Jom Iftar 2023! | Sempena Previu Bufet Ramadan 2023 Bangi Golf Resort (BGR) baru-baru ini, telah melancarkan tema bufet Ramadan yang lebih mesra iaitu Jom Iftar!. Bangi Golf Resort (BGR) telah mengumumkan Bufet Ramadan tahun ini dengan kepelbagaian hidangan makanan dan minuman yang kesedapannya tidak pernah mengecewakan pengunjung. Alhamdulillah rezeki Mamayanie tahun ini untuk turut serta dalam Previu Bufet Ramadan 2023 BGR.
Pejam celik pejam celik kita bakal menyambut bulan Ramadan Kareem tak lama lagi. Korang dah ganti puasa ke tu? hihi Jangan lupa ganti ye.
Bufet Ramadan 2023
Bufet Ramadan 2023 Bangi Golf Resort Jom Iftar!
Bila sebut pasal bulan Ramadan mesti akan teringat dengan Bufet Ramadan yang bakal menyajikan hidangan menarik. Bangi Golf Resort juga tidak terlepas dalam menawarkan Bufet Ramadan 2023 yang paling beraneka juadah dan semestinya harga berpatutan untuk setiap pengunjungnya.
Tema tahun ini yang diberikan adalah Jom Iftar!, ianya lebih santai dengan kepelbagaian juadah dan suasana. Hidangan sajian tahun ini berkonsepkan kepelbagaian hidangan dari sajian Tradisional Melayu, Asean dan Barat.
Kini tiada lagi sekatan dalam pergerakan dan perjalanan seperti 2 tahun yang lepas, jadi inilah masanya untuk kita sama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan berkumpul sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak dan lazat.
Juadah Pilihan Bufet Ramadan 2023 Bangi
Juadah Pilihan Ramai Di Bufet Ramadan 2023 Bangi Golf Resort
Bueft Ramadan BGR tahun ini menawarkan menu kegemaran klasik iaitu Kambing Golek yang dibakar secara perlahan, Sup Kambing Mamak berempah dan wangi, Sate Ayam, Smoked Spaghetti Carbonara, dan menu kegemaran ramai setiap tahun initu Sous Vide Egg dengan Mushroom Espuma.
Selain itu, menu yang menjadi pilihan ramai dan terkenal iaitu Nasi Kerabu. Nasi yang dimasak secara tradisional menggunakan Bunga Telang yang dihidangkan bersama beraneka ulam yang mana ianya dipetik segar daripada ladang BGR sendiri.
BACA: Resepi tauhu bergedil
Hidangan Baru di Bufet Ramadan 2023 Bangi
Ini yang paling dinantikan dimana BGR akan menyajikan hidangan baru untuk tahun ini, antaranya Indian Chicken Varuval, Paru Salai Masak Lemak Cili Api, House-made Swedish Meatball, Marmite Fried Chicken, Soy Sauce Chicken with Ginger Scallion Sauce, Ikan Masak Asam Pedas, Makanan Laut Masak Berlado, Thai Beef Noodles dan banyak lagi.
Pengunjung bufet juga boleh memilih darpada menu pencuci mulut yang melebihi 50 jenis termasuklah kuih-muih tempatan, seperti Talam Cendol, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Apam Seri Ayu, Lemang Balut Serunding Ayam Pedas dan sebagainya. Paling menajdi kegemaran Mamayanie adalah Pulut Putih & Serawa Durian. Serawa Durian dia memang sedap dan pekat-likat lah. Terasa macam kita masak sendiri dekat rumah mengikut citarasa tekak sendiri tau. Korang kena try tau.
Manisan Pilihan di Bufet Ramadan 2023 Bangi
Tidak dilupkan juga pilihan kek dan manisan lain seperti Lamington Cake, Blueberry Cheese Cake, Opera Cake dan Hazelnut Chocolate Cake. Untuk kanak-kanak, BGR tidak pernah melupakan hidangan untuk mereka ye. Kanak-kanak boleh menikmati Ais Krim Soft Serve, Popcorn Karamel dan menu baru tahun ini iaitu Gula-gula Kapas dan ‘Menghias Spanish Churros Anda’ dengan Sos Marshmallow, Sos Pekat Coklat dan Rainbow Sprinkles buatan BGR.
Sijil Halal dan Kemudahan Lain
BGR merupakan antara sebahagian kecil golf resort di Malaysia yang mempunyai sijil HALAL dari JAKIM sejak tahun 2009 tau. Sebagai tambahan, BGR juga telah dianugerahkan sijil HACCP bagi dapur sejak tahun 2021.
Jadi korang tidak perlu merasa was-was dimana BGR komited dalam memastikan Halalan Toyyiban serta piawaian kebersihan dan keselamatan makanan terjaga.
Disini disediakan kemudahan surau dan tandas yang cukup luas, selesa serta bersih tau. Korang tak perlu risau, boleh berbuka puasa dengan tenang nanti. Ha nanti korang boleh lah lepas solat sambung balik makan hihi Bufet ini dibuka sehingga jam 10 malam tau.
- Surau
- Tandas
- Nursing Room
- Dewan luas berhawa dingin
Ruang dewan juga luas dan selesa, malah ianya juga berhawa dingin. Kalau korang bawa anak-anak pun tiada masalah sebab ruangnya yang luas. Kemudahan tempat letak kereta (parking) juga cukup besar yang boleh memuatkan sehingga 800 lot secara percuma.
Sepanjang korang menjamu selera nanti akan didengangkan dengan lagu-lagu best dari persembahan live band tau.
Harga Bufet dan Waktu Operasi
- Waktu Operasi Bufet Ramadan: 23 Mac – 20 April 2023
- Harga dewasa: RM65.00
- Harga kanak-kanak: RM32.50
Korang boleh dapatkan harga diskaun dengan tempahan awal (early bird) dan untuk yang tempahan secara berkumpulan. (Semua harga yang dipaparkan di atas adalah tertakluk kepada 6% SST.)
Tempahan bufet Ramadan : https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2023/.
Untuk maklumat lanjut
Website: https://www.bgrrest.com
Instagram: @bangigolfresortofficial
Facebook : Bangi Golf Resort
Booking & Inquiry: 1700-821-457
Email: enquiry@barrest.com
Alamat: No. 1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Google map: https://g.page/bangigolfresort?share
Leave a Reply