Beli Cermin Mata di OPTOM Eyecare Bangi dan Menangi Iphone14 !

Assalamualaikum w.b.t | Nak Buat Cermin Mata Baru, Jom ke Optom Eyecare Bangi | Beli cermin mata berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti Iphone14. Wow! Sambil membeli boleh dapat hadiah tau dengan hadiah keseluruhan bernilai RM11,361 !

Bukan itu je ye, sebenarnya Mamayanie nak kongsikan dengan korang salah satu kedai cermin mata yang bukan hanya menjual cermin mata tetapi ianya merupakan salah satu klinik rawatan khas pemeriksaan kesihatan mata dan terapi penglihatan (klinik Optometri).

OPTOM Eyecare Bangi Bukan Sekadar Kedai Cermin Mata

Klinik Optometri OPTOM Eyecare Bangi bukan hanya menawarkan penjualan cermin mata dan pemeriksaan power tetapi mereka mempunyai kepakaran dalam pemeriksaan mata secara menyeluruh. Ianya menawarkan perkhidmatan klinikal yang merangkumi pelbagai aspek pemeriksaan mata.

Antaranya adalah pemeriksaan klinikal rabun dan silau mata, keadaan atau kedudukan mata yang stabil, pemeriksaan saraf mata dibahagian depan dan juga termasuk saraf belakang mata dengan menggunakan teknologi yang terkini.

Terkini OPTOM Eyecare Bangi juga menawarkan dalam pemeriksaan klinikal dari segi:

  • Membantu membaiki mata letih
  • Menguatkan otot mata
  • Membantu menghentikan mata berair
  • Membetulkan alignment mata
  • Mengesan penyakit kencing manis dan darah tinggi dari mata

Paling menarik dari pemeriksaan mata korang boleh kesan penyakit kencing manis dan darag tinggi jugak. Ini kerana penyakit-penyakit tersebut akan memberi kesan kepada mata dan penglihatan korang. Ianya bukan hanya sesuai untuk dijadikan pemeriksaan mengesan malah ianya boleh dijadikan pemeriksaan berkala.

OPTOM Eyecare Bangi

Selain itu kelebihan OPTOM Eyecare adalah dari segi :

  • Personalised yang bagus dan berpengalaman
  • Khidmata nasihat yang lebih mendalam dan menyeluruh bagi setiap permasalah yang dihadapi oleh pelanggan yang hadir
  • Pengesahan rabun dan silau yang menyeluruh
  • Pemeriksaan saraf mata
  • Pemeriksaan struktur mata
  • Pengurusan sistem penglihatan
  • Custom made cermin mata
  • Menyediakan cermin mata khusus untuk kanak-kanak

Beli Cermin Mata dan Menangi Iphone14 !

Berita baik untuk semua pelanggan dan bakal pelanggan OPTOM Bangi. Bermula 10 Oktober 2022 sehingga 10 Oktober 2023, pihak OPTOM telah melancarkan satu pertandingan Lucky Draw buat semua pelanggan mereka dengan tawaran hadiah utama iaitu Iphone14 untuk dimenangi.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM11,361. Terdapat 2 kategori untuk dimenangi iaitu hadiah utama dan hadiah bulanan.

Hadiah Lumayan Menanti dan Bakal Dimenangi

  • Hadiah Utama yang bakal dimenangi adalah sebuah Iphone 14 bernilai RM5,299 x 1 pemenang.

Hadiah Bulanan pula:

  • 1 gram Emas Public Gold bernilai RM1,750 x 3 pemenang
  • Ray-Ban Sunglasses bernilai RM3,000 x 3 pemenang
  • Cooking Set Carote bernilai RM259 x 1 pemenang
  • Air Fryer Philips bernilai RM184 x 1 pemenang
  • Microwave Sharp bernilai RM295 x 1 pemenang
  • Vacuum Dyson bernilai RM459 x 1 pemenang
  • Hairdryer Philips bernilai RM115 x 1 pemenang
Beli Cermin Mata di OPTOM Eyecare Bangi dan Menangi Iphone14

Bagaimana untuk menyertai?

Cara untuk menyertai pertandingan ini mudah sangat dimana korang boleh membuat pembelian cermin mata dengan pembelian minimum RM500 dalam satu resit di Optom Eyecare Bangi. Dengan itu korang secara automatik layak menyertai pertandingan ini dengan syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat Penyertaan:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Peserta perlu membuat pembelian minimum RM500 dalam satu resit di Optom Eyecare Bandar Baru Bangi untuk layak dikira sebagai penyertaan.
  3. Kemasukan mestilah sekurang-kurangnya 70 orang dan ke atas di setiap bulan untuk memastikan hadiah menjadi milik anda.

Menarik kan semua hadiah yang ditawarkan, jadi sambil korang membeli cermin mata untuk keperluan boleh terus menyertai dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang disediakan. Optom Eyecare Bangi sentiasa mengalu-alukan kedatangan korang untuk melakukan pemeriksaan mata. Layanan terbaik dari OPTOM Eyecare pastinya pilihan orang ramai di luar sana untuk pemeriksaan mata lebih menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut mengenai Optom Eyecare Bangi dan pertandingan ini, korang boleh terus ke Optom Bangi atau layari website dibawah.

Alamat Bangi: No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)

Website: http://www.optom.com.my/

Facebook: http://www.facebook.com/optombangi

Instagram: http://www.instagram.com/optombangi

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*