10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman

Assalammualaikum w.b.t

Percutian Ke Pulau Tioman | Pulau Tioman merupakan salah sebuah pulau yang sangat terkenal dikalangan penyelam dan merupakan satu destinasi percutian keluarga yang menarik. Ianya sangat cantik dengan keindahan dasar laut yang jernih dan sangat memukau para pelancong yang datang. Mrsyanie yang tak reti berenang ni pun dah ketagih nak snorkeling walaupun lautan sedalam 10 kaki dan lebih. Tak sabar nak kongsikan dengan korang gambar-gambar keindahan dasar laut di Pulau Tioman tau tapi sebelum itu Mrsyanie kongsikan dengan korang 10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman bagi memudahkan perjalanan dan perancangan percutian.

10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman
10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman

10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman

Pulau Tioman adalah sebuah pulau yeng terletak di antara Pahang dengan Johor. Sebenarnya Pulau Tioman terletak di Rompin Pahang tetapi lebih dikenali sebagai pulau di Johor kerana jetty yang terkenal untuk ke Pulau Tioman adalah jetty Mersing. Mrsyanie kongsikan 10 tips yang perlu korang jadikan panduan untuk percutian ke Pulau Tioman terutamanya bagi yang berkeluarga.

1. Pilih tarikh dan bulan yang sesuai

  • Paling utama korang kena tahu bulan berapa korang nak bercuti tapi pastikan korang tak plan untuk pergi musim ketujuh pulak. Biasanya kalau bulan yang agak cantik adalah bulan 4 hingga 8, itu pun bergantung kepada cuaca. Mengikut orang tempatan bulan 9-10 pun masih ada jugak pelancong yang datang.

2. Lokasi penginapan

  • Di Pulau Tioman terdapat beberapa perkampungan untuk penginapan dan antara satu kampung ke satu kampung tidak bersambung cuma ada beberapa perkampungan boleh ke perkampung lain. Korang boleh pilih lokasi untuk penginapan. Mrsyanie pilih di Kampung Tekek kerana ianya merupakan pekan bagi Pulau Tioman, pejabat kerajaan pun banyak di Kampung Tekek. Kampung Tekek hanya boleh ke Kampung Juara dan Air Batang.
See also  [Hotel Review] E-Red Hotel Bajet Tapi Lengkap
map Tioman
Peta Pulau Tioman

3. Jenis penginapan mengikut bajet

  • Penginapan pula korang perlu tahu bajet korang. Sebaiknya tempah hotel dahulu sebelum korang travel. Boleh pilih samada nak ambil pakej penginapan dengan agent atau dengan hotel terus. Tapi tempahan pakej lengkap dengan hotel terus agak mahal sedikit berbanding dengan agent. Tapi Mrsyanie tak ambil pakej, percutian bajet katakan.
  • Jadi Mrsyanie dengan rakan pilih penginapan jenis homestay tanpa sebarang pakej. Kami bercuti 5 dewasa dan 2 kanak-kanak, jadi lebih sesuai kami ambil homestay dan bayaran pun tak mahal sangat untuk seorang.

Penginapan yang Mrsyanie ambil:

RN GLOBAL HOUSE

(Chalet / Homestay)
Kg. Tekek Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel: 03 – 9081 4447
Niki Yusof : 012-5533 052 / 012-3430 447
Zull Safar : 017-3748 307
Fax : 03 – 9081 4447 / 03-2037 2796
Email : sales@bercuti.com / rn.globalholidays@gmail.com

 

4. Tentukan pengangkutan ke Pulau Tioman

  • Untuk ke Pulau Tioman terdapat 2 jenis pengangkutan, iaitu melalui udara atau laut. Jika melalui udara hanya ada penerbangan menggunakan kapal terbang “Berjaya air”, 40 minit penerbangan melalui singgapura (seletar airport) dan Kuala Lumpur (Subang airport) ke lapangan terbang Kg. Tekek, Tioman.
  • Jika melalui laut terdapat 2 jetty yang boleh ke Pulau Tioman. Jeti Tanjong Gemok, Rompin, Pahang dan Jeti Mersing, Johor, perjalanan masing-masing makan masa lebih kurang 2 jam untuk sampa ke Pulau (ada yang kata Jeti Mersing ke pualau agak jauh sedikit berbanding dari Jeti Tanjong Gemok).

img20160826100007

 

5. Pembelian tiket feri awal

  • Ini bab yang korang memang perlu tahu, bagi yang ambil pakej lengkap dengan pihak agensi korang hanya perlu tahu waktu feri sahaja. Bagi yang nak bercuti secara backpacker sebaiknya korang usha dahulu tiket. Kalau di Jeti Mersing waktu perjalanan feri bergantung kepada air pasang surut laut, pastikan korang tempah tiket feri awal dan sampai ke jeti 1 jam 30 minit awal.
  • Macam hari itu Mrsyanie tiket feri jam 7.00 pagi tapi diawalkan 30 minit kerana air laut mula surut. Waktu perjalanan pula hanya ada 1 trip perjalanan sahaja, disana bukan seperti Jeti ke Langkawi yang waktu perjalanan ada banyak. Harga tiket RM70.00 untuk seorang (pergi balik).
See also  Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Pulau Candy

Syarikat feri di Jeti Mersing:

Blue Water Express
No Telefon: 607-7995659 / 4811

6.  Bawa beg dan pakaian yang bersesuaian

  • Beg bukan kata tak boleh bawa yang beroda, boleh sebab kawan Msryanie bawa beg beroda tau. Cuma jika ingin memudahkan bawa beg galas belakang atau yang selesa.
  • Untuk aktiviti di Pulau Tioman semestinya banyak yang melibatkan air tau, pastikan korang bawa pakaian yang cukup dan bawalah beg kecil untuk dibawa sewaktu aktiviti snorkeling. Paling bagus bawa beg water proof.
  • Pakaian untuk mandi pun jangan lupa, jangan pakai pakaian yang berat apabila basah. Mudahkan untuk pergerakan sebaiknya pakai pakaian yang agak ringan sewaktu basah (baju swimming ke hihi).
10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman
10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman

 

7. Perlu tahu makan disediakan atau masak sendiri

  • Bagi yang ambil pakej lengkap tidak perlu risau kerana disediakan semua makan tetapi bagi yang travel secara sendiri ni korang perlu tahu nak makan dimana atau korang nak masak. Harga makan di pulau agak boleh tahan harganya tetapi jangan risau banyak kedai makan.
  • Untuk yang menginap di homestay korang boleh jugak masak sendiri kerana perkakas disediakan (bergantung kepada fasiliti yang disediakan oleh homestay). Kalau tahu korang nak masak sendiri bawalah siap-siap ramuan asas seperti garam, gula, beras dan sebagainya. Kalau nak beli dikedai pun boleh tapi harga agak mahal dari harga pasaran.

8. Pemilihan pakej aktiviti

  • Pakej aktiviti ini korang tak perlu tempah awal pun boleh kerana disana pelbagai pakej aktiviti yang diorang sediakan. Tapi pastikan korang luangkan 1 hari untuk aktiviti snorkeling tau, memang best.
  • Mrsyanie ambil pakej dengan pihak homestay dengan harga RM70.00 untuk seorang ke 6-7 lokasi snorkeling. Untuk pakej ni tiada makan disediakan ye. Setiap pakej berbeza tau, ada yang disediakan makan dan ada yang tidak. Jadi korang boleh pilih mana yang bersesuaian dengan bajet.
See also  Wordless: Tips Travel

Snorkeling Pulau TiomanSnorkeling Pulau Tioman

9. Peralatan /gadget Waterproof Camera 

  • Jangan lupa bawa gadget yang waterproof, bila lagi nak abadikan gambar disana. Antaranya seperti Go Pro, SJCam atau korang boleh beli casing yang waterproof tu untuk letak telefon.
10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman
Keindahan dasar laut Pulau Tioman

10. Rancang perjalanan

  • Bila korang dah tahu waktu feri, korang dah boleh rancang perjalanan untuk sampai ke jeti. Samada korang datang awal sehari dan tidur di Mersing atau korang boleh bajet masa untuk sampai ke jeti. Macam Msryanie gerak dari Tanjung Malim jam 9.30 malam pada hari khamis dan sampai jam 6.00 pagi, kerana kami banyak berhenti rehat hilangkan mengantuk.

 

Harap 10 Tips Percutian Keluarga Ke Pulau Tioman ini dapat membantu serba sedikit untuk perancangan percutian korang ke Pulau Tioman bersama keluarga. Oh tidak lupa juga pada yang jenis mabuk laut, ambil lah langkah berjaga-jaga seperti makan ubat muntah dan sediakan plastik. hihi Selamat bercuti dan ambil gambar banyak-banyak buat kenangan nanti.

 

 

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*