Pekan Sungai Lembing Kuantan Pahang Diterokai

Assalammualaikum w.b.t

Trip Sungai Lembing XCape Part 4 | Pekan Sungai lembing | Banyak lokasi menarik yang korang boleh terokai di pekan Sungai Lembing. Selepas kami mempelajari Sejarah Sungai Lembing yang juga dikenali sebagai pekan Perlombongan Bijih Timah bawah tanah terbesar di Malaysia suatu ketika dahulu, kami dibawa pula melawat sekitar Pekan Sungai Lembing.

Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang

Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang

Selepas kami dibawa melihat sendiri lokasi terowong Bijih Timah bawah tanah, pihak XCape Resort membawa kami melihat sekitar Pekan Sungai Lembing. Tapi sebelum itu kami dibawa untuk makan tengahari di salah sebuah kedai makan masakan kampung di Sungai Lembing. Menu yang simple tetapi penuh dengan rasa kenikmatan rasa dan aroma masakannya.

Bila lihat nama kedai terpikir ehh makan satay ke kita hihi tapi rupanya disediakan menu masakan tengahari berupa nasi dan lauk-lauk masakan Melayu.

Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Kedai Makan Di Sungai Lembing
Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Rizqi Catering Sungai Lembing

Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang | Jambatan Gantung Kolong Pahat Sungai Lembing

Perut pun dah kenyang, kita sambung jelajah Pekan Sungai Lembing. Agaknya apa aktiviti sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang yang akan dibawa oleh pihak resort. ehh Kenapa kami dibawa ke tepi sungai? Mandi sungai terus ke? ohh Rupanya kami dibawa untuk rasai sendiri berjalan diatas Jambatan Gantung Kolong Pahat Sungai Lembing yang menjadi laluan utama bagi perjalan kaki dan motor dari kampung kecil untuk ek Pekan Sungai Lembing.

Gayat ke tak? Alamak bab gayat ni adalah sedikit tapi masih gagah lagi untuk melaluinya. Cuma bila diusik oleh rakan blogger ketaq gak lah lutut ini nak melaluinya hahaha.. Bukan apa risau takut jatuh jew walaupun jambatannya sangat kukuh tau sebab motorsikal pun boleh melaluinya. Jambatan ini hampir 100 meter kepanjangannya dan ianya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Sungai Lembing.

See also  Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang
Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Jambatan Gantung Kolong Pahat Sungai Lembing
Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Sungai Lembing

Pekan Sungai Lembing

Bukan sahaja kami dapat merasai lalu di jambatan gantung ini, kami juga dibawa untuk melihat sendiri hasil produk tempatan yang menjadi salah satu sumber ekonomi mereka. Kami dapat melihat sendiri bagaimana Mee Kuning Kecil dibuat tanpa menggunakan bahan seperti kapur, merasai Taufu Fa lembut dan sedap di Sungai Lembing dan kerepek yang menjadikan Mrsyanie  ketagih untuk makan jew tau. Memang sedap nama kerepek nya Mrsyanie lupa pulak tapi ianya ada 3 jenis perisa tau, iaitu manis, masin dan original. Rasanya seperti kerepk Tiram atau Mrsyanie lebih suka panggil kerepek kapal terbang.

Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Pembuatan Mee Kuning Kecil (Homemade)
Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Mee kuning tanpa bahan terlarang
Aktiviti Sekitar Pekan Sungai Lembing Pahang
Kerepek

Disini korang boleh lihat pengusaha kecil menghasilkan produk untuk dipasarkan. Bukan produk yang Mrsyanie bagitahu tadi je diorang hasilkan malah terdpaat pelbagai lagi produk tempatan yang dihasilkan. Memang seronok dapat melihat sendiri pembuatan produk tempatan dan juga puas hati dapat terokai Pekan Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Selepas selesai kami melawati dan mempelajari tentang Sungai lembing, kami dibawa pula ke XCape resort untuk penginapan dan meneruskan aktiviti yang lebih extreme di hutan sekitar Sungai Lembing. Untuk ke resort korang tak digalakkan untuk membawa kereta sebab struktur jalannya yang bertanah merah. Jadi pihak resort menyediakan satu lokasi parking kereta dengan hanya bayaran RM5.00 untuk 2 hari 1 malam di Pekan Sungai Lembing. Kemudian kami dibawa ke resort menaiki kereta 4wd yang disediakan oleh pihak resort dan.. nantikan entry aktiviti extreme yang kami lakukan bersama XCape Resort tau hihi..

Untuk maklumat lanjut:

XCape Resort Sungai Lembing

No Telefon: (Ms. Fied Jeffri) +60195249999 / +60134243333
Email : fied@xcape.com.my
Website : www.xcape.com.my

 

See also  ePlace | Udon Noodles Terbaik

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*