Assalammualaikum w.b.t

Trip Sungai Lembing XCape Part 3| Lubang Legenda Bernilai Sejuta? | Adakah gambar dibawah ini merupakan lubang yang dikatakan bernilai sejuta ringgit? Tiada siapa yang dapat tahu betul atau tidak. Jika Mrsyanie yang jumpa lubang tersebut mau Mrsyanie bercuti dan terus berhenti kerja haha.. Nampak tamaknya Mrsyanie kan.. Lubang yang dikatakan ini menjadi satu legenda yang cukup terkenal di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

2

Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan

Mengikut lagenda ianya dipercayai bahawa suatu ketika dahulu pekerja-pekerja lombong yang tidak dibayar gajinya telah membuat perlombongan secara haram disitu. Seramai 20 orang perlombong telah dipercayai menjalankan aktiviti melombong secara haram pada waktu malam dan telah melombong Bijih Timah bernilai sejuta ringgit.

Perlombongan haram tersebut dikatakan mengeluarkan Bijih Timah yang bernilai RM2000 hingga RM3000 untuk satu malam dan ianya dijual di pasaran gelap. Tetapi sampai sekarang masih belum mengetahui tentang nasib para perlombong tersebut dan Bijih Timah yang bernilai sejuta ringgit tu.

Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan
Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan

Kembara XCape KBBA9 Ke Sungai Lembing Pahang | Lombong Bijih Timah Bawah Tanah (Tai Pei Tong)

Banyak sejarah yang boleh dipelajari di tapak perlombongan ini dan menjadi suatu keunikkan yang tidak dapat dijumpai di tempat lain. Mrsyanie macam tak percaya dapat jejakkan kaki di kawasan bekas lombong. Jika dahulunya Mrsyanie hanya mengetahui bahawa Negeri Perak adalah negeri perlombongan Bijih Timah tetapi rupanya di Sungai Lembing juga merupakan satu lokasi perlombongan yang kedua terbesar tau. Cuma bezanya perlombongan Bijih Timah di Sungai Lembing dijalankan secara bawah tanah.

1

Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan
Gambar dari Afiq

Setibanya di tapak Lombong Bijih Timah Bawah Tanah (Tai Pei Tong), kami diberi taklimat ringkas mengenai sejarah lombong Sungai Lembing ini. Bukan sahaja lombong ini merupakan lombong Bijih Timah yang kedua terbesar malah ianya juga lombong bawah tanah yang terpanjang kedalamannya.

Kami diberikan peluang untuk merasai menaiki kemudahan pengangkutan perlombongan suatu ketika dahulu iaitu keretapi. Kami menaiki sepanjang 300 meter dan kami sambung berjalan kaki merasa sendiri kedalaman dan suasana kegelapan lombong. Jangan risau ada lampu disediakan sepanjang perjalanan tetapi korang boleh lihat sendiri gelapnya suasana dalam lombong dan bagaimana orang dulu melombong dalam keadaan sebegitu..hihi.. Lagi satu unik tentang lombong ini adalah dari segi sistem pengudaraannya, korang akan rasa angin damai je ketika berjalan dalam lombong. Sistem pengudaraan ini memang dari dulu dah ada tau bukannya ditambah kipas ke hihi..Ianya angin semulajadi yang masuk ke lombong dan arah angin akan jadi berbeza sekiranya hujan. Nak bagitahu pun tak reti tapi sangat unik, ermm korang kena datang sendiri tau hihi..

Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan
Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan
Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan
Salah satu pengangkutan yang digunakan di Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing

Lagenda lombong sejuta ringgit menunjukkan bahawa ekonomi negara dahulu dipengaruhi oleh sektor perlombongan terutamanya bagi sumber Bijih Timah. Satu pengalaman menarik bagi Mrsyanie tau dan Mrsyanie sangat syorkan korang datang sendiri rasai sejarah Sungai Lembing Pahang. Banyak sumber sejarah yang korang boleh pelajari dan ianya merupakan salah stau lokasi menarik untuk diterokai oleh semua golongan.

Untuk maklumat lanjut:

XCape Resort Sungai Lembing

No Telefon: (Ms. Fied Jeffri) +60195249999 / +60134243333
Email : fied@xcape.com.my
Website : www.xcape.com.my

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *