Raya Bersama Abloom Althea Korea

Assalamualaikum w.b.t

Cantik Ala Gadis Korea | Tiap kali nak Raya Aidilfitri mesti ramai yang berpusu-pusu nak cantik. Alah Mamayanie pun sama jugak, nak jugak lah cantik waktu Raya. Waktu Raya lah nak melaram sebab jumpa sedara mara yang lama tak jumpa. Baru lah ada ‘wow’ sikit bila jumpa kan. Sekarang terkenal dengan produk Korea kan, antara negara pengeluar produk kecantikkan yang berteknologi dan bagus. Jadi Mamayanie pun nak lah beraya dengan wajah ala-ala cantik gadis Korea, ermm boleh kew?

Abloom Althea Korea

Bukan lah Mamayanie nak bertukar wajah jadi macam gadis Korea tu, tapi nak nampak cantik bersih wajah seperti gadis Korea pun ok dah. Mana nak tukar nya, dari kulit gelab nak ke cerah macam gadis Korea kan haha. Berangan je lah ye nak kulit cerah, tapi alhamdulillah kulit sekarang pun manis dah kan. hihi ok siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri haha

Abloom Althea Korea

Sebelum Raya hari tu, Mamayanie ada dapat produk Althea Korea tau. Ini pertama kali dapat produk dari Althea Korea. Fuh terjua sangat yelah produk Althea Korea semua best-best, tak kiralah skincare atau alat makeup dia. Yang terbaru Althea Korea keluarkan semula produk A’bloom Althea Korea. Dapatlah juga Mamayanie Raya bersama Abloom Althea Korea tahun ini.

Dengan box bewarna ungu cantik sangat, terdapat beberapa item produk A’bloom Althea Korea. Antaranya :

  • A’bloom BHA Blackhead Blaster

A’bloom BHA Blackhead Blaster adalah rawatan triple yang mudah dan cepat untuk whiteheads dan kulit mati untuk penjagaan harian. Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi untuk membantu membersihkan liang-liang dalam dengan lembut dan mengeluarkan sel-sel kulit mati sementara menghalang sebarang kerengsaan atau kemerahan pada kulit.

See also  Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson - Sajian Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan
Abloom Althea Korea

Kelebihan Abloom BHA Blackhead Blaster adalah:

  1. melembabkan kulit,
  2. bahan BHA semulajadi membantu membersihkan liang dalam dengan mengelupas sel-sel kulit mati,
  3. Serbuk biji aprikot membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan,
  4. Kelebihan arang akan menyerap kotoran di liang-liang,
  5. Minyak daun pokok teh membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit.
  • Abloom MASK

Mask atau topeng muka A’bloom yang menyegarkan mempunyai antioksidan yang kuat dengan keharmonian buah-buahan dan semula jadi. Bahan yang digunakan bagus untuk memberikan kesegaran dan membantu dalam penjagaan kulit wajah malah ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Topeng muka ini dibuat dengan kekuatan antioksidan buah-buahan yang kuat dan tenaga yang menenangkan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk menjaga setiap kebimbangan kulit seperti penghidratan, pemutihan dan kerengsaan. Topeng muka A’bloom diperbuat daripada 100% fabrik mesra alam semula jadi yang berkesan untuk memberikan keberkesanan kelebihan buah-buahan dari bahan yang digunakan.

Abloom Althea Korea

Topeng muka A’bloom terdapat 4 jenis iaitu:

  1. LEMON LIME WHITENING MASK – mengandungi ramuan vitamin C yang tinggi untuk membantu membaiki dan melindungi kulit daripada kerosakan UV.
  2. WATERMELON MOIST MASK – yang sangat baik dalam melembapkan dan menenangkan kulit semasa cuaca panas.
  3. AVOCADO NOURISHING MASK – dikenali sebagai mentega hutan dengan protein kaya yang menghalang penuaan dan menyediakan antioksidan yang kuat dengan tocopherol vitamin E.
  4. PEACH AC CONTROL MASK – kaya dengan kelembapan dan komponen vitamin A retinol yang membantu mengawal keseimbangan minyak dan air kulit. dan menjaga bintik-bintik dan pori-pori masalah.
Abloom Althea Korea
  • Baby meringue puff dan Giant Meringue Puff

Lagi satu Mamayanie suka dengan Abloom Althea Korea adalah produk dia semua comel-comel tau. Sesuai sangat dengan ciri-ciri untuk wanita. Mamayanie suka dengan  baby meringue puff dan Giant Meringue Puff. Ha bukan ada satu saiz sahaja tapi ada macam-macam saiz. Saiz besar giant dan saiz sekecil baby lagi.

See also  Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

Semua menarik dan comel-comel jew. Mamayanie suka sangat dan korang juga boleh dapatkan produk yang cute ni di  www.althea.kr tau!

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*