Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang

Assalammualaikum w.b.t

Trip Sungai Lembing XCape Part 1 | Ke Pahang lagi kita tetapi kali ini lokasi berbeza, aktiviti berbeza dan pasti suasana juga berbeza. Kembara kali ini lebih santai dan keseronokkan berbeza bukan seperti rombongan CikKiah. hihi Trip kami ke Pahang dengan menaiki kereta secara berkongsi (pool) bersama rakan blogger dan perjalanan kami bermula pada malam hari Jumaat yang sunyi. Cewah macam seram je nak cerita tapi sebenarnya bukan seram pun ianya lebih teruja dan enjoy. hihi..

Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang
Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang

Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang

Perjalanan kami bermula jam 8.00 malam, Mrsyanie tumpang blogger Bella dan suaminya. Mrlaling? ermm tak dapat ikut sebab kerja menghalang niat dia untuk ikut bersama. Jadi untuk luangkan masa (nanti rindu katanya haha) Mrlaling hantar Mrsyanie sampai ke rnr Genting Sempah, lokasi untuk kami semua berkumpul. Kami bukan bertiga je tetapi 16 orang blogger keseluruhannya yang turut serta dalam Kembara XCape KBBA9 ke Sungai Lembing Pahang.

Dalam jam 10.00 malam baru kami bergerak konvoi sebanyak 3 buah kereta dan 1 buah motorsikal. Terasa perjalanan kali ini jauh tau nak sampai ke Pahang sebab masing-masing kepenatan bekerja siang hari, malam pula terus gerak ke Pahang. Ada beberapa lokasi kami berhenti untuk dapatkan tenaga semula, fuh rasa bujang pulak ikut trip macam ni. Teringat dulu waktu bujang (waktu jadi minah skuter) konvoi ke Pantai Cherating dengan menaiki motor skuter je tapi tak rasa penat pun. Mungkin dah meningkat usia ni, rasa jauh je perjalanan kami ni walaupun naik kereta. haha..

See also  Pekan Sungai Lembing Kuantan Pahang Diterokai
Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang
Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang

Pengangkutan Ke Sungai Lembing

Untuk datang ke Sungai Lembing ada beberapa pengangkutan yang boleh korang pilih. Samada korang nak bawa kereta sendiri atau menaiki kemudahan pengangkutan awam. Jika menaiki pengangkutan awam antara pilihan korang dari Kuala Lumpur adalah kapal terbang ke Lapangan terbang Kuantan atau dengan bas ke Kuantan. Dari Kuantan korang boleh menaiki bas RapidKuantan untuk ke pekan Sungai Lembing.

Kami tiba lebih kurang jam 3.00 pagi jugak lah dan kami berehat melepaskan kepenatan seharian di sebuah homestay di Kuantan. Homestay yang diberi nama Ardani homestay yang sangat selesa, mewah dan paling best murah.. hihi Hanya RM160.00 untuk semalam dengan pelbagai kemudahan lengkap dan cantik. Nnati Mrsyanie cerita selanjutnya dalam entry homestay ye.

Pakej XCape Resort Menjadi Pilihan Kembara

Trip kali ini Mrsyanie dan blogger telah mengikuti pakej bersama XCape Resort. Kenapa XCape Resort menjadi pilihan kami? Ha yang pastinya kerana pakej yang ditawarkan berbaloi, mengikut bajet dan yang paling penting itinerary pakej penuh dan padat. Pihak resort telah menyediakan beberapa pakej antaranya Day Trip, pakej 3 hari 2 malam, pakej seminar/team-building dan pelbagai pakej lain. Pakej yang kami ambil adalah untuk 2 hari 1 malam sahaja.

Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang
XCape Resort Sungai Lembing

Disebabkan kami masing-masing kerja (sukar untuk cuti) jadi ambil keputusan untuk 2 hari 1 malam bagi Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang. Kira percutian hujung minggu lah ni. Aik hujung minggu boleh buat trip jauh-jauh dan adventure? Jap siapa kata cuti hujung minggu tak boleh buat aktiviti havoc. hihi Yeah kami dah buktikan trip singkat tetapi penuh dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Harga pula bermula serendah RM50.00 seorang untuk pakej day trip.

See also  Tips Pemakanan untuk Mengandung

XCape Resort terletak lebih kurang 30 minit dari pekan Sungai Lembing dan untuk ke resort korang perlu menaiki kereta 4-wheel drives. Jangan risau kereta atau motor korang boleh parking di satu kawasan parking yang terjaga dan selamat dengan hanya bayaran RM5.00 sehaja. Pihak resort yang akan tunjuk jalan ke tempat parking dan akan bawa korang menaiki 4wd terus ke resort.

XCAPE RESORT
XCape Resort Sungai Lembing

Ok Mrsyanie cerita sedikit secara ringkas pakej yang kami ambil. Pakej 2 hari 1 malam ini meliputi 1 malam menginap di chalet resort, makan 3 kali (1 kali pagi dan 2 kali lunch) termasuk BBQ, insurans, dan pengangkutan dari pekan Sungai Lembing ke resort serta pergerakkan sepanjang aktiviti.  Bagi aktiviti pula pada hari pertama pagi kami dibawa melawat beberapa lokasi menarik sekitar pekan Sungai Lembing dan sebelah petang pula aktiviti air di sekitar resort. Bagi hari kedua, aktiviti yang diadakan adalah trekking untuk ke air terjun Pleangi (Rainbow Waterfall) yang menjadi tarikan menakjubkan di Sungai lembing.

Mrsyanie nak bagitahu korang, jika plan percutian bajet tak perlu untuk fikir percutian yang terlalu panjang tempohnya. Mungkin korang boleh ambil pakej sama dengan Mrsyanie ni hanya 2 hari 1 malam dengan XCape Resort. Ini kerana korang akan dapat menjimatkan:

  • Pengambilan cuti kerja,
  • bajet kewangan percutian dan,
  • Boleh buat pilihan tarikh yang bukan cuti sekolah atau cuti umum.

Tengok gambar pun mesti dah teruja nak tahu lebih lanjut kan aktiviti yang kami buat. Nanti Mrsyanie sambung dalam entry seterusnya boleh, Mrsyanie sendiri pun tak sabar nak bercerita pengalaman sepanjang berada disana. Terima kasih kepada XCape Resort Sungai Lembing kerana memberikan percutian hujung minggu yang seronok, damai dan hilang segala stress tau.

See also  Kerex Studio Hasil Seni Terindah

 

Untuk maklumat lanjut:

XCape Resort Sungai Lembing

No Telefon: (Ms. Fied Jeffri) +60195249999 / +60134243333
Email : fied@xcape.com.my
Website : www.xcape.com.my

 

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*