Hong Kong Trip | Part 2 | Disney Land

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Trip | Part 1 | Disney Land | Selepas penat semalam sampai then terus ke Avenue of Star. Hari kedua plak penuh dengan aktiviti hanya di Disney Land, Hong Kong. Sebelum keluar hotel, sempat jugak lah kami sarapan pagi dengan bekalan yang dibawa. Ha disebabkan kat Hong Kong ni agak mahal, kami dah siap-siap bawa stok biskut, maggi, paket 3 in 1 dan oat. Bagi alas perut dulu sebelum kami keluar teruskan jelajah HK. Apa menarik di Disney land????

Untuk ke Disney Land, kami semestinya naik MTR dari  East TST Station ke Sunny Bay (Disney Land) Station. Tambang dari TST ke Sunny adalah HKD 19.00 untuk pergi sahaja. Balik tu agak murah sedikit dengan harga HKD 17.50 jew. Di HK apa yang Mrsyanie perasan harga tambang balik emsti lagi murah dari pergi kesesuatu tempat tau. Dari East TST Station menghala ke Tuen Mun Station

Turun di Nam Cheong station untuk pertukaran tren ke Tung Chung/Disney Land resort line. Kemudian korang perlu turun di Sunny Bay (Disney Land) Station. Disitu korang akan nampak platform tren khas ke Disney Land. Tren nya pun cermin berbentuk Minkey Mouse. Sangat Comel tau!!! 

Alhamdulillah akhirnya samai juga ke Disney Land Hong Kong!!!! Pelbagai aktiviti menarik disini dan games yang disediakan pun cukup best dan sanagat enjoy.. Ada pelbagai jenis game yang disediakan mengikut perigkat umur. Bukan sahaja untuk game kanak-kanak, malah untuk orang dewasa pun ada. 
ANIMATION ACADEMY

CRYSTAL ARIS

BERHARGA HKD 30 = RM 15++

SPACE MOUNTAIN

Dalam kawasan Disney Land terdapat juga restaurant makanan halal tau. Jadi bagi kita yang beragama Islam tidak perlu risau tentang nak makan dimana. Yelah duduk di Disney Land seharian, cuma kekurangannya adalah tempat solat. Perlu cari ruang atau sudut-sudut yang bersesuain. Boleh juga tanya di kaunter pertanyaan lokasi sesuai untuk solat.

Wokey lah tu last picture ye.. so more picture 
korang boleh layari YANIEYUSUF.
Kami berada di Disney Land dari jam 11 pagi sehingga 9 malam tau.. Setiap hujung waktu sebelum tutup, pihak Disney Land akan pasang Fireworks yang sangat cantik dengan alunan lagu yang menarik!!! Sangat enat tapi sangat puas hati kot..
  
Harga tiket : HKD 499.00 
(Tapi Mrsyanie order terus melalui hotel dapatlah diskaun HKD 475.00)
Makanan tengahari kami berharga:
Nasi Goreng set: HKD 138.00
Octopus Korean: HKD 45.00
Buah-buahan : HKD 28.00
**sambung part 3 : Macau
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

See also  Bali Tour Guide Dan Photographer Honeymoon Avriel Yantohood

9 Comments

  1. wahh best nya gi disneyland…. 😀 kawan kak yanie yg gambar first sekali tuh, salah tengok, macam IU pon ada…comel 😀 salam sayang dari aisya EFG…kita dtg sini nk follow dgn blogwalking sikit2…salam kenal yer 😀 nnt dah kenal lama sikit, kita serbu yer 😀

    jindrisska.blogspot.com 😀

1 Trackback / Pingback

  1. Hong Kong Trip | Part 1 | Ma's Restaurant | Avenue of Star - YanieYusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*