Boleh Hidup Tanpa Internet?

Assalammualaikum w.b.t

Kehidupan Tanpa Internet | Yeah dah masuk bulan Oktober, harap bulan yang bertuah dan terus bertuah untuk Mrsyanie. hihi.. Korang pernah tak satu hari tiba-tiba telefon korang tiada internet, kembali kepada zaman dahulu dimana internet adalah perkhidmatan yang mahal dan terhad? Boleh ke korang hidup tanpa internet?

Boleh Hidup Tanpa Internet
Boleh Hidup Tanpa Internet

Boleh Hidup Tanpa Internet?

Mrsyanie pernah cuba off kan telefon tapi rasa tak tentu hala bila telefon tak berbunyi. Setiap kali pegang handset je mesti Mrsyanie akan check instagram, facebook, google analytics.. hihi Tengok berapa ramai pengunjung blog YanieYusuf.com ni. Mesti antara korang adalah penyumbang statistik blog YanieYusuf.com, terima kasih tau.

Tapi minggu lepas Mrsyanie pergi satu trip kembara bersama beberapa orang rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Lokasi yang kami pergi ini sangat damai dan paling mengejutkan disana tiada internet… ha?? Mau tak mengelupor Mrsyanie sebab tak ada internet, Mrlaling pulak tak ikut. Errm macam mana nak berhubung dengan Mrlaling, bukan kata internet je tak ada malah line telefon juga macam biskut kejap ada kejap tak ada.

Mula sampai itu jadi tak tentu hala jugak mencari signal tapi selepas aktiviti pertama kami lakukan. Hilang kegelisahan tentang tiada internet mahupun line telefon. Terasa penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dengan rakan-rakan, waktu ini lah kami bergelak ketawa bersama dan berborak mengenali lebih antara satu sama lain.

Bila fikir semula kadang-kadang kita memerlukan satu masa dimana tiada internet dan tiada telefon di tangan. Ruangkan masa bersama orang yang korang sayang, berborak dan bergelak ketawa bersama.  Menariknya di resort tersebut siap ada signboard ”Sorry no wifi, Talk to each other”. Memang satu lokasi yang sangat strategik untuk korang lapangkan diri dari alam maya dan kembali ke dunia nyata bersama orang tersayang.  Mana lokasi tu? Tunggu entry seterusnya Mrsyanie akan cerita kan ye.

See also  Punca Haid Yang Tidak Teratur
Awal Muharram 2016
Salam Awal Muharram 2016

Selamat datang bulan Oktober 2016 dan salam Muharram!

Boleh jugak klik entry dibawah:

Till Next Entry ye!!!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*