
Juadah Berbuka Puasa | Siapa tak kenal Khairulaming, terkenal dengan resepi yang mudah, simple dan senang. Nampak tak bertapa mudah resepi dari Khairulaming ni, jadi tiada alasan tak reti masak. Sekarang semua boleh buat janji rajin google dan buat hihi Jadi hari ini kita nak kongsikan resepi mudah dari Khairulaming iaitu Resepi Ikan Siakap Stim.
Hari tu buka instagram terus keluar video Khairulaming kongsikan resepi Resepi Ikan Siakap Stim Limau. Wah lama tak buat masak stim limau, jadi ngam untuk menu berbuka puasa kita.
Resepi Ikan Siakap Stim Limau ini kalau makan dengan nasi panas di bulan Ramadan memang tambah selera rasanya. Tak perlu menu tambahan lain pun, dengan rasa masam limau dan bau daun limau purut dan ketumbar tu. Wow sangat bila makan ye. Jadi jom kita kongsikan Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Khairulaming Style derhaka sikit. hihi
BACA: Rendang hitam
Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Khairulaming Style


Bahan-bahan Ikan Siakap Stim Limau
- Bahan utama semestinya Ikan Siakap.
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 2 helai daun limau purut
- 1 cawan air
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu gula melaka
- 7 ulas bawang putih
- 5 biji cili
- 2 sudu sos ikan
- Jus 3 biji limau nipis
- Daun ketumbar

Cara-cara Penyediaan
- Bersihkan Ikan Siakap dan kelar bahagian badan ikan sedikit.
- Masukkan Serai (diketuk (dititik) atau boleh dihiris kasar), daun limau purut dan halia kedalam perut ikan.
- Kemudian terus kukus Ikan Siakap tadi selama 10-15 minit
Sementara tunggu Ikan Siakap masak boleh buatkan sos dia.
- Masukkan kiub pati ayam dan gula melaka kedalam secawan air diatas dapur dengan api perlahan.
- Setelah larut tutup api dapur, biarkan sejuk seketika
- Kemudian masukkan bawang putih, cili, sos ikan, Jus limau nipis dan daun ketumbar, gaul sebati.
- Bila ikan sudah masak, tuangkan sos tadi keatas ikan dan kukus dalam 3 minit lagi
- Dah 3 minit, tutup api dan siap!
Resepi Mudah yang lain
Untuk hiasan atas yanie letak lah limau kasturi comel-comel yang dah dipotong. Senang sangat buat Ikan Siakap Stim Limau ini, makan pulak dengan nasi panas waktu berbuka nanti. Memang sedap! Jadi terima kasih Khairulaming kongsikan resepi dan selamat berbuka puasa semua.
yanieyusuf.com
sedapnyaaa nak kena cari ikan siakap ni…