Persediaan Makanan Pertama Bayi 6 Bulan Yang Sesuai

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan | Alhamdulillah Adikfh dah masuk 6 bulan pada 28 Mei yang lalu. Yeah boleh dah bagi dia makan makanan separa pejal. Sebelum ini ada je yang suruh kata dia dah boleh makan tu, sebab tengok tanda dia nak makan. Tapi bagi Mamayanie biarlah usia dia bersesuaian untuk bagi makan. Kecuali jika atas nasihat doktor atau pakar untuk diberikan bayi makan lebih awal dari usianya.

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan

Terasa macam baru dapat anak tau, terpaksa mencari semula cara dan makanan yang sesuai peringkat awal untuk bayi 6 bulan. Yelah Abangfh pun dah 5 tahun, lupa dah apa persediaan yang perlu dilakukan untuk makanan pertama bayi 6 bulan.

Kebiasaan makanan pertama bayi adalah sumber karbohidrat dari jenis bijirin seperti nasi atau oat yang telah dihancurkan atau diblend halus. Selalunya ibu di Malaysia memberikan bayi bubur nasi sebagai makanan pertama. Jangan berketul-ketul ye untuk permulaan memberi makananan kepada bayi 6 bulan kerana mereka masih belum mempunyai gigi (untuk mengunyah & takut tercekik) dan perlu lihat proses penghadaman mereka. Ini kerana sistem badan bayi masih tidak matang untuk menerima dan memproses makanan selain dari susu ibu atau formula yang sesuai.

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan Yang Sesuai Untuk Disediakan

Tanda-tanda Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan

Kebanyakkan bayi bila dah dekat usia 6 bulan mereka akan mula menunjukan rasa minat dan tanda-tanda untuk makan. Antara tanda-tandanya seperti:

  • Mula masukkan jari, tangan atau barang-barang yang dapat dipegang kedalam mulut
  • Menunjukan rasa minat bila melihat orang lain makan
  • Sering menbuat pergerakan lidah seperti mengunyah
  • Menunjukkan reaksi ketika disuap makanan seperti membuka mulut
  • Terasa kerap lapar walaupun sudah menyusu (tanda menangis nak susu)
See also  Pusat Pakaian Hari-Hari Menjadi Pilihan Persiapan Kelengkapan Sekolah 2023

Ini antara tanda-tanda yang Adikfh tunjukan bila nak dekat 6 bulan. Maknanya bayi korang dah mula berminat dan bersedia untuk makan selain dari menyusu.

BACA: Ubat Sakit Gigi

Untuk Adikfh lagi beberapa genap 6 bulan, Mamayanie dah mula memberi makan. Makanan pertama yang Mamayanie berikan adalah bubur nasi kosong tanpa sebarang campuran lain yang dimasak sehingga halus, kemudian diblend sehingga hancur cecair. Paling penting jangan campurkan dengan sebarang perisa tambahan seperti gula dan garam.

Resepi Makanan Pertama Bayi 6 Bulan Yang Sesuai Untuk Disediakan

#Bubur Nasi Kosong

Bahan-bahannya:

  • Beras yang telah dibasuh bersih
  • Air

Awal memang terasa seperti air je dia makan sebab Mamayanie buat halus je. Ini untuk memberi persediaan dia menerima sesuatu yang baru selain dari susu badan atau susu formula yang sesuai. Dalam 3-4 hari Mamayanie berikan bubur nasi halus untuk dia.

Alhamdulillah proses penghadaman bayi nampak baik dan barulah Mamayanie mula membuat bubur nasi yang agak likat bukan cair seperti air. Tapi masih lagi dalam seminggu Mamayanie berikan bubur nasi sahaja tanpa campuran lain-lain.

Setiap perubahan makanan tak kira dari segi struktur atau tambahan makanan lain, korang perlu pantau proses penghadaman anak ye. Samada ianya bersesuai atau tidak dengan bayi.

Selepas seminggu hanya bubur nasi kosong, baru Mamayanie tambah dengan bahan lain seperti ayam. Masih lagi bubur nasi tetapi ditambah dengan ayam dan direbus bersama. Kemudian diblend halus.

#Bubur Nasi dan Ayam

Bahan-bahannya:

  • Beras yang telah dibasuh bersih
  • Isi ayam
  • Air

Cara-caranya:

Masak seperti masak bubur, letakkan beras, air secukupnya dan isi ayam. Bila dah lembut boleh dikisar (blend) dengan halus. Mamayanie gunakan cara ini untuk mudah tapi korang boleh cuba cara lain yang Mamayanie buat bacaan dipelbagai website.

See also  [Hotel Review] Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Ada juga cara lain: Rendam beras selama 30minit terlebih dahulu, kemudian kisar beras tersebut sehingga halus. potong isi ayam halus atau kisar siap-siap. Panaskan periuk dan masukkan beras tadi. Biarkan selama 5 minit kemudian baru masukkan bahan lain.

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan Yang Sesuai Untuk Disediakan

Makanan Bayi 6 Bulan

Makanan bayi ini korang boleh pelbagaikan tau mengikut selera dan khasiat yang korang nak berikan kepada bayi. Selepas seminggu bubur nasi ayam, korang boleh tambah dengan sayur seperti brokoli atau lobak merah. Caranya juga sama perlu di kisar halus untuk bayi makan.

Antara resepi makanan bayi 6 bulan

  1. Bubur nasi dan labu
  2. Bubur nasi dan lobak merah
  3. Bubur nasi dan brokoli
  4. Puri pisang
  5. Puri lobak merah
  6. Puri labu

Jadi bersediakan korang untuk beri bayi korang makan? Yeah tak sabar nak masak pelbagai jenis puri dan makanan lain untuk Adikfh lagi.

yanieyusuf.com

Instagram @yanieyusuf

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Makanan Bayi 6 Bulan Padat Nutrisi - Farah Samad
  2. Resepi Makanan Bayi 6bulan Keatas
  3. AL' ARD Olive Oil Premium Organic Extra Virgin

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*