Madu Saffron Asli Rahsia Tingkatkan Fokus Dan Kesihatan Anak

Rahsia Anak Yang Genius dan Sihat Amalkan Madu Saffron Asli | Setiap Ibu Bapa pasti akan inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Terutamanya untuk pembelajaran dan kesihatan anak. Sama jugak macam Mamayanie nak yang terbaik untuk anak.

Baru ini Mamayanie mencari Cuka Kurma Ajwa untuk salah satu alternatif dalam membantu kurangkan batuk, selesema dan turun suhu yang tinggi. Alang-alang dah jumpa kedai online yang menawarkan produk berasaskan herba dan semulajadi ini, teruslah Mamayanie usha apa lagi yang menarik.

Madu Saffron Asli keluaran Alternative Healing

Terjumpa lah produk Madu Saffron Asli keluaran Alternative Healing yang mana ianya bagus untuk menguatkan ingatan dan mempertajam fikiran tau. Bukan itu sahaja banyak lagi khasiat yang baik hasil dari campuran madu dan saffron.

Ianya telah disebut sebagai makanan terbaik untuk mempertajamkan minda dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381. Imam Ali KMW menyatakan yang bermaksud: “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

Madu Saffron Asli

Manfaat Produk

  • Menguatkan daya ingatan & mempertajam fikiran
  • Menghilangkan rasa resah gelisah
  • Menenangkan hati dan fikiran
  • Menambahkan tenaga rohani dan jasmani
  • Menjadi asbab kecerdasan akal
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Menstabilkan kehangatan tubuh
  • Memberi tidur yang lena pada waktu malam
  • Melegakan sakit sendi

Paling ketara yang Mamayanie rasai selepas ambil Madu Saffron ini setiap pagi korang akan bertenaga tau. Sekarang ini kualiti tidur Mamayanie tak menentu sebab adikFH masih lagi berjaga kadang-kadang sejam sekali dia terjaga. Tapi alhamdulillah untuk bangun pagi Mamayanie rasa segar dan bertenaga. Kira tak ada lah rasa lesu bila bangun pagi disebabkan tidur yang tidak mencukupi.

See also  Beau C+ Collagen Membantu Masalah Kulit Wajah Dari Dalaman

Madu Saffron Asli Iran

Madu Saffron Iran ini adalah campuran beberapa jenis madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi dan diimport daripada Iran. Setiap 300g botol madu saffron ini mengandungi 1gram pati saffron asli dengan campuran beberapa herba terpilih. Ia dibancuh bersama dengan air zam-zam tulen.

Bukan sahaja sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa dalam kuatkan ingatan malah ianya membantu tingkatkan kesihatan. Ianya gabungan yang mana korang tak perlu nak gabung sendiri makan madu dan ambil saffron. Madu Saffron keluaran Alternative Healing ini dah sediakan untuk diminum atau dicampurkan dalam minuman lain dan makanan.

Madu Saffron Asli

Kelebihan Madu dan Saffron Untuk Anak

Ianya telah digabungkan dengan bahan semulajadi iaitu :

  • Madu Hutan Asli
  • Pati Saffron Asli (High Quality Saffron from Iran)
  • Su’dun
  • Zam Zam
  • & Tanpa perasa tambahan

Antara yang Mamayanie baca mengenai gabungan Madu dan Saffron ini, ia merupakan seperti vitamin semulajadi untuk anak-anak tau. Kebiasaan kita akan beli vitamin IQ segara yang berada dipasaran tetapi ianya mengandungi gula yang tinggi. Jadi Mamayanie fikir lebih baik tukar kepada yang lebih semulajadi tanpa sebarang perasa tambahan. Ianya bagus dalam tingkatkan IQ anak dan Saffron membantu dalam:

  • Kuatkan memori anak
  • Memudahkan anak dalam proses memahami ilmu baru
  • Membantu anak lebih fokus sewaktu belajar atau bermain
Madu Saffron Asli
Madu Saffron Asli

Siapa tak nak kan ambil produk yang bagus 2 dalam 1 untuk anak. Yang mana bagus untuk IQ dan kesihatan dia. Ha bukan anak je yang bagus ambil Madu Saffron ini, oarang dewasa juga bagus untuk amalkannya.

Cara-cara Pengambilan Mengikut Keperluan

  • Untuk mempertajam akal fikiran – Sila minum 2 sudu pada waktu pagi selepas makan pagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
  • Amalan harian untuk kesihatan – Ambil 3 sudu dan dibancuh dengan sebotol air putih. Boleh diminum sepanjang hari.
  • Untuk menenangkan diri – Diambil apabila perlu. Caranya: bancuh 3 sudu madu dengan secawan air sejuk, kacau hingga sebati lalu minum sehingga habis.
  • Untuk masalah sakit sendi dan hendak tidur lena waktu malam – Sila minum 1 sudu, setengah jam sebelum tidur. Kemudian minum air segelas.
  • Boleh juga diamalkan seperti madu-madu lain yang sudah biasa korang amalkan. Samada campur dalam minuman lain atau masakan.
See also  McDonald's Malaysia Jalin Kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Pemasangan Bumbung Fotovoltaik Solar (PV)
Madu Saffron Asli

Kenapa Mamayanie pilih Madu Saffron keluaran Alternative Healing?

Alhamdulillah abangfh pun suka tau walaupun dia baru 5 tahun. Setiap pagi Mamayanie akan bagi dia sesudu sahaja dan Mamayanie amalkan 2 sudu Madu Saffron ini. Lagi satu korang perlu minum air kosong secukupnya tau bagi membantu lagi fungsinya.

Satu lagi ianya juga boleh digunakan jika korang ada rasa gatal atau sakit tekak atau batuk. Bagus untuk ambil Madu Saffron ini kerana khasiat madu itu membantu mengurangkan masalah itu.

Madu dan Saffron yang digunakannya adalah berkualiti dan mempunyai gred A tau. Malah ianya 100 pati (pure) asli madu dan Saffron. Rasa perapannya pun sangat sedap dan sesuai untuk diambil untuk semua. Jadi Mamayanie syorkan untuk Ibu Bapa yang sedang mencari vitamin IQ dan kesihatan untuk anak boleh cuba Madu Saffron ini.

Untuk maklumat lanjut

Link shopee: shopee.com.my/bknetwork

Link produk: Madu Saffron

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*