Assalammualaikum w.b.t

Perbezaan Saiz Berus Ada Peranannya |  Mrsyanie sebenar bukan pandai makeup pun, dan pernah pergi belajar tapi tak pandai gak. Orang kata belajar lah melalui proses pembelajaran online pun boleh dengan tontonan video di youtube ke. Macam-macam video dah tengok tapi kurang mahir jugak. Bila ditanya kepada pakar, katanya mulakan dulu dengan permulaan untuk belajar cara makeup. Dalam asas untu belajar makeup kita perlu kenali dahulu fungsi-fungsi alatan makeup yang kita akan guna. Sebelum ini main guna je, kecil besar saiznya jenuh tak tau nak guna yang mana kan hihi..

Fungsi dan brush makeup untuk pemula
Fungsi dan brush makeup untuk pemula

Fungsi Berus Makeup Berbeza-beza

Bila Mrsyanie dalami tentang keperluan barang makeup, banyak rupanya alat makeup yang Mrsyanie tak tahu fungsinya. Tambahan pula sekarang macam-macam jenis ada ada, contoh berus makeup sahaja ada berpuluh-puluh patern dan saiz. Seronok bila kita membeli barang makeup yelah lumrah wanita sukakan kecantikan. Tapi ada juga yang tak digunakan kerana tidak tahu fungsinya. Simpan lah dalam almari sehingga berkenan yang lain pulak. hihi..

Bila Mrsyanie ceburi bidang kecantikan dan tambahan pula sekarang ia menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan Mrsyanie. Lagi lah Mrsyanie perlu tahu serba sedikit tentang dunia makeup, fungsi dan brush makeup untuk pemula yang sesuai untuk penggunaan barang makeup. Mrsyanie selaku sales manager Le’sanda Sweet Foundation perlu tahu berus mana yang bersesuaian untuk digunakan dan asas makeup. Jom kita belajar sama-sama fungsi yang bersesuain dan kenali dulu jenis berus makeup.

Jenis Berus Makeup

  • Oval Brush Set
  • Makeup Brush

Berus semua hampir sama tetapi dinama dengan pelbagai nama. Cuma yang bezakan oval dan berus biasa adalah dari segi bentuknya. Yang membezakan Oval berus dan berus makeup biasa adalah Oval berus berbentuk bulat. Tetapi fungsinya tetap sama bagi setiap saiz dan bentuk.

Oval Brush Set
Makeup Brush

Fungsi dan Brush Makeup Untuk Pemula

  • Foundation
Berus untuk penggunaan foundation berbentuk bulat. Berus bulat ianya berfungsi untuk sapuan foundation jenis liquid , cream ataupun foam. Untuk foundatioan Mrsyanie gunakan Le’sanda Sweet Foundation kerana ianya mempunyai tekstur yang sangat mudah untuk diratakan, jadi Mrsyanie kadang-kadang sahaja gunakan berus. Tambahan tekstur Le’sanda Sweet Foundation adalah lembut dan wangi, guna jari pun boleh tau..
  • Powder Brush

Powder Brush / berus bulat besar berfungsi untuk mengaplikasikan loose powder pada wajah. Jangan sesekali campurkan powder brush dengan foundation brush tau kerana material powder dan foundation berbeza dan akan menyebabkan berus akan cepat rosak. Malah ianya tidak sesuai kerana berlaku campuran boleh menyebabkan kulit wajah kita cepat kering, jerawat dan sebagainya. Sapuan menggunakan berus untuk powder lagi bagus sebab lebih nampak natural.

  • Blush & Bronzer

Berus seperti ini selalunya hujungnya ada sedikit runcing yang berfungsi untuk membentuk pipi yang lebuh runcing. Berus ini berfungsi untuk pemerah pipi ( blusher ) ataupun Bronzing.

  • Eyeshadow

Ini berus asas yang biasa dibekalkan bersama dengan pallete eyeshadow. Berus ini berfungsi untuk buat bentuk eyeshadow / crease / smokey eyes.

Le'sanda Sweet Foundation Yanie Yusuf
Le’sanda Sweet Foundation
Jenama makeup yang digunakan oleh Mrsyanie:
  1. Foundation: Le’sanda Sweet Foundation (tidak perlu bedak)
  2. Eyeshadow: Lizly made by Korea
  3. Blusher: Domesky
  4. Eyebrow: Holika
  5. Lipstick: Holika

Bagi Mrsyanie untuk asas cukup sekadar 4 jenis berus ni tetapi jika untuk buat kening korang menggunakan powder jadi korang perlu ada berus khas untuk eyebrow. Tambahkan list berus kening ye sebab Mrsyanie hanya gunakan pensil eyebrow.

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *