Order F&N Mudah Dengan Aplikasi F&N Life!

Assalammualaikum w.b.t!

Beli F&N Secara On line di Aplikasi F&N Life | Dalam musim wabak yang makin meningkat baru-baru ini, semua pembelian barang kalau boleh memang Mamayanie guna on line je. Yelah tak perlu bersesak untuk keluar jumpa orang, malah sebenarnya lebih jimat tau buat pembelian secara on line.

Tak perlu keluarkan modal minyak kereta, parking dan penat. hihi Sekarang ini aplikasi F&N Life memudahkan pembaelian produk F&N secara atas talian jew.

Bulan puasa ini Mamayanie guna ambil air 100 plus, lagi-lagi lepas berbuka untuk kembalikan kecergasan. Mamayanie suka yang 100plus black currant sebab tak terlalu kuat rasanya. Memang nikmat dapat pulak ditambah dengan air batu, sejuk-sejuk minum.

Aplikasi F&N Life Memudahkan Pembelian Produk F&N

Beli produk F&N secara online?

Jangan terkejut sangat boleh tak haha, sekarang ini semua nya mudah. Order, bayar dan sampai! Konsep paling mudah untuk kita jaga kita. Aplikasi F&N Life memudahkan pembelian, malah tawaran hebat juga disediakan sempena bulan Ramadan ini.

Sempena bulan Ramadan ini, F&N menyediakan promosi hebat pembelian secara set bundle tau. Harga semestinya lebih murah dan penghantaran juga cepat. Mamayanie baru ini beli BB Raya Bundle dengan harga RM36.90 sahaja untuk 12 botol dan dapat percuma sampul Raya F&N lagi.

Dalam BB Raya Bundle ini, Mamayanie dapat:

  • 3 botol 100plus black currant 1.2L
  • 3 botol F&N Ice Cream Soda 1.5L
  • 3 botol F&N Fruitade 1.5L
  • 3 botol F&N Bandung 1.5L
Aplikasi F&N Life Memudahkan Pembelian Produk F&N
Aplikasi F&N Life Memudahkan Pembelian Produk F&N

Kenapa Mamayanie pilih bundle ini, selain ada 100plus black currant, dia ada edisi Ramadan punya air F&N Bandung. Pertama kali Mamayanie nak cuba tau air F&N Bandung ini, terasa nak buat air special pulak nanti hihi Nanti kita kongsikan ye, apa yang menarik nak buat dengan air ini hihi.

See also  Gaji Pertama Dengan Google AdSense

Beli Produk F&N Mudah Dengan Aplikasi F&N Life

Antara tawaran hebat bulan ramadan ini:

Mamayanie order pada 21 April lepas sampai 23 April, cepat kan malah sampai terus depan rumah. Syarikat penghantaran yang digunakan adalah Gdex, yang bagus nya, pihak Gdex akan buat panggilan telefon atau pesanan ringkat sms terlebih dahulu untuk penghantaran.

Macam Mamayanie waktu dia call tu, Mamayanie tengah kerja. Tapi Mamayanie suruh jugak dia hantar dan letakkan dalam pagar. Tak ingat pulak yang Mamayanie order 12 botol air yang besar tau, pagar pulak jenis autogate. Dah lupa baru terfikir macam mana lah abang Gdex tu nak letak dalam pagar, tapi abang Gdex berjaya letak dalam pagar dengan selamat tau. Masih terfikir lagi sampai sekarang macam mana lah dia letakkan. Apa pun terbaik lah! hihi

Aplikasi F&N Life Memudahkan Pembelian Produk F&N

Muat Turun Aplikasi F&N Life!

Aplikasi F&N Life ini sangat mudah dan friendly user. Apa yang korang perlu buat hanya download sahaja apps ini di play store bagi android dengan carian F&N Life. Kemudian korang daftar untuk login, lepas buat pengesahan melalui email. Korang dah boleh buat pembelian, jangan lupa masukkan detail alamat sekali nanti diruang yang disediakan.

Aplikasi F&N Life Memudahkan Pembelian Produk F&N

Sesuai sangat untuk menu air berbuka dan boleh standby untuk hari Raya nanti. Sebelum Mamayanie terlupa, bagi penghantaran di Klang Valley akan dapat penghantaran secara percuma dengan Next Day Delivery sehingga 30 April 2021 ini. Ha tunggu apa lagi, muat-turun (download) sekarang aplikasi F&N Life sekarang di telefon korang ye atau boleh ke website F&N Life.

Untuk maklumat lanjut:

Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my

Instagram: https://www.instagram.com/fn.life/

Till Next Entry ye!!!

See also  Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang | Snorkeling

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*