Assalammualaikum w.b.t
Bila Isteri Perlu Harum Malam? | Mungkin bagi sesetengah wanita yang bergelar isteri, lepas berkahwin agak kurang menjaga penampilan diri terutamanya waktu malam kan. Yelah dah nak tidur tapi sebenarnya waktu malam adalah waktu yang perlu juga kita jaga dari segi penampilan diri secara ringkas untuk suami. Sebenarnya Mrsyanie bukan nak cerita pasal penampilan tetapi Mrsyanie nak kongsikan dengan korang tetang penjagaan diri bagi kaum Hawa. Sejak dua menjak ini Mrsyanie memang lesu je, balik dari kerja lepas isyak je mesti mengantuk. Kalau korang perasan minggu lepas Mrsyanie tak ada entry kan. Sebab bila malam je penat dan tak larat. Paksa juga matanya tapi jadi sakit kepala pulak. Masa dengan suami pun tak terluang rasanya.huhu..
Wanita Bekerjaya Perlukan Harum Malam Untuk Kecantikan
Sebagai seorang isteri juga bekerjaya masa adalah sangat emas terutamanya untuk luangkan masa dengan suami. Selain dari hujung minggu sebenarnya waktu malam hari bekerja juga adalah masa sangat berharga untuk berborak, bersua muka dan berbincang dengan suami. Tapi kalu dah setiap hari balik kerja je penat lesu, masa dengan suami pun kurang. Pagi pula sibuk nak bersiap ke tempat kerja betul tak?.. Bila penat penampilan diri waktu malam pun kita tak terjaga.
Akhirnya Mrsyanie diperkenalkan dengan Harum Malam. Ha mesti korang ingat tajuk tu pelik kan (bukan melucah tau aipp) hihi, Harum Malam ini merupakan satu produk supplement khas untuk semua wanita. Wanita bekerjaya perlukan Harum Malam untuk kecantikan dalaman dan luaran. Ianya sangat digalakkan untuk kita mengamalnya terutama bagi wanita yang bekerjaya. Macam Mrsyanie memang memerlukan supplement untuk mengembalikan kecergasan selepas kerja tau.
Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita
Sejak dua menjak ni ramai blogger yang merasai sendiri Harum Malam. Mrsyanie pun tak lepaskan peluang untuk mencubanya, siapa tak mahu cantik dan cergas kan hihi. Harum Malam adalah satu supplement khusus untuk wanita yang diformulasi dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah keletihan dan penjagaan dalaman wanita.
Kalau korang nak tahu ianya juga membantu dalam merawat masalah seperti keputihan, gatal-gatal vagina, mengetatkan vagina (wow!!), hilang hanyir haid dan paling penting untuk Mrsyanie adalah meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon. Siapa yang tahu tentang Mrsyanie mesti tahu Mrsyanie mempunyai masalah stabil hormon. Alhamdulillah sekarang makin baik dan beransur stabil.
Mrsyanie suka sebab rasanya masam-masan manis tau. Korang dapat rasa buah kurma digabungkan dengan rasa buah strawberry. Mula Mrsyanie rasa macam masam-masam tapi bila masuk ke tekak rasa manis itu timbul. Hingga menjilat sudu tak nak tinggal sisa jus Harum Malam.
Isi kandungan yang digunakan semestinya 100% ramuan asli, antara bahan yang digunakan adalah Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry, dan senna.
Cara Pengambilan Harum Malam
Mrsyanie amalkan setiap pagi satu sudu sebelum pergi kerja sahaja. Sayang nak habiskan hihi Jadi amalkan satu sudu je sehari, maknanya sekali sehari. Tapi dicadangan untuk mengambil 1 sudu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu malam sebelum tidur. Makan kena konsisten tau, kalau korang amalkan minum jus Harum Malam secara ”on off” kesannya pun kuranglah nampak kan.
Lagi satu korang minum jus Hraum Malam gunakan sudu plastik tau. Kerana dalam jus ini mengandungi madu, kang hilang pulak khasiat madu dalam jus Harum Malam jika korang gunakan sudu besi. Nak simpan pun mudah je letak je dalam peti sejuk dan tak perlu risau kualitinya. Kualiti dan khasiatnya tetap sama dan jus Harum Malam tak membeku tau dan ianya tetap pekat dan likat.
Ringkasan Info Harum Malam:
- Isipadu : 250 ml
- Berat : 580 gram
- Harga: RM33 (SM) dan RM39 (SS)
- Keluaran: Millennial Gen Sdn Bhd
- Pantang Larang Harum Malam:
– Elakkan minuman berais
– Ibu mengandung tidak dibenarkan
– Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan )
– Untuk kesan yang maksimum, amalkan setiap hari.
Alhamdulillah sekarang Mrsyanie rasa cergas dan tak lesu sangat bila penat seharian bekerja. Mrsyanie ada juga terbaca yang Harum Malam membantu untuk orang yang nak dapatkan zuriat (membantu untuk hamil) kerana khasiat isi kandungannya. Kita ikhtiar dan berusaha pasti ada yang terbaik buat kita kan. Doakan Mrsyanie dikurniakan zuriat tau, mana tahu bulan ini Mrsyanie boleh disahkan hamil. Aamin..
tak sabar nak cuba lepas pantang..
Pernah cuba dulu mmg sedap rasanya
Suka Harum Malam sebab sedap..pastu confirm bertenaga sepanjang hari