Assalammualaikum w.b.t
Seronok Masak Sendiri | Alhamdulillah dah hari ke 5 umat Islam berpuasa dari lapar dan dahaga. Seronok dapat masak sendiri tau tapi pening gak pikir menu apa yang nak dimasaknya. Yelah kalau setiap hari menu yang sama mesti boringkan. Bila dah penat berpuasa disiang hari nak jugak lah dapat reward makan menu yang sedap-sedap. Menu sedap tak semestinya mahal tau, kalau nak tahu menu yang simple tu lah yang paling sedap selalunya. hihi..
Resipi Berbuka Puasa Lengkap Berasaskan Makanan Laut
Kali ini Mrsyanie himpunkan menu yang korang boleh masak untuk berbuka. Menu yang cukup lengkap dan biasalah konsep Mrsyanie kalau masak memang nak yang mudah tapi sedap kan. Tak payah nak tercari-cari resipi apa lagi nak dimasak, Mrsyanie bagi terus 3 resipi mudah untuk korang masak. Cuma resipi berbuka puasa lengkap berasaskan makanan laut tau. Eh bukan semua seafood Mrsyanie lengkapkan jugak menu dengan sayur, jadi lengkap pilihan menu untuk berbuka puasa.
- Kangkung Tumis Cili Padi + Ikan Bilis
- Sambal Sotong Pedas
- Udang Goreng Tepung Aroma
Kalau korang nak tukar kepada ayam pun boleh bagi yang sambal tu, terpulang pada kreativiti dan paling penting bahan apa yang ada dalam peti sejuk korang hihi.. Selamat mencuba!
Kangkung Tumis Cili Padi + Ikan Bilis
Resepi Bahan-bahannya:
- 1 ikat kangkung
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 4-7 biji cili api (ditumbuk)
- Segenggam ikan bilis
- Perisa / garam
- Sedikit minyak
- Sedikit air
Cara-caranya:
- Basuh cili api dan ikan bilis, kemudian ditumbuk kasar (korang juga boleh blander cili api, ikan bilis dengan sedikit air tetapi aroma tumis cilip api akan kurang sedikit).
- Panas kan kuali dengan sedikit minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris.
- Kemudian masukkan cili api dn ikan bilis yang telah ditumbuk, tumiskan seketika.
- Masukkan air dan garam sedikit sahaja kerana dah ada ikin bilis.
- Masukkan kangkung yang telah dibasuh. Masak sekejap dan siap boleh dihidangkan.
Sambal Sotong Pedas
Resepi Bahan-bahannya:
- Sotong (kuantiti dalam 4-5 ekor saiz sederhana)
- 20 biji cili kering
- 3-5 Cili api
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar – 1 biji dipotong bulat
- Garam & gula
Cara-caranya:
- Cili kering direbuskan, kemudian dikisarkan bersama bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar dan cili api (cili api ni tak masukkan pun tak pe, jika nak pedas melekat gitu masukkan ikut kepedasan yang korang nak). – bahan kisar.
- Masukkan minyak kedalam kuali.
- Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan biarkan sehingga naik minyak.
- Masukkan garam dan perasa.
- Sotong yang dipotong dan basuh dimasukkan kedalam sambal yang telah dimasak.
- Masukkan 1 biji bawang besar yang dipotong bulat dan biarkan sehingga sotong masak.
- Siap masak!
Udang Goreng Tepung Aroma
Resepi Bahan-bahannya:
- Udang (5-9 ekor)
- Tepung gandum
- Marjerin/planta
- 1/2 Bawang besar
- 2 ulas Bawang putih
- 1 Cili Merah
- Garam
Cara-caranya:
- Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam. Buat pekat sedikit macam nak buat pancake tu.
- Basuh udang dan tos kan (tak mahu ada air, nanti tepung jadi cair)
- Panas minyak dalam kuali (kuantiti minyak biar udang nanti tengelam)
- Gaulkan udang tadi dengan tepung bancuhan. Kemudian masukkan udang kedalam minyak yang api sederhana.
- Angkat bila nampak udang tadi garing. Toskan dari minyak.
- Potong bawang besar secara bulat, hiris bawang putih dan cili merah.
- Panaskan kuali dengan marjerin, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah tadi. Tumiskan seketika. Kemudian masukkan udang goreng tepung tadi.
- Gaulkan sehingga naik bau dan siap untuk dihidangkan.
Resipi Berbuka Puasa Lengkap Berasaskan Makanan Laut ini sesuai dimakan untuk 2-3 orang. Resipi yang mudah dan cepat untuk korang sediakan selepas balik kerja. Sempat ke nak masak? Insya-Allah sempat punya, ini kira menu main campak-campak. Yang penting ada rasa dan kaw kaw pedas yang membuka selera untuk dimakan. Moga ia membantu korang nak masak pe petang ni dan selamat berbuka puasa ye!
Boleh jugak klik entry dibawah:
fuhh sedap..peminat sambal tumis sotong forever
JanjiKita
nampak sambal menyelerakan… takut tenung lama..terbatal pusa nantikan.
selalu, apa bini masak.
kita makan aje.
haha..
rajinya yanie masak…wow…sambal tu marvellous weiii..mai sikit..
Lauk sotong memang x pernah x sedap. Puasa tahun lepas makan lauk sotong mak masak tak ingat dunia. Esok terus kena resdung… peghh… mase makan xleh benti…sedapnyaa…
Resipi ni boleh try kalau busy buat kerja. Nampak sedap pulak tu