Cuka Kurma Ajwa OXYMEL Menjadi Pilihan Alternatif | Dengan keadaan persekitaran dan pelbagai penyakit yang ada kita kadang-kadang perlukan alternatif dalam perubatan. Ianya salah satu ikhtiar dalam memberikan kesihatan yang sihat pada badan.
Cuka Kurma Ajwa
Baru-baru ini Mamayanie alami batuk dan sakit tekak yang akan berpanjangan. Semestinya peringkat awal Mamayanie pergi dapatkan rawatan dari pakara perubatan tapi masih ada lagi sisa-sisa kesan penyakit itu. Sangat tak selesa tau bila kita kerap batuk, tambahan kalau berada di tempat awam pun membuatkan orang sekeliling akan rasa kurang selesa dengan kita.
Sehinggalah Mamayanie diperkenalkan dengan khasiat cuka Kurma Ajwa oleh kawan. Katanya ianya bagus untuk membantu melegakan batuk dan gatal tekak. Banyak khasiat yang terkandung dalam cuka Kurma Ajwa ini tau, Mamayanie pun baru tahu jika tak diperkenalkan oleh kawan.
Kelebihan Cuka Kurma Ajwa
Jadi Mamayanie disyorkan oleh kawan tentang alternatif perubatan dengan mengambil Cuka Kurma Ajwa. Korang pernah dengan tak khasiat Cuka Kurma Ajwa?
- Kandungan Nutrien Tinggi:
- Cuka kurma Ajwa kaya dengan nutrien penting seperti vitamin, mineral, dan antioksidan yang dapat memberikan manfaat kesihatan secara menyeluruh.
- Antioksidan Kuat:
- Kelebihan antioksidan dalam cuka kurma Ajwa membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas, membantu melambatkan penuaan sel, dan meningkatkan sistem imun.
- Pengawalan Gula Darah:
- Cuka kurma Ajwa telah dikaitkan dengan penurunan gula darah, memberikan faedah kepada pesakit diabetes dengan mengawal dan membantu tahap glukosa dalam darah.
- Pemulihan Sistem Pencernaan:
- Cuka ini membantu meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan mengurangkan masalah pencernaan seperti kembung dan sembelit.
- Peningkatan Tenaga:
- Kandungan nutrien dalam cuka kurma Ajwa dapat memberikan tenaga tambahan, membantu mengatasi keletihan dan meningkatkan prestasi fizikal.
- Penurunan Berat Badan:
- Penggunaan cuka kurma Ajwa dapat membantu dalam usaha penurunan berat badan dengan meningkatkan rasa kenyang dan mengawal selera makan.
- Penyokong Sistem Kardiovaskular:
- Kesan positif cuka kurma Ajwa terhadap kesihatan jantung membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
- Penyembuhan Luka Cepat:
- Cuka ini mempunyai sifat antibakteria yang dapat mempercepat proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko jangkitan.
- Menyokong Fungsi Hati:
- Kandungan aktif dalam cuka kurma Ajwa boleh membantu melindungi hati daripada kerosakan dan meningkatkan fungsi hati secara keseluruhan.
- Pengurangan Radang:
- Sifat anti-radang cuka kurma Ajwa dapat membantu mengurangkan keadaan radang dalam badan, memberikan perlindungan terhadap pelbagai penyakit.
OXYMEL KHAL InSãnivir Pilihan Cuka Kurma Ajwa
Khasiat Cuka Kurma Ajwa sangat banyak untuk kesihatan dalam badan dan ianya membantu jugak dalam melegakan batuk dan panas badan (demam). Banyak jenama yang keluarkan cuka Kurma Ajwa ini tapi jenama pilihan Mamayanie adalah Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL InSãnivir.
Apa Itu OXYMEL Khal InSãnivir ?
OXYMEL merupakan sejenis ramuan 100% campuran herba dari turun temurun sejak zaman dahulu kala. KHAL pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala In-Sãnivir adalah ramuan yang di adun khas untuk membantu memberi kelegaan pada orang yang sedang hadapi demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya.
Ianya telah di adunkan bersama ketiga-tiga ramuan ini untuk menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan badan. Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL InSãnivir ini bukan hanya berasaskan Cuka Kurma Ajwa sahaja malah ianya mempunyai campuran extrak Pudina yang membantu lagi dalam melegakan batuk atau sakit tekak.
Kelebihan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL InSãnivir
- Sangat bagus untuk membantu mengurangkan selesema, batuk, demam
- Meredakan segala macam jenis masalah dan gejala common flu
- Meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya
- Meredakan masalah selesema, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga
- Memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya
- Bertindak sebagai fast respons melawan virus berkaitan common flu
- Melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selesema
- Membuang angin dalam badan
- Badan akan mudah sendawa dan membuang angin
Kenapa OXYMEL Khal InSãnivir Menjadi Pilihan
Mamayanie sebelum nak amalkan produk herba ini, pelbagai aspek perlu dilihat antaranya seperti isi kandungan, kelebihan dan apa kesannya. Jadi Mamayanie dah buat selidik beberapa jenama dan OXYMEL KHAL InSãnivir menjadi pilihan. Ini kerana ia 100%:
- Tiada Bahan Kimia
- Tanpa Bahan Pengawet
- Tanpa Sebarang Gula
- Tanpa Sebarang Perisa
- Tanpa Sebarang Pewarna
Malah ianya adalah gabungan ekstrak Pudina yang mempunyai 100% campuran herba bermutu tinggi dan semulajadi. Ianya juga dari bahan-bahan yang halal dan dijaga kebersihannya.
Bahan-Bahan Utama Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL InSãniv
Dari segi isi kandungan yang digunakan pula daripada bahan herba semulajadi seperti:
- Madu Hutan
- Cuka Kurma Ajwa
- Ekstrak Pudina
- Ekstrak Rumpai Laut
Dengan mengamalkan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir dipercayai dapat membantu memberikan kesegaran tubuh badan kepada pengguna dan ianya membantu dalam masalah berkaitan sistem pernafasan seperti selesema, batuk, mengurangkan mukus serta kahak dan mengurangkan suhu badan.
Cara Penggunaan & Penyimpanan
Ianya digunakan secara tradisional sebagai minuman kesihatan yang boleh diambil 1 atau 2 sudu besar selepas makan atau bila diperlukan. Digalakkan minum air kosong secukupnya selepas pengambilan cuka Kurma Ajawa ini.
- Dewasa: 1-2 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.
- Kanak-kanak (Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas): 1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.
Penyimpanan pula jauhi atau hindari dari terkena cahaya matahari dan suhu panas. Boleh disimpan dalam suhu bilik di tempat yang kering. Korang tidak perlu simpan dalam peti sejuk tau dan jauhi dari kanak-kanak.
Siapa Yang Boleh Ambil Cuka Kurma Ajwa ini?
Untuk pengetahuan korang, ianya sesuai diambil bermula kanak-kanak berumur 4 tahun keatas dan dewasa. Bagi mereka yang sensitif atau mempunyai sebarang alahan boleh dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.
Menarik mengenai OXYMEL KHAL In-Sãnivir juga dari segi pembungkusannya. Ianya dibungkuskan dalam botol plastik yang gelap dan ringan untuk menjaga kualiti cuka Kurma Ajwa.
Pengalaman Mengambil Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL InSãnivir
Mamayanie mula ambil cuka Kurma Ajwa ini sewaktu mengalami batuk yang berpanjangan. Bila ada batuk ini, mula lah datangnya ketidak-selesaan pada hidung pulak (selesema). Tapi tidak teruk, cuma mula gatal dan berair sedikit.
Jadi bila dapat produk ini terus ambil 2 sudu besar untuk kurangkan rasa gatal. Rasa Cuka Kurma Ajwa OXYMEL Khal InSãnivir ini ada rasa mint segar sebab ada ekstrak pudina membantu lagi mengurangkan gatal tekak. Alhamdulillah ianya makin berkurang dan sekarang ini Mamayanie amalkan sebagai suplement tambahan setiap pagi dengan 1 sudu cuka Kurma Ajwa OXYMEL.
Selain itu, korang juga boleh tambahkan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir ini kedalam masakan atau minuman sebagai perisa manis tambahan.
Jadi Mamayanie boleh syorkan ianya sebagai salah satu altenatif atau ikhtiar kita dalam memberikan kesihatan yang sihat pada badan dan seisi keluarga. Tambahan pula ianya tiada bahan kimia yang perlu dibimbangkan dan selamat untuk kita amalkan secara konsisten serta teratur.
Mana nak beli? Mamayanie beli dekat Shopee je senang dan Mamayanie dah sediakan link dibawah terus pada produk tau. Harga pun sangat berbaloi dan ada diskaun jugak hih
Untuk maklumat lanjut
Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir
Link shopee: shopee.com.my/bknetwork
Link produk: https://shope.ee/7fAsaS4iyp
yanieyusuf.com
Husband suka makan khal ni. Dia selalu batuk tapi dia kata khal ni berkesan!
Mmg bagus produk ni. Pernah guna sblm ni.