Persiapan keperluan Sebelum Travel Musim Winter | Musim sejuk memang seronok berjalan sebab satunya korang tak akan berpeluh dan mengeluarkan bau badan yang teruk tau. Rupanya dah hampir seminggu Mrsyanie balik Malaysia tau, nasib baik bibir yang merekah ni semakin baik. Itulah tak nak buat persediaan awal kan dah rugi. Jadi Mrsyanie nak kongsikan dengan korang apa yang perlu dibawa atau menjadi satu panduan untuk korang persiapkan diri untuk travel pada musim sejuk.
Persiapan keperluan Sebelum Travel Pada Musim Sejuk
Ada beberapa keperluan yang korang perlu persiapkan sebelum korang travel pada musim sejuk terutamanya bagi yang travel secara backpacker atau persendirian. Mrsyanie sendiri sebelum bercuti kemana-mana mesti senaraikan keperluan yang perlu dibawa.
Tambahan pula kali ini Mrsyanie pergi untuk merasa sendiri musim sejuk dan negara pilihan adalah South Korea. Salah satu musim dari 4 musim dalam dunia ini dan satu keindahan serta kekuasaan Allah SWT dalam mengcipta alam semesta. Alhamdulillah merasa Mrsyanie main salji tau, nasib baik tak bawa kacang, sirap, jagung untuk buat ais kacang (abc) haha.
Keperluan Yang Diperlukan Untuk Travel Musim Sejuk
Mrsyanie kongsikan antara keperluan yang korang persiapan keperluan sebelum travel pada musim sejuk.
1 Persiapan keperluan Sebelum Travel Winter coat/jaket
- Beli siap-siap bagi memudahkan bila sampai sahaj tak perl tergesa-gesa membeli disana. Tambahan kalau baru keluar lapangan terbang, mana nak cari kan. Jadi siap-siap bawa satu sekurang-kurang jika korang niat nak beli di Korea.
2 Pakai kasut yang sesuai
- Kasut korang perlu pakai kasut boots winter atau boots yang boleh tahan dari kesejukkan kaki. Dalam persiapan keperluan sebelum travel pada musim sejuk, pemilihan kasut sangat penting kerana jika korang salah pakai kasut boleh menyebabkan kaki korang sejuk dan kurang selesa nanti.
- Adik Mrsyanie beli di Shopee, alhamdulillah dapat kasut yang sangat selesa dan bersesuaian. Mudah je korang kalau nak beli online lihat review dan ikut panduan saiz yang diberikan.
3 Persiapan keperluan Sebelum Travel Glove & Stokin
- Glove bawa yang ada fungsi touch screen pada hujung jari. Mudahkan korang nak touch screen handphone untuk ambil gambar ke, lihat peta dan sebagainya. Jika tidak terpaksa buka glove bila nak guna handphone.
- Glove juga ada pelbagai jenis materialnya ada yang dari bulu kambing biri-biri, kulit dan macam-macam ada dipasaran. Bawa lah lebih ye, jika sejuk sangat boleh sarung 2 glove terus.
- Sama juga seperti stokin, beli yang stokin warm dan bawa lebih tau. Dekat Daiso pun ada jual ye, murah je. Disebabkan sejuk sangat Mrsyanie pakai 2 lapis stokin tau dengan kasut boots yang tebal tapi tetap sejuk jugak hihi.. Mrsyanie beli stoking dan cover kasut secara online jew, murah lak tu di Shopee.com.my.
4 Snow cap & Mafler scarft / Mask
- Pada mulanya Mrsyanie ingat boleh tahan dari pakai mafler atau mask tau. Yelah tak ambil berat sangat yang ini. Tapi kesannya bibir Mrsyanie merekah sebab sejuk sangat dan kurang air. Nak beli dekat Korea mahal walaupun katanya hanya 5000 won, bila tukar ha mau jadi RM20 tau.
5 Pelembab muka, bibir & losyen
- Cuaca sejuk akan menyebabkan kekeringan pada kulit jadi korang kena bawa siap-siap pelembab untuk muka dan bibir.
- Bagi penggunaan foundation, Mrsyanie gunakan produk dari Obsess Cosmetics kerana ianya membantu melembapkan kulit sambil tu boleh lah cantik sekali.
- Bibir memang Mrsyanie sarankan korang bawa tau, beli je watsaon dulu setidaknya dapat menjaga bibir dari merekah.
6 Heat pack
- Ini sangat penting untuk memberi kepanasan kepada tangan atau kaki korang. Paling ketara ia memberi haba ditangan. Memang wajib korang beli, alah dekat Daiso ada beli dalam 2 – 3 pack sebab dalamnya ada 6 unit. Mudah je guna korang letak dalam poket winter jaket dan bila sejuk korang masuk tangan dalam poket yang ada heat pack. Nasib baik blogger Shehan yang bagitahu suruh beli heat pack ni tau. Sangat berguna dikala sangat kesejukkan.
7 Wet Tissue atau Tisu Basah
- Mrsyanie siap bawa 4 pack besar tau sebab memang tandas awam diorang tiada air. Wajib bawa masuk tandas tau, seksa rasanya bila tak ada air. Jadi berjimatlah korang ye dalam penggunaan air. Nasib baik dalam bilik mandi hostel ada air hihi.. Lega lah jugak balik je mandi bersihkan diri.
8 Ubat-ubatan
- Mrsyanie memang standby je ubat-ubatan bila travel. Antaranya panadol, ubat angin, minyak gamat, yuyee, Vicks untuk hidung dan heat lotion Cosmoderm. Heat lotion ni sesuai kalau korang lenguh-lenguh yelah penat berjalan, lepas mandi malam tu sapukan pada kaki. Memang lega tau..
9 Toiletries
- Antara wajib adalah shampoo Tyzara tau sebab shampoo Tyzara membantu dalam merawat kulit kepala dan rambut. Bila travel kita akan terdedah dengan persekitaran sejuk serta kering. Bagi wanita yang bertudung akan terperap je rambut lama jadi perlukan shampoo dan serum yang boleh kembalikan kesegaran dan kebersihan rambut serta kulit kepala. Boleh bawa mana-mana shampoo tapi shampoo Tyzara sangat bagus dalam memberi semula kesegaran kulit kepala dan rambut.
- Tuala juga jangan lupa bawa, yelah diorang tak sediakan tuala besar tau. Hanya tuala kecik je, tak lepas nak balut badan pun. Ini bagi hostel dan motel yang Mrsyanie duduk tapi hotel mewah tak pasti pulak Mrsyanie disediakan atau tidak.
10 Thermal wear / inner shirt
- bawalah sekurang-kurang 2 samada thermal wear atau inner sebab ia dapat megurangkan kesejukan nanti. Inner korang boleh cari yang menutup leher sekali. Mrsyanie sewaktu di Korea pakai 3-4 lapis baju tau. Inner, t-shirt, sweater dan witer coat untuk menahan dari kesejukkan cuaca, tambahan waktu malam sangat lah sejuk sehingga -19c.
Tips Penting Persiapan keperluan Sebelum Travel
Sebelum terlupa bagi yang mempunyai masalah ekzema korang boleh bawa sekali produk Bedak Asmak tau, yelah cuaca di Korea berbeza dengan cuaca Malaysia. Bedak Asmak bagus untuk merawat penyakit kulit ekzema dan ia juga boleh menjadi perlindungan UV. Tambahan bagi korang yang travel bersama anak-anak kecil, buatlah persediaan yang rapi supaya perjalanan korang sekeluarga akan jadi lebih lancar di negara korang travel.
Moga senarai list persiapan keperluan sebelum travel pada musim sejuk ini dapat membantu mana yang boleh dimasukkan dalam senarai keperluan korang untuk travel musim sejuk dan ke Korea.
BACA: Petua Hilangkan Batuk
Yanieyusuf.com
Smpai -19 ye. Huhu. Tapi serius nak repeat. Huuu..
kalau korang nak repeat autumn nak join.. hahhahahaha tp teringin nak pergi busan-jeju
Memang persiapan penting kan, kalau tak nanti tak tahan sejuk pulak.
Perkongsian yang berguna!
Memang penting buat persediaan ni, takdelah kesejukkan nanti
Thanks for the sharing. Nice article. eh, tak sabar nak main salji2 hehe
bila gaknya dapat menjengah ke negara sejuk mcm ni..ape pun nice sharing
Thanks for sharing