Assalammualaikum w.b.t!
Bila Ramadan Tiba! | Setiap kali Ramadan datang mesti korang terutamanya mak-mak ini akan berfikir pasal menu kan. Bukan menu untuk berbuka jew, menu bersahur jugak. Tapi dalam banyak-banyak menu bersahur lah kan, ada satu menu yang paling senang dan paling sedap. Bagi hampir rakyat Malaysia lah kan, khususnya Mamayanie. hihi
Menu ini dari budak sampai lah dewasa suka tau, dan rasanya menu ini boleh buat orang bertambah-tambah seleranya. Tak perlu nak bersusah payah sediakan bahan tau hihi..
Telur Goreng + Kicap
Itu lah menu bersahur paling senang dan sedap di bulan Ramadan, iaitu nasi panas, telur goreng dan kicap. Menu ini jugak lah yang paling Babyfh suka ye, sebabkan ada telur dengan kicap. Senang lah Mamayanie nak sediakan menu untuk Babyfh, cuma nak tambah healthy sket. Mamayanie akan buat sayur brokoli goreng untuk Babyfh. Dia sayur kurang sket nak makan tapi kalu brokoli memang gemar betul.
Kalau untuk Ensuami dan Mamayanie, kami akan potong bawang dan cili api. Ha lepas goreng telur mata, goreng sekejap bawang besar dan cili padi yang dipotong. Taburkan atas telur yang dah dimasak tadi. Memang nikmat rasanya, bertambah rasa makan nasi tau.
Cuma bulan Ramadan kali ini, Mamayanie perlu kawal sedikit pemakanan untuk turunkan semula berat badan. Untuk bersahur kali ini Mamayanie hanya makan Kurma dan susu segelas, serta lebihkan minum air kosong. Harap dapat turunkan lah berat badan supaya sihat kembali dan paling penting baju yang sedia ada tu muat kembali haha
Terasa betul berat naik mendadak ye, hampir 10 kg sepanjang bekerja dirumah sebelum ini. Memang tak boleh kawal makan, anak tak habis, Mamayanie lah makan haha.. Apa pun ianya untuk kesihatan badan supaya dapat elak dari sebarang penyakit, insya-Allah.
Oklah, selamat berbuka dan selamat berpuasa dengan penuh keberkatan dari Allah SWT untuk tahun ini, aamiin….
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply