Header Baru Lebih Santai dan Mencari Kelainan

Assalammualaikum w.b.t

Header Baru Blog | Akhirnya Mrsyanie dapat juga selesaikan design untuk header baru bagi blog www.yanieyusuf.com. Lama dah nak buat tapi asyik tertangguh je dengan pelbagai hal yang lain. Walaupun header ini simple tapi harap cukup melambangkan niche bagi blog yanieyusuf.com. Agak-agak Yay atau Nay bagi wajah header baru Mrsyanie?

header baru
Header baru www.yanieyusuf.com

Header Baru

Kenapa perlu ada header? Mungkin ada sesetengah blog tidak memerlukan header tetapi pandangan Mrsyanie, header ini merupakan salah satu lambang kepada penceritaan kepada sesebuah blog. Header juga menjadi satu tarikan kepada pembaca untuk terus melayari sesebuah blog.

Pertama pandangan setiap pembaca adalah daripada headernya, jadi setiap blogger mempunyai header yang berbeza dan unik mengikut kepada jenis blog. Sebagai contoh meletakkan header gambar sendiri, ianya boleh melambangkan bahawa blog tersebut menceritakan tentang blog lifestyle.

Yay atau Nay Header Baru www.yanieyusuf.com?

Kenapa hanya pilihan tulisan dan gambar icon? kenapa bukan letak gambar sendiri. Jika korang pembaca blog Mrsyanie dari awal mesti pernah lihat header bergambar wajah Mrsyanie. Kini Mrsyanie inginkan sesuatu kelainan dan lebih santai. Header Mrsyanie didesignkan bagi melambangkan bahawa Mrsyanie lebih memfokuskan kepada penceritaan mengenai travel atau percutian Mrsyanie dan diselitkan dengan food dan beauty.

Lifestyle tidak dapat dipisahkan, yelah Mrsyanie seronok dapat kongsikan dengan korang cerita-cerita dan pengalaman Mrsyanie dalam apa jua yang dilalui. Dengan harapan setiap apa yang dikongsikan menjadi panduan atau rujukan buat korang tapi pilih yang mana baik-baik je tau. Yang buruk dijadikan sebagai pengajaran buat semua dalam kehidupan. Terima kasih kepada korang yang sudi baca blog Mrsyanie, eeh ramai ke yek yang baca blog Mrsyanie ni hihihi..

See also  Syawal 2020 Penuh Cov-Eid

Mrsyanie sebenarnya banyak idea nak buat design header tapi almaklumlah tak mahir sangat dengan photoshop hihi Jadi terhasillah design yang ringkas dan santai bagi pandangan Mrsyanie. Yay atau Nay bagi pandangan korang? Jujur tau hihi..

Till Next Entry ye!!!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*