Assalammualaikum w.b.t
Bila Tiada Terasa Rindu | Hari ini dah hari ke 6 pemergian Abah tercinta. Rindu yang amat sangat terasa dalam diri, sentiasa Mrsyanie doakan Abah tenang disana. Sebelum tu Mrsyanie nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan untuk Abah dan mempermudahkan urusan Abah. Hanya Allah sahaj yang dapat membalas jasa anda semua. Walaupun agak pilu dan pedih nak telan takdir ini tapi Mrsyanie tetap redha akan ketentuan dari Allah SWT. Yang hidup pasti akan pergi jua, yang pasti kita entah bila akan pergi ketemu-NYA.
Hargai Ibu Bapa Sepenuhnya Sebelum Ianya Terlambat
Genap pada jam 10.00 malam bertarikh 2 Mac 2017, Abah melepaskan nafas terakhirnya buat selama-lamanya. Tiada lafaz selain kalimah ”Lailahaillallah” yang dapat Mrsyanie bisikkan ditelinga Abah sebelum Abah melepaskannya. Sesuatu yang sangat berharga bagi Mrsyanie kerana Mrsyanie yang berada disisi Abah tatkala saat terakhir Abah. Allah SWT memberi Mrsyanie peluang untuk berada disisi Abah, syukur alhamdulillah. Macam tak percaya dan masih terasa Abah ada didunia ini. Bila balik rumah Mak Abah, mesti terasa seperti biasa. Terasa Abah masih lagi ada dengan kami.
Abah dikebumikan pada hari Jumaat 3 Mac 2017 dan alhamdulillah cuaca sangat cerah dengan langit yang biru. Segala urusan Abah juga dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tempat tidur Abah buat selamanya pun dekat dan mudah kami datang. Mrsyanie rindu sangat dengan Abah.
Ini adalah diari Mrsyanie, jadi Mrsyanie kongsikan disini apa yang Mrsyanie rasa dan lalui. Bukan Mrsyanie tidak menerima takdir tetapi ini adalah luahan dari hati kecil Mrsyanie. Mrsyanie nak ingat sampai bila-bila dan hargai Ibu Bapa sepenuhnya sebelum ianya terlambat.
Kumpulan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia
** Bacaan Doa Untuk Orang Yang Sudah Meninggal Dunia yang diambil dari Surat Al Qur’an yakni Surat Al Isra Ayat 24 dan Surat Ibrahim Ayat 41. Diamalkan selepas setiap solat kepada arwah.
Yang hidup, pasti akan mati. Bertabahlah sis Yanie. Semoga arwah abah tergolong bersama orang-orang yang soleh. Salam takziah.
Semoga rohnya ditempatkan bersana orang-orang yang beriman. Aamin
Semoga roh arwah Abah ditempatkan di kalangan mereka yang terpilih..amin..Al- Fatihah…salam takziah dari akak dan family…