Gementar Bila Setiap Kali Naik Kapalterbang

Assalammualaikum w.b.t

AirAsia X Adakah Sama Perkhidmatannya? | Maaflah baru berkesempatan untuk memulakan entry trip South Korea. Macam-macam kejadian berlaku dalam masa terdekat ini, harap korang bersabarlah ye. Insya-Allah Mrsyanie akan habiskan juga entry trip Korea pada musim winter. Mrsyanie kali ini ambil penerbangan AisAisa X untuk perjalanan jauh, jadi agak teruja pengalaman terbang bersama Airasia X. AirAsia antara penerbangan pilihan Mrsyanie kerana harga tiket yang murah walaupun tidak disertakan dengan perkhidmatan lain, contoh makan kena lah bayar lain, insurans pun kena bayar lain. Tapi bagi Banckpacker ia cukup untuk kami berjalan.

Teruja Pengalaman Terbang Bersama Airasia X
Teruja Pengalaman Terbang Bersama Airasia X

Teruja Pengalaman Terbang Bersama Airasia X

Kali ini Mrsyanie menaiki AirAsia X, pada mulanya terasa teruja tau yelah belum pernah naik AirAsia X. Selalu terbang dekat-dekat sahaj dengan penerbangan AirAsia. Kalau terbang jauh memang naik penerbangan lain, jadi agak teruja adakah sehebat penerbangan lain. Teruja pengalaman terbang bersama Airasia X sampaikan risau jika terlepas flight.

Pengalaman Terbang Bersama Airasia X
Suasana dan Pramugari AirAsia X

Penerbangan AirAsia X

Sangkan mula Mrsyanie tentang AirAsia X ini seperti penerbangan mewah yang lain tapi ianya sama seperti penerbangan AirAsia biasa. Disebabkan Mrsyanie dah biasa dengan AirAsia jadi ianya tidak menjadi masalah kami. Suasana dan servis yang disediakan sama je, cuma kapalterbang sahaja bersaiz besar. hihi.. Naisb baik lah penerbangan kami 6jam sahaja, kalau puluh jam, huwaa tak tahu macam mana.

AirAsia X adalah penerbangan jarak jauh, syarikat penerbangan kos rendah bagi Kumpulan AirAsia yang kini terbang ke destinasi di rantau Asia Pasifik dan seterusnya. Syarikat penerbangan itu kini berkhidmat 23 destinasi di seluruh Asia (Tokyo, Osaka, Sapporo, Seoul, Busan, Taipei, Xian, Beijing, Hangzhou, Chengdu, Shanghai, Chongqing, New Delhi dan Kathmandu), Australia (Sydney, Melbourne, Perth dan Gold Coast) , New Zealand (Auckland), Timur Tengah (Jeddah, Tehran dan Muscat) dan Afrika (Mauritius). – http://www.airasiax.com/

Balik Akhirnya Dapat Seat Satu Baris
Balik Akhirnya Dapat Seat Satu Baris

Gementar Bila Setiap Kali Naik Kapalterbang

Sesiapa sahaja naik kapalterbang mesti akan rasa gementar terutama bila mula terbang dan landing. Tapi itulah pengalaman yang paling berharga kalau korang memang suka travel dengan kapalterbang. Cuma trip kali ini Mrsyanie agak takut sedikit sebab cuaca yang agak kurang baik.

See also  Indonesian Food Festival

Dalam perjalanan kami sepanjang hari hujan, serius sangat gementar dan cuak dalam hati. Mengucap dan istifar memang tak lepas dalam hati terutama bila waktu nak landing cuaca hujan. Sangat takut jika terbabas tapi alhamdulillah juruterbang AirAsia X sangat berpengalaman dan terlatih dalam mengendali apabila dalam cuaca yang buruk. Alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga dan akhirnya dapat juga rasa naik AirAsia X tau.

Nantikan cerita pengalaman Mrsyanie ke South Korea sewaktu musim salji (winter).

Boleh jugak klik entry dibawah:

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 Trackback / Pingback

  1. Winter Trip South Korea 2017 Sekitar Gupo Station Busan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*