Ketahui tips penjagaan mata anak akibat penggunaan gadget dari Dr Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM

Assalamualaikum w.b.t | Bagaimana nak jaga mata tanpa meninggalkan gadjet? | Satu topik yang sangat menarik dan perlu kita ketahui terutama Ibu Bapa dalam menangani masalah penjagaan mata anak disebabkan oleh gadjet. Dalam perkongsian dalam seminar bersama Dr Mohd Hafidz Ithnin iaitu salah seoarang Pakar Mata Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM, dikongsikan mengenai ketahui tips penjagaan mata anak akibat penggunaan gadget.

Seminar ini diberikan secara percuma secara zoom sharing oleh Optom Eyecare dan Mamayanie tak lepaskan peluang untuk join. Banyak sangat input dan paling penting kita tahu tips penjagaan mata anak akibat penggunaan gadget.

Gadjet bukan sahaja smartphone, ianya termasuklah komputer, komputer riba dan pelbagai lagi alat elektronik yang menjadi penggunaan utama pada zaman terkini.

Proses pembelajaran pendidikan terkini juga, anak-anak perlu didedahkan dengan penggunaan gadjet kerana ianya menjadi medium utama untuk penyampaian ilmu pada zaman sekarang.

Tambahan pula setelah beberapa tahun wabak Covid19 melanda, sekolah perlu ditutup dan salah satu cara proses pendidikan berterusan dijalankan adalah dengan penggunaan gadjet.

Ketahui tips penjagaan mata anak akibat penggunaan gadget

Tapi tahukah korang bahaya nya penggunaan gadjet tanpa dikawal untuk anak-anak? Yup, ramai yang tahu akan bahayanya kesan penggunaan gadjet berterusan. Macam anak Mamayanie memang tak dapat dipisahkan dengan tablet dia. Kalau tak bawa tablet dia, smartphone mama atau abah dia nak guna.

Kesan-kesan Akibat Penggunaan Gadget Tanpa Kawalan

  • Peningkatan power spek mata

Bagi Mamayanie ianya menjadi satu benda wajib bukan sahaja untuk anak-anak kita malah diri kita sendiri tak dapat dipisahkan dengan gadjet. Tapi sebagai Ibu Bapa, kita perlu tahu cara atasi supaya ianya tak menjadi lebih serius sehingga menyebabkan buta. Moga dijauhilah dari kesan macam tu, sebab itu Mamayanie join seminar Optom Eyecare ini.

See also  Beli Cermin Mata di OPTOM Eyecare Bangi dan Menangi Iphone14 !

Menurut Dr Mohd Hafidz Ithnin, penggunaan mata yang terlalu fokus tanpa kawalan (sekiaranya ianya berterusan) boleh menyebabkan proses pemanjangan bola mata berlaku dan memberi kesan peningkatan power spek mata terjadi sehingga lah kesan teruknya menyebabkan urat bola mata terputus dan buta.

  • Otot fokus mata yang tak stabil

Kanta mata kita ibarat kamera DSLR yang mempunyai fungsi untuk fokus. Jika penggunaan gadjet berterusan tanpa dikawal, fungsi fokus dalam mata akan terganggu dan menyebabkan ianya tidak stabil.

  • Mata cepat penat & cepat kering

Bila mata penat dan kering, kita akan potensi untuk gosok mata dan ianya boleh menyebabkan luka dan kerosakkan mata. Mata mempunyai satu proses yang akan mengeluarkan cecair bagi mata lebih sihat tetapi dengan penggunaan gadjet tidak terkawal ianya tidak dapat berfungsi dengan baik.

  • Juling pada usia muda

Bila mata kering dan penat malah auto fokus mata tidak stabil, antara kesan lain adalah menyebabkan mata kita juling. Ianya memberi risiko pada kanak-kanak kerana cenderung mendapat juling adalah tinggi.

  • Susah nak tidur (imsomnia)

Penggunaan gadjet pada waktu malam juga akan menganggu penghasilan hormon susah nak tidur. Kalau korang perasan, anak-anak bila dah tengok gadjet sanggup tahan mengantuk kan. Ini yang akan menggangu sistem dalam badan kita kerana tidak cukup rehat.

Jadi apa yang boleh kita lakukan? Sayang tau mata tak boleh diganti, ianya anugerah paling indah yang diberikan oleh Allah SWT.

Ketahui tips penjagaan mata
Tengok tu Mama ajak bergambar, dia boleh jeling lagi nak tengok phone kat tangan dia haha

Ketahui Tips Penjagaan Mata Anak Akibat Penggunaan Gadget

1. Berehat sebentar dan boleh sambung semula pengunaan gadjet –

Cara dia ajak anak-anak untuk lihat pemandangan luar rumah dalam 5-10 minit bagi rehatkan mata dari terlalu fokus. Bukan anak je, kita yang terlalu lama mengadap gadjet juga disarankan untuk berehat sebentar untuk rehatkan otot mata.

See also  Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang

2. Melakukan aktiviti luar rumah (outdoor activity) –

Bersukan, bercucuk tanam, jalan-jalan riadah di taman permainan atau waktu bercuti tiada penggunaan gadjet. Aktiviti selain dari menggunakan teknologi ini membantu penjagaan mata anak-anak dan ianya juga membantu perkembangan minda anak.

Paling senang bawa anak-anak ke taman permainan diwaktu pagi atau petang untuk mereka leka dengan keindahan alam semulajadi berbanding dengan teknlogi gadjet.

3. Kanta khas untuk penggunaan gadjet –

Ini salah satu cara yang mana kita boleh galakkan anak-anak mengunakan kanta khas untuk penggunaan gadjet. Ini korang boleh dapatkan khidmat nasihat mengani kanta khas ini di Optom Eyecare Bangi. Dengan pengunaan kanta khas ini boleh melindungi mata anak dengan penglihatan jarak yang tajam dan tanpa kompromi.

4. Beri ganjaran pada anak –

Memberi ganjaran ini salah satu altenatif untuk kita mengurangkan anak-anak dengan gadjet. Tak semestinya ganjaran duit, boleh berikan sesuatu yang mereka suka selain gadjet supaya tak keterlaluan penggunaan gadjet.

5. Penggunaan kanta penapis berwarna biru –

Ini juga membantu melindungi mata dari terdedah dengan cahaya biru yang boleh merbahayakan mata.

Ketahui tips penjagaan mata anak akibat penggunaan gadget untuk mengurangkan dan melindungi mata anak korang. Kalau korang perasan mata anak korang ada masalah seperti asyik berkelip-kelip, mata cepat merah atau selalu gosok mata sewaktu melihat gadjet.

Segeralah bawa anak-anak ke klinik atau boleh buat poemeriksaan awal di Optom Eyecare. Lebih baik kita mencegah dari ianya membawa kepada yang lebih teruk.

Berita Baik!

Mamayanie nak kongsikan dengan korang pada 11 Disember 2021 ini, pihak Optom Eyecare membuka satu sesi perjumpaan dengan Doktor Mohd Hafidz Ithnin di Optom Eyecare Bangi.

See also  GROUPON WEBSITE SHOPPING MURAH

Bagi yang berminat korang boleh hubungi di talian 011-11479093 untuk pengesahan kehadiran dan maklumat lanjut.

Ada lagi berita baik ini, Optom Eyecare Bangi turut memperkenalkan satu perkhidmatan baru khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. Ianya memfokuskan kepada penjagaan mata untuk kanak-kanak.

Unutk maklumat lanjut

OPTOM Eyecare Bangi

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)

Instagram: Optom Eyecare

Facebook: Optom Eyecare

Whatsapp : wasap.my/601111479093

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Kesan pada mata dan penglihatan apabila kerap menggunakan gajet

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*