
Isu Air Selangor aih Belum Selesai? | Masalah Isu Air Selangor Masih Berterusan dan ianya bukan isu yang baru. Mungkin Mamayanie tak tahu apa yang sebenar dilalui oleh rakyat yang menetap di Selangor tetapi kalau bab masalah isu air ini memang Mamayanie sendiri pun tak boleh tahan. Bak orang kata tak ada air susah kome.
Tambahan Mamayanie memang suka bercuti ke Negeri Selangor tau, tapi jika ada masalah air dekat hotel atau homestay disana memang memberi impak yang negatif kepada perlancongan Negeri Selangor sendiri.
Tarif Air Meningkat 30% Tapi Kualiti dan Masalah Bekalan Air Masih Berterusan?
Baru-baru ini Mamayanie ada terbaca di lama sesawang Facebook di page Sepang Viral yang mana berita kenaikkan tarif air sebanyak 30% tersebar. Kenaikkan ini dijangka akan dijalankan pada Julai 2025. Banyak ye peratusan kenaikkan yang bakal naik jika betul ianya dilaksanakan. Bukan sikit ye tambahan pula pelbagai masalah isu air sedang ditempuhi oleh rakyat yang duduk di Selangor.
Ini adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor (sumber : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=634346379518589&id=100088296976751&rdid=MfMjLS5FZm8nDVKP#):
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
- 2023: RM56.86
- 2024: RM68.25 (Naik 20.03%)
- 2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 28.40%)
Jumlah kenaikan 2023 – 2025: 54.12%
Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) – kenaikan sebanyak RM369.
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan)
- 2023: RM220.65
- 2024: RM277.60 (Naik 25.81%)
- 2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 30.10%)
Jumlah kenaikan 2023 – 2025: 63.68%

Pelbagai alasan diberikan oleh pihak berkuasa mengenai isu kenaikkan air ini. Tetapi ianya menjadi satu tanda tanya wajarkah kenaikkan ini? Tarif air meningkat 30% tapi kualiti dan masalah bekalan air masih berterusan.
Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah kualiti air yang makin bersih dan bekalan air berterusan dengan baik. Kalau Mamayanie tak ada air memang tak boleh duduk diam ye. Air merupakan satu keperluan air utama dalam segala urusan kehidupan terutamanya dalm pembersihan dan sebagainya.
Masalah Isu Air Selangor
Apa yang Mamayanie boleh lihat adalah beberapa masalah isu air Selangor yang masih belum selesai. Tak tahu dimana silapnya tetapi sekarang dah tahun 2025 sepatutnya masalah air ini tidak lagi diperkatakan. Tetapi masih berleluasa dan memberi impak yang tidak baik kepada penduduk Selangor.
Masalah Isu Air Selangor Gangguan Bekalan Air yang Berterusan
Pada 23 Julai 2024, Air Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan utama termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. Gangguan ini berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara.
Ianya sangat memberi kesan kepada penduduk dengan terputusnya bekalan air dan mendapat kualiti air yang kurang sihat. Jadi sewajarnya ianya diambil serius dalam menangani masalah pencemaran secara proaktif serta kecekapan dalam pengurusan menangani krisis ini perlu dilihat semula.

Kemapanan Kewangan dan Pelarasan Tarif
Ada yang mengatakan cadangan peningkatan pelaburan swasta untuk memperkukuhkan infrastruktur air. Dengan alasan permintaan yang semakin meningkat serta tarif sedia ada yang tidak mencukupi untuk menampung kos operasi.
Persoalannya adakah dengan pelaburan dari pihak swasta masih tidak dapat menampung kos dan memerlukan kepada kenaikan tarif kepada rakyat. Dimana kecekapan dalam urusan pengurusan kewangan syarikat?.
Cabaran Alam Sekitar dan Operasi Memberi Impak Gangguan Bekalan Air
Sering kali kita dengar mengenai pencemaran sungai yang melibatkan Air Selangor dan menyebabkan masalah isu Air Selangor tidak pernah habis. Tetapi tiadakah satu penguatkuasa dasar atau tindakan lebih agresif pihak syarikat dalam menangani masalah ini.
Nampak disitu kelemahan dalam perlindungan sumber air dan kawalan pencemaran yang lebih serius. Mungkin boleh diketatkan lagi penguatkuasa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencemarkan sungai dan alam sekitar.
Kesan Sosial, Kesihatan dan Ekonomi akibat Masalah Isu Air Selangor
Gangguan bekalan air yang kerap boleh menjejaskan perniagaan, hospital, dan industri lain yang mana ianya boleh menyebabkan kerugian ekonomi. Ini memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor dan kesejahteraan rakyat khususnya.
Bukan hanya gangguan bekalan air sahaja masalahnya, air yang tidak bersih dan berkarat juga boleh menjejaskan kesan sosial kepada rakyat. Jika yang berduit bolehlah pasang filter dirumah tetapi bagi yang kurang berkemampuan akan menyebabkan pelbagai risiko kepada kesihatan mereka terutamanya kanak-kanak dan warga emas.

Jadi diharap isu ini dapat diambil dengan lebih serius oleh pihak yang bertanggungjawab dan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat.
“Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, fokus utama pentadbiran negeri itu untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Pada masa sama, Kerajaan Selangor komited memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan bekalan kepada lebih 8.4 juta penduduk Lembah Klang dan Putrajaya diperkukuhkan.” -https://malaysiagazette.com/
Leave a Reply