimia atau pencair.

Jadi Mamayanie sangat syorkan kepada semua terutamanya yang ada masalah rambut, cuba AVCO D’Aura ini. Bukan sahaja untuk rambut malah korang boleh gunakan untuk rutin harian yang lain serta sesuai untuk semua peringkat usia (seisi keluarga). Harganya cuma RM22.90  sahaja tetapi AVCO D’Aura beri manfaat untuk rambut dan kulit.

Untuk maklumat lanjut:

Website : https://www.daura.com.my/
Instagram : https://instagram.com/daura_hq

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *