Lebih Santai di EL Ray Café Dengan Sajian Menyelerakan!

Assalammualaikum w.b.t

EL Ray Café, Damansara Damai | Lama sebenarnya tak memandu sorang-sorang yelah selalu kalau ada apa-apa majlis atau review mesti Mrsyanie bawa Mrlaling. Tapi kali ini Mrsyanie perlu pergi sorang sebab hari jumaat susah sket Mrlaling nak cuti. Dapat je tahu ada cafe baru di Damansara Damai, Mrsyanie apa lagi usha instagram cafe ni dulu. Wah menarik dengan dekorasi yang simple dan tema warna hitam yang cukup menawan. Ok Mrsyanie terus mohon cuti untuk datang sendiri menikmati gaya santai di cafe ni. Sajiannya pula bagaimana?? Adakah seindah dekorasinya?

ELRay Cafe Damansara Damai Konsep rehat dan santai
ELRay Cafe Damansara Damai Konsep rehat dan santai

EL Ray Café Damansara Damai Konsep Rehat dan Santai

Mrsyanie dah biasa jalan ke Damasara Damai, jadi tak lah rasa kekok untuk ke kawasan sini. Mrsyanie gerak awal sebab tahu kawasan sini parking memang padat. Tapi bila sampai je cafe, Mrsyanie dapat tahu ada parking dalam bangunan condominium bagi memudahkan pelanggan. Masuk sahaja cafe memang seperti apa yang Mrsyanie tengok dalam online instagram. Dekorasi memang simple dan menawan rasa ala-ala hipster gitu tapi lebih santai dan selesa.

EL Ray Café Damansara Damai Konsep rehat dan santai yang telah dibuka pada  Februari 2017. Kafe milik anak muda,  RAYYAN AKMAL EDMETT, ini mempunyai konsep rehat dan santai dengan dekorasi yang ‘simple’ dan menarik pastinya sesuai untuk mereka yang mahu menikmati makanan dalam suasana yang santai. Kafe yang terletak berhampiran Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak di Damansara Damai ini dihiasi dengan cara yang paling ringkas tetapi mengekalkan ciri ekslusifnya.

Owner EL Ray Café  RAYYAN AKMAL EDMETT
Owner EL Ray Café, RAYYAN AKMAL EDMETT

Menu Menarik Membuka Selera!

Menarik disini adalah bukan sahaja dari segi dekorasinya tetapi menu yang disajikan juga memainkan peranan penting. Memang seimbang antara dekorasi cafe dan menu yang disajikan, cukup indah. Menunya lebih santai dan mengenyangkan. Antara ‘signature dish’ yang disediakan di El Ray Café dan menarik perhatian pelanggan adalah Claypot Chicken Mandy, Kebab (Skewer), Burger (home-made patty), Chicken Wing dan juga Nasi Lemak.

See also  Berbuka di Four Points by Sheraton Puchong
Ribenna Cool EL Ray Café Damansara Damai
Ribenna Cool
Burger (home-made patty) EL Ray Café, Damansara Damai
Burger (home-made patty)
Home-made patty EL Ray Café, Damansara Damai
Burger (home-made patty)
Chicken Wing Elray cafe'
Chicken Wing
The Frits Banana & Salted Caramel Coffee
The Frits Banana & Salted Caramel Coffee
Kenikmatan coffee EL Ray Café, Damansara Damai
Kenikmatan coffee di EL Ray Café. Gambar dari Ben Ashaari

Menu Arab Dengan Rasa Malaysia

Apa yang menarik tentang El Ray Café, ianya adalah kafe pertama yang menyajikan Nasi Arab dengan citarasa Malaysia. Terkejut jugak Mrsyanie bila disajikan masakan Arab sebab dekorasi cafe ni ala-ala hipster tau. Tapi ada pelbagai menu yang menarik dan jadikan cafe ini antara cafe yang berbeza dari cafe yang lain.

Menu masakan Arab ini merupakan hasil dari ait tangan Chef tempatan iaitu Chef Faizal yang merupakan chef berpengalaman dalam masakan di hotel dan resort. Walaupun masakan dari chef tempatan tetapi ia masih mengekalkan keaslian rasa Chicken Mandy itu sendiri. Tambahan pula sambal yang disertakan memang memukau rasa tekak orang Malaysia khususnya. Rasa pedas tetap ada dan membangkit rasa selera bila kita makan. Lagi best dengan kuantiti yang banyak berbaloi dengan harga yang tak mahal.

Claypot Chicken Mandy EL Ray Café Damansara Damai
Claypot Chicken Mandy
sambal Claypot Chicken Mandy EL Ray Café, Damansara Damai
Sambal Claypot Chicken Mandy yang super sedap
Kebab (Skewer) EL Ray Café, Damansara Damai
Kebab (Skewer)

Sajian Enak Dengan Harga Berpatutan @ El Ray Café

Dari segi harga pula, El Ray Café menawarkan harga yang berpatutan bukan sahaja untuk mereka yang sudah bekerja, tetapi El Ray Café menawarkan harga yang sangat bersesuaian untuk pelajar. Pakej sajian yang cukup lengkap dengan ekonomi sekarang – sajian sedap, kuantiti banyak dan harga berpatutan.

El Ray Café mensasarkan semua golongan pelanggan dengan memastikan setiap pelanggan yang datang ke kafe ini dapat menikmati makanan yang enak dengan harga yang berpatutan. Bagi golongan pelajar, El Ray Café menawarkan harga menarik apabila set sarapan pagi hanya RM4.90 yang menyajikan Nasi Lemak bersama Teh O panas.

http://https://youtu.be/y4oxYXo4pO4

Sajian Ramadhan 2017

Tak sampai 2 bulan, umat Islam akan menyambut bulan yang penuh dengan barakah iaitu bulan Ramadhan jadi El Ray Café juga tidak ketinggalan akan menyediakan sajian yang penuh enak. Pakej berbuka puasa serendah harga RM10.55 dengan pilihan set hidangan yang enak dan menyelerakan. Pakej yang bakal disajikan sewaktu bulan puasa nanti :

  • Pilihan Sajian Pertama – Nasi putih , Ayam Masak Merah , Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Selasih
  • Pilihan Sajian Kedua – Nasi putih , Kari Ikan Kacang Bendi ,  Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Bandung
  • Pilihan Sajian Ketiga (Vegetarian) – Nasi putih , Claypot Tahu Bersayur , Acar Timun & Nenas , Buah Kurma , 2 jenis kuih dan air Sirap Limau
See also  Nak Menang Iphone 7 Bersama Contest TYZARA

Set moreh juga disediakan tau waktu bulan puasa nanti. Antara sajian moreh yang bakal disediakan seperti Bubur Lambuk/Bubur Gandum/ Mee Hoon Goreng dan Teh 0 dengan harga yang sangat murah iaitu RM6.00 sahaja.

Rakan Blogger dan Owner EL Ray Café, Damansara Damai
Rakan Blogger dan Owner EL Ray Café, Damansara Damai

Jadi tak rugi kalau korang datang lepak santai disini dan menikmati hidangan yang cukup menyelerakan. Mrsyanie teringat lagi rasa keenakkan nasi Arab dan The Frits Banana, dimana pisang dia bukan seperti pisang cheese yang biasa. Gabungan rasa coklat dan keranggupan pisang goreng tu memang sedpa untuk santai minum petang. Korang patut datang sendiri cuba menikmati menu yang enak di El Ray Café Damansara Damai.

 

Untuk maklumat lanjut:

El Ray Café

Lokasi: Unit LG2-003, Podium One Damansara,

Kondominium Jalan PJU10/3C, 43830 Petaling Jaya.

(waze: Jalan PJU 10/3C)

Waktu operasi:  jam 11 pagi hingga 10.30 malam

Instagram: Elraycafe

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*