Assalammualaikum w.b.t

Pulau Tioman Pahang Part 1 | Percutian yang pada mulanya terpaksa dibatalkan disebabkan oleh beberapa faktor tetapi akhirnya Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang berjaya dilaksanakan dengan penuh kegembiraan. Yeah!! Satu pengalaman pulau yang sangat seronok tau. Kadang-kadang percutian yang tak dirancang tu yang menjadi kan, pernah tak korang mengalaminya?

Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang

Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang

Percutian kali ini bukan gaya honeymoon tau, kali ini percutian bersama kawan-kawan dan keluarga. Cewah.. Kami seramai 5 dewasa dan 2 orang kanak-kanak bergerak dari Tanjung Malim lebih kurang jam 10.00 malam dan akhirnya sampai ke jetty Mersing pada jam 6.00 pagi. Hampir 8 jam jugak lah perjalanan kami kerana kami banyak berhenti untuk rehatkan diri yang kepenatan kerja disiang harinya. Kami perlu gerak juga malam tu sebab tiket feri yang ditempat ke Pulau Tioman jam 7.30 pagi. Inilah satu-satunya waktu feri dari jetty Mersing untuk ke Pulau Tioman pada hari tersebut (waktu perjalanan feri disediakan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia) kerana ianya perlu mengikut waktu air pasang surut.

Kiranya ngam-ngam perjalanan kami untuk sampai ke jetty tapi sampai je tempat letak kereta orang yang jaga disitu kata feri pagi tu diawalkan. Mau tak kelang kabut kami untuk berjalan ke jetty, tapi nasib baik sempat. Feri pagi tu bergerak hampir jam 7.00 pagi. Kami parking kereta di tempat parking kereta Majlis Daerah Mersing kerana ianya lebih terjaga dan bayaran parking disini untuk 3 hari 2 malam RM30.00. Ada juga parking kereta betul-betul bersebelahan dengan jetty, harga juga sama jika tidak silap.

Parking Pelancong Majlis Daerah Mersing
Lokasi Parking Kereta Majlis Daerah Mersing

Pengalaman betul buat kami terpaksa tukar feri kerana air surut dengan cepat pagi tu. Kami naik boat laju tapi itu pun Mrsyanie dan Mrlaling naik boat lain, kawan Mrsyanie naik boat lain. Jenuh tau nak sampai hampir 2 jam lebih jugak perjalanan kami untuk sampai ke Pulau.

Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
Dalam feri yang pertama kami naik

Lupa nak bagitahu, Mrsyanie pilih Jeti Mersing kerana pihak homestay ada memberitahu yang Jeti Tanjong Gemok agak sunyi jika malam, jadi Mrsyanie pikir keselamatan parking kereta mungkin lebih selamat di Jeti Mersing. Tapi ada je ramai yang Mrsyanie baca blog park di Jeti Tanjong Gemok, Mrsyanie tak sampai lagi ke sana. Tapi sepanjang perjalanan, pemandangan laut sangat cantik dan tenang je. Cuma bila tempat duduk kurang selesa dengan masa yang panjang, fuh mencabar betul rasanya.

Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang Part 1

img20160826100043

Pulau Tioman Pahang
Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang

Kampung Tekek, Pulau Tioman Lokasi Penginapan

Di Pulau Tioman terdapat beberapa kampung dan kalau korang nak tahu setiap kampung ada jalan laut mereka sendiri. Disini bukan seperti Pulau Pangkor yang dapat berhubung antara satu sama lain, yang boleh kita pusing satu pulau naik motor. Jalan yang dapat menghubungkan setiap kampung adalah jalan laut tetapi ada beberapa kampung yang boleh dilalui dengan kenderaan. Macam Kampung Tekek, lokasi penginapan Mrsyanie boleh menghubungkan antara kampung Air Batang dengan Kampung Juara sahaja melalui jalan darat. Untuk ke kampung lain perlu menaiki boat.

Kampung Tekek, Pulau Tioman
Kampung Tekek, Pulau Tioman
Kampung Tekek, Pulau Tioman
Jetty Kampung Tekek, Pulau Tioman

Kami sampai lebih kurang jam 10.00 pagi, sampai sahaja kami terus hubungi pihak homestay untuk ambil kami di jetty. Yang bagus perkhidmatan ambil dan hantar ke jetty disediakan oleh pihak homestay tau, mudahkan lagi perjalanan kami.

Sementara menunggu kami pekena dulu sarapan pagi. Betul-betul depan jettry Kampung Tekek ada satu medan makan tapi ada dalam 2 kedai je yang buka pagi tu. Kami pekena nasi lemak Pulau Tioman gitu, rasanya boleh tahan lah hihi.. Kami makan di gerai yang terletak disebelah kanan, disini bukan sahaja nasi lemak malah nasi minyak/nasi beriani pun ada jual untuk sarapan pagi tau.

img20160826101606

Perut dah kenyang apa lagi, kami pun terus dibawa ke homestay. Kami penginap di Homestay RN Global Holidays. Hanya 5 minit sahaja dari jetty tapi yelah kalau jalan kaki peluh gak lah dengan bawa beg bagai kan. Pengangkutan disini kebanyakan menggunakan motor dan kereta 4wd.

img20160826103710
Sampai sahaja homestay, memang cover tidur lah kepenatan. Lama gak kami berehat dengan keselesaan homestaynya memang buatkan kami hilang penat. Risau gak mulanya homestay itu ok ke tak tapi sampai je fuh lega. Selesa dan kemudahan pun lengkap disediakan. Petangnya baru lah kami plan untuk jelajah keindahan Pulau Tioman. Nantikan entry seterusnya tau.

Sepanjang perjalanan kami untuk sampai ke Pulau Tioman dipermudahkan walaupun ada kelang kabut sedikit sewaktu sampai ke jetty. Cuma satu kekurangan iaitu air paip yang disediakan oleh kerajaan memang macam slogan biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada. Begitu juga air di bilik air Jetty Mersing, tak ada air tau langsung. Pulau Tioman memang satu pusat perlancongan yang sangat cantik dan menjadi tumpuan pelancong tetapi berharap sangat kerajaan puast dapat perbaiki dari segi sumber air terutama di tandas Jetty Mersing.

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

 

You may also like

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *