Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang | Snorkeling

Assalammualaikum w.b.t

Pulau Tioman Pahang Part 4 | Hari kedua kami di Pulau Tioman merupakan hari yang dinanti-nantikan dan ianya merupakan hari kemuncak aktiviti kami di Pulau Tioman. Yeah memang aktiviti wajib sekiranya korang datang ke Pulau, tak kira mana-mana pulau pun aktiviti ini akan menjadi satu aktiviti wajib bagi setiap pelancong. Apa lagi antara aktiviti wajib dan menarik di Pulau Tioman adalah Snorkeling. Siapa yang suka snorkeling??

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman

Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang | Snorkeling

Mrsyanie memang suka snorkeling walaupun tak tahu berenang tapi memang suka menyelam tambahan pula jika air laut yang jernih dan bersih. Kita boleh lihat keindahan di dasar laut yang sangat unik dan menarik. Begitu juga dengan Pulau Tioman yang mempunyai keunikkan dan tarikan dari segi dasar lautnya. Kebanyakkan yang datang ke Pulau Tioman adalah untuk snorkeling atau Scuba Diving. Kami beruntung kerana pihak homestay boleh menguruskan trip snorkeling kami. Harga pakej yang ditawarkan adalah RM70.00 / seorang dewasa dan kanak-kanak percuma bagi umur 2 tahun kebawah (yeahh rezeki kami) hihihi..

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Marina jetty Kampung Tekek

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman adalah snorkeling pulau. Itinerary kami memang dah siap-siap letak hari kedua untuk snorkeling sepanjang hari. Aktiviti bermula jam 9.00 pagi dan terus kami bergerak ke Marina Kampung Tekek yang tak jauh dari homestay kami. Jadi kami jalan kaki sahaja lebih kurang 3 minit sampai. Setiba disana ada beberapa kumpulan lain turut ada, wah Mrsyanie dah mengeluh dalam hati yelah kena campur ke dengan kumpulan yang lain. Bukan kata tak suka nak campur tapi jika boleh team kami je lagi mudah untuk pergerakkan kami nanti.

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Bersama tersayang, seronok kami nak snorkeling

Nasib baik boat yang kami naik khusus untuk Mrsyanie, kawan-kawan dan ada sepasang pasangan pelancong dari Spain jika tak silap. Oklah tak ada rasa kekok sangat sebab pasangan itu pun peramah orangnya dan tak banyak kerenah. Pakcik yang bawa boat pun sangat peramah dan boleh dibawa berborak lah. Best sangat pakcik ni, kalau Mrsyanie pergi lagi Pulau Tioman memang request pakcik tu (maaf lupa pulak nama pakcik tu).

See also  Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Dalam boat private

Sebelum itu, Mrsyanie nak bagitau pakej yang kami ambil ini tak termasuk dengan makan tengahari tau. Jadi ada 2 cara satu korang boleh booking makan tengahari dengan pihak hotel untuk dibawa sekali sewaktu snorkeling atau korang boleh makan di kawasan kampung yang akan menjadi salah satu check point dalam trip snorkeling. Cuma nya makanan di pulau tu agak mahal sedikit, jadi Mrsyanie order dengan homestay dan diorang bungkus siap-siap untuk dibawa.Makanan yang kami order adalah Nasi Lemak Ayam Goreng dan Bihun bersama Ayam Goreng.

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Pantai Pasir Panjang Pulau Tioman

Keseronok Snorkeling Di Pulau Tioman

Amboi sakan seronok Mrlaling bermain bubble pernafssan bila menyelam. Siapa yang pandai berenang atau menyelam tak perlu pakai life jaket tapi Mrsyanie ni tak pandai, wajib lah pakai life jacket. Dalam pakej ini termasuk dengan life jacket dan google bagi setiap seorang. Kedalaman dasar laut disetiap point yang dibawa berbeza, ada yang sedalam 10 kaki dan lebih. Trip snorkeling kami dibawa sebanyak 7 lokasi untuk snorkeling ianya termasuk ke beberapa lokasi yang ada pantai.

Mulanya kami dibawa ke satu pantai yang sangat cantik dan jernih, iaitu Pantai Pasir Panjang. Disini korang boleh bermandi manda dan snorkeling, bagi yang bawa anak-anak korang boleh jalankan aktiviti bermain pasir tau. Jernih sangat airnya, teringat keindahan pantai di Krabi tau. Tak perlu korang nak jalan jauh-jauh untuk menikmati pantai yang cantik, dalam Malaysia pun ada yang menarik.

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman Snorkeling
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Life jacket dan google disediakan

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman adalah snorkeling kerana korang boleh lihat sendiri kepelbagaian hidupan laut yang ada. Siapa yang tak pernah tengok Gamat, ha Mrsyanie ada sediakan gambar khas buat korang.. Tara..dibawah ini adalah Gamat tau, teringin nak pegang tapi takut pulak hihi. Disini memang banyak Gamat dan juga pelbagai hidupan air yang lain.

See also  #PROJEK100BUKU
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Gamat
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Antara kehidupan laut

Ikan Jerung (Shark) Di Pulau Tioman

Lokasi lain yang dibawa untuk snorkeling terdiri daripada lokasi bat karang bersaiz besar, batu karang bersaiz kecil dan paling menarik ada satu lokasi yang mempunyai raja hidupan laut iaitu Ikan Jerung. Tak sangka Malaysia ada ikan Jerung tau, haih cetek betul ilmu pengetahuan Mrsyanie tau. haha Bila sampai baru tahu yang Pulau Tioman juga terdapat hidupan raja tersebut. Terus teringat cerita filem The Shallows, seram tau tengok gigi taring ikan Jerung.. Terus kecut perut nak snorkeling hahaha

Pemandu boat kami ajak untuk menyelam melihat sendiri ikan Jerung tu tapi Mrsyanie tak berani pulak nak turun. haha Suruh Mrlaling yang pergi ambil gambar Jerung tapi satu pun tak dapat tangkap sebab katanya lihat pun dah gerun dan Jerung sangat laju pergerakkannya. Kata Mrlaling mula nampak Jerung dihadapan pastu kejap je hilang, cuak dan takut tetiba muncul di belakang katanya hihi.. Tapi pasangan Spain yang sekali dengan kami memang berani, diorang lah yang bagitahu jumpa Jerung. Tapi diorang pandai berenang dan laju berenangnya hihi.. Kebetulan yang diorang nampak ada 3 ekor Jerung, 2 bersaiz agak kecil dan satu bersaiz besar sehingga 1 meter panjangnya. Tapi ramai je yang menyelam dikawasan situ, memang lokasi untuk scuba driving dan ikan tersebut tak kacau orang.

Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Batu Karang Laut Pulau Tioman

Trip snorkeling kami dari jam 9.00 pagi sehingga hampir 4.00 petang jugak. Keseronokkan memang tak dapat digambarkan tetapi ianya menjadi satu memori paling berharga buat Mrsyanie bersama rakan-rakan. Untuk kanak-kanak snorkeling pun boleh, pastikan pakai life kacket dan korang kena pegang. Bagi yang dah tahu berenang pun korang masih perlu pantau akan keselamatannya. Jangan lupa juga bawa keperluan seperti makanan, minuman dan gajet kalis air (waterproof) juga perlu. Rugilah kalau tak ada yang waterproof kerana ianya akan menjadi kenangan bergambar buat korang.

Makan Malam di Warong Syahirah B.B.Q Seafood
Antara Aktiviti Wajib dan Menarik Di Pulau Tioman
Warong Syahirah B.B.Q Seafood Pulau Tioman

Sampai sahaja di homestay selepas penat bermandi dan bersnorkeling masing-masing lelapkan mata. Malam pula tak ada dah aktiviti memasak  sebab semua kepenatan. Jadi kami plan makan diluar sahaja dan lokasi restoran untuk makan malam (dinner) kami adalah Warong Syahirah B.B.Q Seafood. Ianya terletak jauh sedikit dari homestay tapi masih boleh jalan kaki, lebih kurang 5 minit je. Lagipun kami ambil peluang untuk jalan ke kedai cenderahati sekali sebab feri balik kami seawal 5.30 pagi.

See also  Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 2 - sepetang di pantai

Makan malam kami semestinya hidangan seafood lagi dan konsepnya sama korang boleh pilih seafood segar dan diorang akan masak ikut kehendak kita. Mrsyanie order Sotong Goreng Butter dan rakan lain order Ikan Siakap 3 rasa, Tomyam campur, telur dadar dan Ikan Pari sambal extra pedas. Memang pedas betul ikan Pari yang dibuatnya, ingatkan tak sepedas tu bila extra hahaha.. hamikk..pedas sangat tapi itu yang berselera nak makan hihi..

Lepas makan kami terus balik untuk kemas beg untuk persediaan balik esok paginya. Nak buat macam mana kan dah tiket feri awal pagi, tapi kalau korang naik di Jetty Tanjung Gemuk ada waktu feri yang akan banyak berbanding dengan Jetty Mersing sebab Jetty Mersing perlu mengikut waktu air pasang.

 

Bajet Ringkas:

  • Penginapan homestay: RM280/malam
  • : 2malam RM560.00/ 5 orang: RM112/seorang.
  • Tiket Feri (Jetty Mersing) : RM 70.00/seorang pergi balik
  • Makan sarapan: RM5.00/ seorang
  • Pengangkutan ke Taman Laut: RM50/5 orang: RM10/seorang
  • Sewa life jackets dan goggle : RM10/ seorang
  • Makan malam (masak): RM50/5 orang: RM10/seorang
  • Sotong bakar sambal: RM15 / seekor
  • Sewa Motor: RM 15/ jam bagi satu motor
  • Sarapan (day 2): RM8/seorang
  • Makan Tenghari (day 2): RM8/seorang
  • Pakej snorkeling : RM70/seorang dewasa
  • Makan malam: RM37/ 2 orang

Boleh jugak klik entry dibawah:

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 Comments

  1. Assalam kak
    Tumpang tanya, yang pakej snorkeling rm70 tu termasuk semua kelengkapan ke? Mcm pakaian diving tu termasuk ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*