Hadapi Situasi Apabila Anak Tantrum | Anak tantrum atau mengamuk atau merajuk merupakan salah satu proses perkembangan anak membesar yang normal tau. Samada ianya berlaku tantrum yang drastik, agresif atau hanya seketika yang masih boleh dikawal. Mamayanie kongsikan sedikit ilmu dalam menghadapi anak yang tantrum dengan perkongsian Tips Hadapi Anak Tantrum.
Perkongsian ini telah dikongsikan oleh Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCRDC) yang sedikit sebanyak boleh membantu Ibu Bapa menghadapi anak yang sedang tantrum.
Kedua-dua anak Mamayanie lelaki atau suka Mamayanie sebut Hero. Walaupun kedua-duanya lelaki tetapi perangai mereka waktu kecil ini sangat berbeza ye. Dalam hadapi anak yang sedang tantrum pun perlu lihat perangai diorang untuk kami handle atau redakan tantrum mereka.
Bila ada tips yang dikongsikan ini, ianya sedikit sebanyak membantu proses Mamayanie dalam menghadapi anak yang sedang tantrum.
Tips Hadapi Anak Tantrum
1. Berikan masa lebih kurang 90 saat
Anak yang sedang menangis atau meragam boleh bagi mereka masa lebih kurang 90 saat untuk mereka lepaskan atau luahkan perasaan mereka. Kemudian Ibu Bapa boleh mula memujuk atau teruskan dengan tips seterusnya.
2. Tentukan kenapa anak-anak mula tantrum atau mengamuk
Anak-anak mula meragam, menangis, mengamuk atau tantrum jika mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan. Cuba tanya dengan nada perlahan kenapa mereka berbuat demikian.
3. Bagi anak-anak sibuk dengan “sesuatu”
Anak-anak yang mengamuk mungkin sebab mereka bosan dan ianya salah satu daya tarik perhatian Ibu Bapa. Untuk elak mereka bosan, Ibu Bapa boleh cuba sediakan aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, menari atau membaca.
4. “Jangan layan” antara Tips Hadapi Anak Tantrum
Jangan layan tantrum anak. Ada juga anak-anak yang mula tantrum sebab mereka tidak dapat apa yang mereka hendak atau mahu. Kita sebagai Ibu Bapa perlu bezakan tantrum anak disebabkan apa, jika sebab ini. Ibu Bapa boleh tidak respon pada tantrum mereka supaya anak-anak tahu bukan semua benda yang mereka nak akan dapat. Selepas anak keadaan reda, terangkan kepada mereka kenapa mereka tidak boleh dapatkannya.
5. Minta anak-anak buat sesuatu yang mudah
Jika anak-anak mula mengamuk dan sebagainya, mintak mereka melakukan sesuatu yang mudah contohnya mintak anak-anak bermain dengan haiwan peliharaan, ajak diorang mengemas atau sebagainya seperti konsep alohkan perhatian. Supaya tidak berlakunya proses tantrum mereka.
6. Tips Hadapi Anak Tantrum Adalah Cukup Rehat atau Tidur
Tidur adalah proses untuk bagi anak-anak rehat atau recharge balik tenaga mereka. Pastikan anak-anak tidur dengan cukup kerana kadang-kadang tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan mood mereka lebih kepada berlakunya tantrum.
Baca: Zoo Negara Masih Mendapat Perhatian Pengunjung Cuti Sekolah
Sebagai Ibu Bapa anak yang tantrum ianya adalah perkara normal tau dalam proses pembesaran atau perkembangan anak-anak. Tetapi kita perlu mainkan perana penting dalam mengawal anak-anak supaya ianya tidak menjadi tabiat mereka untuk dapatkan sesuatu.
Boleh juga cuba untuk tenangkan anak-anak dengan menggunakan kaedah bau-bauan. Yang mana kita tahu bau-bauan juga mampu membantu memberikan ketenangan. Boleh cuba tips Hadapi Anak-Anak Tantrum Dengan Essential Oils Young Living.
Moga kita sama-sama dapat membantu anak-anak dan membesarkan anak-anak dalam perkembangan yang baik dan menjadikan mereka anak-anak yang berjaya dunia akhirat, ada adab, ada iman dan ada takwa. InsyaAllah.
Leave a Reply