Assalamualaikum w.b.t

Bukan Minyak Biasa-biasa | Dah lama Mamayanie nak kongsikan dengan korang mengenai minyak yang bukan biasa-biasa ini. Ini anta minyak yang wajib ada simpan dirumah untuk kegunaan Babyfh. Banyak-banyak minyak ini antara yang serasi dengan Babyfh tau. Terutamanya bila Babyfh selsema, batuk atau dada dia kurang selesa. Minyak ini memang wajib ada kat rumah Mamayanie.

AOW  Aromatherapy Oil Berasaskan Sarang Burung Walit

AOW Aromatherapy Oil

Asalnya Mamayanie tahu mengenai minyak ini dari keluarga Faizal, sebab keluarga diorang dah biasa dengan minyak ini. Mamayanie amalkan minyak ini sejak Babyfh bayi berusia 3 bulan lagi, kalau tak silap. Memang sangat serasi dan hingga kini masih amalkan penggunaan AOW Aromatherapy Oil selepas Babyfh mandi, mesti akan sapu dekat dada hadapan dan belakang badan Babyfh. Bukan Babyfh je yang suka tau, Mamayanie pun suka bau dia dan rasa dikulit tu. Terasa berangin nyaman je, lebih kurang gitu lah.

Mamayanie kongsikan sedikit fahaman Mamayanie mengenai AOW Aromatherapy Oil ini ye. AOW ni adalah berunsurkan minyak dan “medium oily”. Ianya tidak melekit dan berminyak sangat, kerana lepas sapu ianya cepat kering dan rasa segar jew. AOW ini minyak terapi dari 100% sumber tumbuhan, TIADA menthol crystal, paraben , camphor (kayu barus) dan bahan bahaya steroid. Ia mudah menyerap jauh kedalam kulit, jadi insya-Allah kesannya cepat.

AOW  Aromatherapy Oil Berasaskan Sarang Burung Walit

Fungsi AOW Aromatherapy Oil

  • Melegkan selsema, batuk
  • Membantu cairkan kahak
  • Membantu melegakan pernafasan
  • Melegakan hidung tersumbat
  • Mengurangkan gatal tekak (dengan cara bau)
  • Buasir
  • Terkena minyak / air panas
  • Luka-luka ringan
  • Sakit kepala / pening
  • Kembung perut
  • Terkena gigitan serangga
  • Melegakan sembelit
  • Anti-stress
  • Benjol / mengurangkan bengkak
  • Melegakan sakit gigi

Cara Penggunaan AOW Aromatherapy Oil

Caranya mudah sahaja: sapuan pada dada, belakang badan dan tempat-tempat yang sesuai, untuk bantu melancarkan pernafasan. Cara Mamayanie pula jika Babyfh tak sihat samada selsema atau batuk, ambil 1-2 pam sapu pada dada dan belakang serta letakkan sedikit dihidung tapi Babyfh jenis tak suka sapu apa-apa dihidung dia, jadinya time dia tidur lah kita letak haha. Kalau boleh pakai nipis-nipis ye untuk bayi, dan jika dah sembuh korang tak sapu pun tak apa.

Mamayanie nak ingatkan bahawa AOW Aromatherapy Oil ini bukan lah ubat ye, ianya satu kaedah kita membantu melegakan dari penyakit seperti selesema dan batuk. Mamayanie beli dari Kak Mastura, dia agent Slim River-Tanjung Malim, korang juga boleh dapatkan dari mana-mana agent lain ye. Apa yang Mamayanie boleh katakan ianya sangat disyorkan untuk kegunaan seisi keluarga.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *