
Assalamualaikum w.b.t
Mama Yang Excited Bila Gigi Geraham Anak Pertama Tumbuh | Lama Mamayanie tak kongsikan perkembangan terbaru tentang Babyfh dalam blog kan. Korang nak tahu perkembangan Babyfh dan mengenai Mamanya korang boleh tengok dekat instagram Mamayanie atau facebook tau. hihi Ehh ada ke yang nak tahu tentang perkembangan pasal mama? Perasan pulak Mamayanie ni. haha Mamayanie excited sangat nak kongsikan dengan korang ni, Babyfh dah mula tumbuh gigi geraham yang pertama dia tau. Cukup setahun 2 bulan muncul dah gigi geraham dia pertama diatas.
Pertumbuhan Gigi Geraham Pertama Bayi
Ada setengah ibubapa tak tahu bila sepatutnya gigi geraham anak tumbuh, mengikut kajian pertumbuhan gigi geraham yang pertama buat bayi adalah pada usia bayi itu seawal 13 bulan sehingga 19 bulan. Kiranya setelah cukup anak berusia setahun, pertumbuhan gigi geraham akan bermula.

Sama seperti perkembangan Babyfh, cukup setahun 2 bulan Mamayanie dah nampak pertumbuhan gigi geraham dia yang pertama tau. Di bahagian atas belah kiri. Asalnya Mak Mamayanie lah tegur, ingatkan apa lah warna putih yang ada dalam mulut Babyfh ni. Risau takut dia makan kertas, almaklumlah dia masih lagi dalam proses mengutip dan masuk mulut.
Itu yang selalu buat Mama dia ‘menyinga’ tak pasal-pasal kan. Haha.. Pantang ada je jumpa apa-apa dilantai, mesti nak kutip, kalau kutip je tak pe lah. Ini siap masuk mulut, itu buat mama dia hangin satu badan. haha Bukan apa risau dia makan benda yang tak elok, kang sakit perut lak ye dak. hihi
Bila Mak dah tegur, cepat-cepat Mamayanie suruh Babyfh buka mulut. Habis godek dalam mulut dan ehhh ternampak warna putih digusi atas belah kiri. Haha Mamayanie yang excited tengok, sampaikan Babyfh menangis ler kena buka mulut haha. Nak ambil gambar tapi udah meraung menangisnya. Alahai comelnya anak mama, patutlah hampir 2 minggu dia tak sihat dan demam sehingga kena sawan atau kita panggil ‘tarik’.
Itulah pertama kali Babyfh terpaksa masuk ward hospital duduk semalam untuk pemeriksaan sebab pertama kali kena ‘tarik’. Bab kena ‘tarik’ nanti Mamayanie cerita ye dalam next entry. Tak tahu nak kata perasaan depan mata jadi macam itu.huhu.

Tapi alhamdulillah sekarang kembali sihat cuma masih batuk sedikit, tambahan jerebu ini. Risau pulak Mamayanie dengan batuk Babyfh, yelah udara tak sihat kan. Moga anak mama terus sihat dan dilindungi oleh Allah SWT aamin.
Fakta Ringkas Tentang Pertumbuhan Gigi Bayi
- Setiap enam bulan, gigi bayi akan mula tumbuh (secara umumnya).
- Gigi anak perempuan lebih cepat tumbuh berbanding anak lelaki
- Gigi bawah keluar dahulu berbanding gigi atas.
- Gigi di kedua rahang biasanya tumbuh berpasangan, satu di sebelah kanan dan satu sebelah kiri.
- Ukuran gigi susu lebih kecil dan warna lebih putih berbanding gigi dewasa.
- Di usia dua ke tiga tahun, seharusnya gigi susu sudah keluar sepenuhnya.
Tak sabar Mama nak tengok gigi geraham yang lain tumbuh ye, anak korang mula tumbuh umur berapa? Jom kongsikan pengalaman korang sebagai seorang ibu atau bapa.
Till Next Entry ye!!!
Semoga membesar dgn sihat Babyfh
besar dah dia…moga terus membesar dengan sihat ye baby fh…jaga2 mummy kang dia gatal gusi lagi menggigit hehehhe