Assalammualaikum w.b.t
Trip Sungai Lembing XCape Part 2 | Sungai Lembing sangat terkenal dengan sejarah perlombongan yang pada ketika dahulu ianya merupakan lombong kedua yang terbesar di rantau. Tapi bila disebut sahaja Sungai Lembing ada sesetengah mengenalinya sebagai lombong berhantu. Nak tahu kesahihannya? baca selanjutnya.. hihi
Sejarah Sungai Lembing Kuantan Pahang
Bukan nak cerita pasal hantu pun, rasanya semua itu subjektif cewah.. tapi Mrsyanie nak kongsikan dengan korang aktiviti yang Mrsyanie lakukan di Sungai Lembing. Mengikut jadual yang diberikan oleh pihak XCape Resort waktu berkumpul yang dijanjikan adalah jam 10.00 pagi, lokasi di medan selera Sungai Lembing. Elok sangat lokasi berkumpulnya sebab kami pun belum sarapan pagi. Selesai sahaja kami kenyangkan perut, satu penerangan ringkas diberikan oleh wakil XCape Resort yang akan bersama kami sepanjang berada disana.
Sebelum aktiviti dimulakan kami perlu mengisi satu borang yang mengesahkan kesihatan dan identiti peserta. Kiranya untuk cover insurans sepanjang korang menyertai aktiviti bersama XCape Resort.
Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang | Muzium
Bila kita sebut sahaja tentang sejarah, pasti akan teringat Muzium kan. Sungai Lembing telah ditubuhkan muzium bagi mengingati akan sejarah termasyur tentang perlombongan biji Timah yang pada ketika dahulu merupakan satu bidang yang cukup besar dan meluas. Muzium Sungai Lembing telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan menjadikan salah sebuah kediaman pengurus besar dahulu. Ianya dibaiki dan dijadikan muzium untuk pengunjung yang datang ke Sungai Lembing.
Harga Tiket Muzium Sungai Lembing
Bayaran yang dikenakan tidak mahal, jadi bila korang datang kesini lokasi pertama wajib yang korang lawati adalah Muzium Sungai lembing. Disini segala sejarah dan barang peninggalan dipamerkan untuk kita mengetahui lebih lanjut tentang Sejarah Sungai Lembing Kuantan Pahang.
Sejarah Perlombongan Bijih Timah
Di muzium ini kita dapat mengetahui bagaimana cara zaman dahulu memulakan perlombongan dan hasil perlombongan. Antara pameran yang ditunjukkan di muzium adalah seperti peralatan yang digunakan sewaktu melombong, jenis batu-batuan yang terdapat di Sungai Lembing dan juga diperlihatakan bilik tidur pengurus besar zaman dahulu. Mrsyanie dapat pelajari bagaimana proses pemilihan biji timah dan pengasihan batu-batuan yang telah diambil. Sangat menarik dan satu pengetahuan am yang baru bagi Mrsyanie.
Siapa sangka kawasan yang terpencir mempunyai satu sejarah yang sangat besar dan merupakan kawasan yang terkenal satu ketika dahulu. Sungai Lembing satu kawasan yang perlu kita terokai sebagai salah seorang rakyat Malaysia dan perlu diperluaskan dari segi perlancongannya.
Seterusnya kami dibawa pula melihat sendiri kawasan perlombongan bawah tanah yang penuh dengan misteri. Nantikan pendedahan misteri di Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing. hihi..
Untuk maklumat lanjut:
XCape Resort Sungai Lembing
No Telefon: (Ms. Fied Jeffri) +60195249999 / +60134243333
Email : fied@xcape.com.my
Website : www.xcape.com.my
Boleh jugak klik entry dibawah:
- Boleh Hidup Tanpa Internet?
- Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang – Part 1
- Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang – Part 2
- Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang – Part 3
- Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang – Part 4
- Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang – Part 5
Bestnya perkongsian yanie.bila lah dapat pesana yer