Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

Tips Melegakan Batuk dan Selesema Buat Anak-anak | Musim sekarang ramai anak-anak yang dijangkiti dengan penyakit batuk dan selesema. Tambahan pula cuaca yang sekejap panas terik dan sekejap sejuk (hujan) serta persekitaran kita kini membuatkan anak-anak mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit. Anak-anak Mamayanie jugak tak terlepas dari dijangkiti dan ini antara cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak yang telah Mamayanie amalkan.

Baru-baru ini Adikfh dijangkiti batuk yang agak lama ye, dan sekarang pun masih belum recover dengan baik. Mamayanie dah bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan susulan, risau jugak paru-paru Adikfh ok ke tak kan. Jadi biarlah pakar yang memeriksa, lagipun kita tak tahu dalaman anak-anak macam mana. Alhamdulillah doktor kata dengar pernafasannya baik, cuma batuk akan ambil masa sedikit katanya untuk baik.

Bayi bawah umur 2 tahun yang mana kita tahu mereka secara amnya tak ada ubat batuk dan selesema yang sesuai untuk mereka. Tapi wajib ye bawa pergi jumpa doktor terlebih dahulu untuk dapatkan rawatan sebaiknya.

Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

Walaupun penyakit batuk dan selesema tiada ubat bagi bayi dan kanak-kanak bawah 2 tahun tapi ada beberapa cara melegakan batuk dan selesema yang boleh kita lakukan selagi ianya tidak merbahayakan mereka.

Jadi antara alternatif lain yang dapat kita lakukan adalah seperti:

#1 Ubat titis hidung (untuk hidung tersumbat)

Untuk ubat hanya ada ubat titis hidung sahaja dibenarkan untuk bayi bawah 2 tahun. Ini korang perlu dapatkan rawatan di klinik dan dapatkan pengesahkan doktor mengenai ubat ini. Ianya digunakan apabila diperlukan sahaja, dan hanya 1drop digunakan bagi setiap belah hidung (lubang hidung).

See also  Himalaya® Botanique Herbal Healthcare

#2 Alat semburan air garam (saline) dan alat penyedut

Semburan (Spray) air garam ni korang boleh gunakan untuk membantu anak-anak mengeluarkan hingus. Kanak-kanak bawah 2 tahun masih belum pandai untuk membuang hingus sendiri, jadikan salah satu cara terbaik adalah menggunakan semburan air garam dan mengunakan alat penyedut.

Bagi alat semburan air garam yang Mamayanie biasa guna adalah Sterimar Baby Nasal Spray, banyak lagi jenama yang ada dipasaran yang boleh korang gunakan. Cara gunakan hanya 1-2 kali pam untuk sekali guna. Mamayanie tak buat banyak bagi mengelakkan pedih atau kurang selesa anak-anak. Korang boleh juga dapatkan nasihat pakar cara penggunaan alat semburan air garam bagi lebih terperinci.

#3 Penggunaan minyak Young Living

Mamayanie memang dari Abangfh menggunakan minyak pati Young Living. Bagi anak Mamayanie gunakan essential oil RC, essential oil Lavender digabungkan atau dilute kan bersama V-6 Enhanced Vegetable Oil Complex. Bagi kanak-kanak bawah 2 tahun wajib ye korang dilutekan oil itu supaya ianya tidak terlalu pekat dan gunakan sedikit sahaja.

Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

Mamayanie akan bubuh dalam botol roll-on campuran essential oil RC, essential oil Lavender dan dipenuhi dengan carrier oil iaitu V-6 Enhanced Vegetable Oil Complex.

Penggunaannya Mamayanie akan gunakan selepas mandi waktu pagi dan malam, sapu di dada depan, belakang dan jugak tapak kaki. Bau dia memang menyegarkan dan sekali gus membantu anak-anak dalam melegakankan sistem pernafasan.

Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

Cara melegakan batuk Kelebihan essential oils RC

Essential oil RC merupakan campuran minyak menyegarkan yang merangkumi Cypress, Spruce, dan tiga jenis Eucalyptus yang menyelesakan apabila digunakan.

  • Membantu dan melegakan sistem penafasan bagi kembali normal dan lancar
  • Menggalakkan tidur yang lena dan menghasilkan aroma yang menenangkan dalam persekitaran
  • Memberikan satu pengalaman yang menyegarkan apabila disapukan pada dada
See also  Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Mamayanie campurkan sekali essential oil Lavender kerana oil ini lebih nyaman dan memberikan aroma yang tenang. Malah ianya membantu tidur yang selesa dan lena.

#4 Tepuk Percussion

Tepuk atau kaedah ini sangat disyorkan oleh pakar. Ianya membantu memudahkan lagi pengeluaran kahak untuk anak-anak. Untuk Abangfh yang dah 5 tahun pun Mamayanie masih amalkan tepuk atau kaedah ini bila dia batuk berkahak.

Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (cupped hand).

#5 Minyak Bawang Putih

Cara ini lebih kepada alternatif semulajadi dan biasanya digunakan oleh petua orang dulu-dulu. Mamayanie pun belajar dari perkongsian Kak Juju.

Caranya ambil bawang putih dibasuh dengan bersih kemudian dibakar. Lenyek atau tumbuk kasar bawang putih tersebut. Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak zaitun (Mamayanie gunakan minyak zaitun) yang belum digunakan.

Kemudian Mamyanie simpan didalam botol dan pastikan bawang putih tadi terendm dengan minyak ye untuk elak dari bawang tersebut berkulat dengan cepat.

Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

Sapu di keseluruhan dada bayi, belakang badan bayi, bawah lutut,sedikit di peha hingga ke tapak kaki anak untuk membantu melegakan pernafasan.

Mamayanie akan sapu minyak bawang ini pada waktu malam selepas mandi (biasa mandi dalam jam 5-6 petang). Sapu pun tak banyak, ambil sedikit sahaja dan sapu pada seluruhan bahagian yang dinyatakan diatas.

#6 Minyak AOW Mr. Therapy

Minyak ini Mamayanie pernah kongsikan dalam satu entry, dimana nama dulunya AOW Aromatherapy Oil Berasaskan Sarang Burung Walit. Untuk Adikfh Mamayanie gunakan minyak ini sewaktu umur dia 3 bulan keatas ye dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Mamayanie gunakan pada Mamayanie pada waktu pagi dan bergilir jugak dengan minyak essential oils RC tadi.

Minyak ini bukan sahaja untuk anak-anak ye, Mamayanie kalau dada kurang selesa akan pakai minyak ini untuk lapangkan pernafasan dan dada, bau dia nyaman je.

See also  Selamat Hari Jadi Blogger Ben Ashaari ke 40
Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

#7 Cara melegakan batuk Penyusuan Susu Ibu Lebih Kerap

Ini paling penting untuk tingkatkan sistem imuniti badan anak-anak terutamanya yang masih menyusu badan. Susu ibu adalah salah satu cara yang paling bagus untuk tingkat imun badan anak-anak yang masih kecil.

Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. Jadi kerapkan dan banyakkan memberi susu Ibu kepada bayi korang.

Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

#8 Cara melegakan batuk Thieves Comfort Rub Young Living

(untuk kanak-kanak 2 tahun keatas sahaja)

Mamayanie memang pengguna Young Living pun bermula untuk anak-anak. Kesihatan mereka sangat penting untuk kita sebagai IbuBapa menjaganya. Thieves Comfort Rub Young Living Mamayanie amalkan untuk Abangfh selepas dia berumur 2 tahun (untuk kanak-kanak 2 tahun keatas sahaja). Fungsinya lebih kurang vicks dan ubat seangkatan dengannya. Tapi ianya tidak panas malah formulanya berasaskan tumbuhan.

Ini memberikan kelegaan sementara daripada ketidakselesaan bernafas dengan wap aromatiknya yang menenangkan dan gabungan essential oil seperti eucalyptus, camphor, mentol dan kayu putih.

Cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak

Kebiasaan bila batuk dan selesema ini akan dihadirkan sekali dengan penyakit demam. Jadi sebagai Ibu Bapa perlu perhatikan anak-anak dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Baca: Bacaan suhu demam yang betul

Dapatkan Nasihat Doktor atau Pakar

Bagi Mamayanie apa cara sekali pun, korang perlu dapatkan rawatan pakar seperti doktor bertauliah terlebih dahulu. Selebihnya ianya adalah salah satu ikhtiar untuk membantu ketidakselesaan anak-anak terhadap abtuk dan selesema.

Pastikan setiap apa cara melegakan batuk dan selesema bayi dan kanak-kanak yang dilakukan tidak merbahayakan dan ianya mestilah selamat, isnyaAllah. Semoga anak-anak kita diberikan kesihatan yang sihat dan cepat sembuh buat yang kurang sihat.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. AOW Aromatherapy Oil Berasaskan Sarang Burung Walit
  2. Marys Protocol Cara Dan Aturan Pemakaian Essential Oil
  3. Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*