Assalammualaikum w.b.t!
Resepi Minuman Berbuka Puasa | Waktu berbuka puasa biasanya paling utama kita akan cari air untuk minum, selepas berbuka puasa dengan kurma. Betul tak? Sama juga lah dengan Mamayanie, memang cari air dulu daripada makanan.
Dapat basahkan tekak tu dengan air sejuk yang segar, memang fuh lega betul rasa. Terasa kesejukan air melalui ruang tekak tu. Lagi-lagi kalau minuman berbuka kita, yang sedap dan menyegarkan. Hari tu Mamayanie ada bagitahu yang Mamayanie beli air botol dari F&N kan secara online dengan menggunakan aplikasi F&N Life.
Boleh lah kita buat resepi minuman berbuka puasa sedap dan menyegarkan dengan produk F&N. Dalam aplikasi F&N Life bukan je korang boleh beli secara online tapi ada jugak perkongsian resepi-resepi menarik yang boleh korang buat.
Resepi Minuman Berbuka Puasa Sedap Dan Menyegarkan
Apa lagi belek lah resepi menarik, sekali nampak pulak air minuman yang mengeliurkan. Itu yang pantang tengok resepi ini, ada je yang teringin nak buat. Nasib baik memang dah ada air botol F&N yang nak buat tu.
Mamayanie kongsikan 2 resepi minuman berbuka puasa sedap dan menyegarkan. Yang pastinya resepi air ini paling mudah dan serius sedap.
Resepi Air Bandung Soda Riang Raya
Bahan yang diperlukan:
- F&N Bandung Limited Edition
- F&N Susu pekat
- Cincau (dipotong dadu atau halus-halus)
- Kembang semangkuk (yang telah direndam sehingga kembang)
- Selasih (yang telah direbus)
- Ais batu
F&N Bandung merupakan keluaran edisi terhad tau, menarik sangat sebab Mamayanie pun pertama kali mencuba. Lagi senang nak buat air Bandung Soda ye. Tak perlu air soda tambahan kerana dalam F&N Bandung dan ada rasa soda.
Caranya sangat mudah, campurkan semua bahan tadi. Untuk susu pekat pulak korang letak mengikut kemanisan yang korang nak. Tak perlu susu yang banyak. Lepas itu letak ais sebelum diminum, memang menyegarkan bila diminum ketika berbuka puasa nanti.
Resepi Air Soda Lemon Ramadan
Mamayanie pernah kongsikan dengan korang entry dulu, resepi Air Viral Soda Herbs. Kali ini hampir sama tapi kita tak pakai air laici dan kita lebihkan rasa lemon tu dengan sedikit perahan lemon.
Bahan yang diperlukan:
- F&N Ais Krim Soda
- Lemon (hirisan dan sedikit perahan lemon)
- Daun Pudina
- Serai
- Asam boi (tiada dalam gambar)
Ini resepi air paling senang tapi memang sedap dan menyegarkan ketika berbuka puasa. Rasa soda dan masam masin tu ada, memang pembuka selera bagi Mamayanie kalau dapat air ini ketika berbuka. Caranya mudah, serai tu diketuk hujungnya dan campurkan semua bahan diatas. Bagi nak rasa masam lebih boleh letakkan air perahan lemon lebih sedikit. Macam Mamayanie letakkan sedikit sahaja dan perbanyakkan hirisan lemon.
Akhir sekali letak ais batu, memang sanagt menyegarkan ketika diambil sewaktu berbuka puasa. Sangat mudah kan korang gunakan produk F&N ini, nak tahu lebih banyak resepi korang boleh download aplikasi F&n Life dia playstore bagi android. Selamat mencuba!
Untuk maklumat lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my
Instagram:Â https://www.instagram.com/fn.life/
Dapatkan lebih banyak Resepi Yang Mudah.
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply