Sarapan Warung Tepi Sawah Perlis Menjadi Pilihan Ramai

Sarapan Warung Tepi Sawah Perlis | Percutian akhir 2023 dan awal 2024 kami sekeluarga kali ini ke utara Malaysia. Hampir 10 tahun juga kami tak ke utara tau terutamanya di Perlis dan Kedah. Bila ada kesempatan untuk bercuti kesana mestilah aktiviti utamanya jalan-jalan cari makan.

Kami gerak dari Tanjung Malim pada jam 2.00 pagi sebab target kami nak bersarapan di tempat viral di Perlis. Perjalanan kami lebih kurang 4 jam untuk sampai ke RNR Gurun untuk berhenti seketika solat Subuh. Kemudian kami teruskan perjalan terus ke negeri Perlis. Sepanjang perjalanan melihat matahari terbit sekitar Kedah sangat cantik, dengan pemandangan Sawah padi yang indah terbentang luas.

Kami sampai ke Perlis lebih kurang jam 8.00 pagi dan terus ke lokasi sarapan Warung Tepi Sawah Perlis. Dekat Perlis banyak kedai makan yang viral dan menarik tau, tapi pilihan kami kali ini disini.

Sarapan Warung Tepi Sawah

Warung Tepi Sawah Perlis

Lokasi sarapan kali ini salah satu lokasi viral yang menjadi pilihan ramai terletak di Kangar Perlis. Tempat nya sangat cantik dengan suasana Sawah dan bukit-bukit sekitar. Bila dah viral semestinya ramai yang akan datang, jadi untuk tempat duduk korang kena pandai-pandai cop lah ye. hihi Tapi jangan risau kedainya bertingkat, boleh pilih duduk di atas atau dibawah.

Sarapan Warung Tepi Sawah

Pemandangan Healing Sekitar Warung

Sewaktu kami sampai memang penuh, jadi bila dah datang ramai. Setiap orang mainkan peranaan, ada yang beratur untuk pembelian makanan, minuman dan ada yang pergi cari tempat. Dapatlah kami tempat diatas. Tapi kalau cantik korang pilih meja yang boleh tengok pemandangan lagi rasa vibes kampung sambil makan makanan yang menarik.

See also  SABAH PART 3

Menu Pilihan Sarapan Warung Tepi Sawah

Banyak pilihan menu yang disediakan disini. Ada juga disediakan kioks-kioks yang menyajikan pilihan menu yang menarik seperti Kambing Bakar, Nasi Kambing Bakar, Pulut Panggang, Pesembor dan sebagainya.

Menu utama yang menjadi pilihan kami adalah Nasi Lemak Hijau, Roti Bakar Telur Goyang, lempeng dan capati.

Sarapan Warung Tepi Sawah

Bukan itu je, korang wajib cuba Pulut Ayam Thai dan boleh juga pilih Pulut Ikan Masin. Tapi Mamayanie paling suka Pulut Ayam Thai lah, memang wajib cari kalau ke utara.

Sarapan Warung Tepi Sawah

Harga pula tidak terlalu mahal dan harga berpatutan dan ada juga yang lebih murah dari belah Kuala Lumpur. Rasanya pun agak sedap dan menepati citarasa tekak Mamayanie sekeluarga.

Satu lagi bestnya, waktu kami makan kebetulan tumpah air coklat yang diorder. Biasalah bila kita bawah anak-anak, kadang-kadang kejadian seperti ini tak dapat dijangka. Tapi pihak kedai gantikan 1 gelas air coklat ais secara percuma kepada kami. Alhamdulillah terima kasih kepada pihak kedai dan brader yang membantu.

Lokasi Warung Tepi Sawah

Alamat: Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis

Google maps: https://goo.gl/maps/3kiSc9nXd4cbi9639

Untuk Maklumat Lanjut

Facebook: Warung Tepi Sawah Perlis

Instagram: https://www.instagram.com/warungtepisawah2769

Untuk lokasi atau pemandangan Mamayanie bagi 10/10 dan untuk makanan minuman 8/10. Tapi Pulut Ayam Thai dia sedap korang kena rasa. Rindu pulak nak pergi jalan-jalan cari makan di Thailand hihi. Port jalan menarik dalam Malaysia yang wajib korang terjah adalah di Perlis jugak.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*