
Station Daejeo Ke Gupo Station Winter Trip South Korea | Sampai sahaja di station Daejeo korang perlu ambil train brown untuk ke Gupo Station pula. Sampai di Gupo station kami ambil dahulu udara panas sebelum meneruskan perjalanan sekitar 500 meter ke KTX Gupo Station. Pastikan korang bawa baju sejuk yang mencukupi tau, semak dahulu suhu sebelum korang datang. Mrsyanie siap pakai baju sejuk 3 lapis tau masih lagi terasa kedinginan suhu sejuknya.
Winter Trip South Korea 2017
Di station Gupo korang boleh lihat ada beberapa map yang boleh korang jadi peta rujukan lokasi menarik untuk dilawati. Cuma tak berapa paham sebab bercampur-campur bahasanya. Keluar sahaja dari station, korang akan nampak penanda arah untuk ke Gupo Station (KTX). Yang pasti perjalanan korang banyak kena melalui tangga tau. Bersiap sedialah dengan kekuatan kaki hihi. Untuk entry Winter Trip South Korea 2017 Sekitar Gupo Station Busan menjadi pilihan untuk kami ambil train ke Seoul. Kebanyakkan traveller yang Mrsyanie baca blog diorang akan ke station Busan untuk mengambil KTX Train, tapi Msryanie lebih suka Gupo Station kerana lebih dekat dengan lapangan terbang.
BACA: Cherry blossom di Jeju






Sekitar Gupo Station Busan
Winter Trip South Korea 2017 Sekitar Gupo Station Busan mempunyai pandangan yang sangat menarik dan keunikkan yang tersendiri. Kalau korang nampak bangunan seperti gambar diatas tu betul lah laluan korang untuk ke Gupo Station. Kedudukan station Daejeo ni diatas, jadi korang perlu turun ke bawah untuk ke station Gupo. Waktu kami sampai masih awal pagi jadi keadaan disini agak tenang jew, adalah nampak pakcik-pakcik Korea ini dok melepak minum di kedai tepi-tepi ni. hihi


Mrlaling memang jenis tak tahan sejuk, kami lupa nak beli mask untuk mudahkan dia bernafas. Bila sejuk pernafasan kita akan terganggu tau, pada yang memang jenis tak tahan bawa mask haba untuk mudahkan korang bernafas sepanjang berada di Korea pada musim sejuk.




Winter Trip South Korea 2017 Sekitar Gupo Station Busan mempunyai simbolik-simbolik masyarat Korea yang lebih tenang dan damai. Waktu train kami lambat lagi, jadi kami ambil peluang melihat sekitar kawasan Gupo Station. Tempatnya agak tenang mungkin masih ramai yang belum keluar rumah.







Korail Gupo Station (KTX) Winter Trip South Korea
Sampai di station Gupo kami terus ke kaunter untuk mengambil tiket yang telah kami tempah siap-siap di Malaysia melalui online. Terus terang Mrsyanie cakap ye, orang kaunter disana memang tak berapa paham sangat dengan bahasa Inggeris ye. Jadi percakapan kami seperti ayam dan itik, lebih baik korang print siap-siap nama lokasi yang korang nak pergi (cari dekat internet ye).
Dah siap bayar online datang ke kaunter untuk ambil tiket jew tapi kami ada buat penambahan pembelian tiket balik pulak. Kenapa Mrsyanei tak beli awal untuk tiket balik dari Seoul ke Busan? Pada mulanya Mrsyanie masih belum ada perancangan waktu dan hari untuk stay di Seoul. Yelah sayang kalau beli tiket tapi korang tak rancang perjalanan kan. Sampai sana kami baru beli tiket Mugungwha train.
Mugungwha train adalah keretapi lama dan perjalanan nya lebih lama berbanding KTX. Mrsyanie sahaja beli Mugungwha train untuk merasa pula train lain dan pastinya harga lebih murah berbanding KTX. Nanti Mrsyanei cerita pasal Mugungwha train pulak ye.


Setiap station diorang ada sediakan bilik menunggu tau, biliknya bersuhu panas apabila musim sejuk. Jadi korang ambil peluang duduk dalam bilik ni ye supaya tak membeku sangat diluar hihi.





Dari Airport Busan Ke Gupo Station
Mrsyanie buatkan ringkasan untuk korang ye, untuk ke Seoul menaiki KTX Train dari lapangan terbang Busan ada 2 cara. Samada korang ke Busan Station atau ke Gupo Station. Mrsyanie pilih untuk menaiki dari Korail Gupo Station (KTX). Dari Gimhae International Airport station korang ambil train purple untuk ke station Daejeo, sampai Daejeo korang perlu ke train line warna brown untuk ke Gupo Station. Sampai Gupo station korang perlu keluar dari station berjalan lebih kurang 500 meter untuk ke Korail Gupo Station (KTX).
Perjalanan menaiki KTX dari Busan ke Seoul lebih kurang 3 jam sahaja, memang laju dan tak terasa gegarannya sangat. Mrsyanie duduk dengan adik dan Mrlaling duduk dihadapan. Lupa bagitahu tempat duduk kita tak boleh pilih tau. Dapat tiket nanti baru tahu seat nombor dan gerabak berapa. Nanti Mrsyanie sambung setibanya kami dia Seoul, agaknya mana lokasi penginapan kami di Seoul ye.hihi
Boleh jugak klik entry dibawah:
- Winter Trip South Korea 2017 Part 1
- Winter Trip South Korea 2017 Part 2
- Winter Trip South Korea 2017 Part 3
yanieyusuf.com
wahhh.. bestnyaaa kakaaa. nk jgkk ke snaaa. hehe
memang takde bahasa english ye kat tiket sana huhuhu seram nk pergi haha tpi teringin nak pergi ..
syoknya dapat jalan-jalan..haish bial la kita nak pergi ni