Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan

Assalammualaikum w.b.t | Kesan pada mata dan penglihatan apabila kerap menggunakan gajet | Kali kedua Mamayanie join sharing daripada Doktor Mohd Hafidz Ithnin pakar mata di Optom Eyecare. Kali ini sharing Doktor Hafidz dengan kerjasama Optom dan BizNetwork yang bertajuk Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan.

Penggunaan gajet dan komputer yang tidak terkawal dan tanpa henti memberikan kesan-kesan yang akan merbahayakan mata dan penglihatan. Sebelum ini Mamayanie kongsikan dengan korang mengenai Tips Penjagaan Mata untuk Anak-anak , yang mana ianya juga boleh diamalkan untuk orang dewasa juga.

Perkongsian Doktor Hafidz kali ini lebih meluas tentang kesan yang akan berlaku pada mata dan penglihatan bukan hanya pada kanak-kanak, malah kepada semua kerana gajet dan komputer kini menjadi salah satu medium utama dalam kehidupan kita. Gajet ini termasuklah telefon bimbit ye.

Kesan pada mata dan penglihatan apabila kerap menggunakan gajet
Doktor Mohd Hafidz Ithnin pakar mata di Optom Eyecare

Ianya termasuklah usahawan masa kini yang mana gajet dan komputer sangat penting dalam setiap urusan perniagaan, daripada bidang pengiklanan sehingga urusan dokumentasi.

Kesan Pada Mata dan Penglihatan Apabila Kerap Menggunakan Gajet & Komputer

Mengikut statistik di Malaysia, penggunaan gajet kini mencecah 98.2% dan 71.3% penggunaan komputer dan laptop. Yup! hampir semua menggunakan gajet dan komputer dalam kehidupan harian. Dengan kehidupan sekarang, semua peringkat menggunakan teknologi. Pembelajaran, perniagaan dan kehidupan sosial harian pun menggunakan gajet dan komputer untuk berkomunikasi.

Banguna pagi dah tengok telefon bimbit, ha mau tak kita menggunakan gajet dan komputer hampir 6 sehingga 9 jam sehari. Jadi ianya akan memberi kesan pada mata dan penglihatan apabila kerap menggunakan gajet dan komputer tanpa henti dan tidak terkawal.

Antara kesan pada mata dan penglihatan:

See also  Kesan Penyakit Kencing Manis Pada Mata, Boleh Menyebabkan Buta?

1. Peningkatan power spek mata

Mamayanie sendiri dapat rasa kesan ini, yelah dalam tempoh PKP yang lepas memang menghadap gajet dan laptop jew. Tanpa sedar rupanya power kita makin meningkat, disebabkan oleh cahaya biru khususnya dari gajet dan laptop memberi kesan pada mata.

Kesan pada mata dan penglihatan apabila kerap menggunakan gajet

2. Otot fokus mata yang tidak stabil

Ini paling Mamayanie takut, dalam mata kita ada otot yang membantu proses penglihatan dekat dan jauh. Bila kita terlalu fokus pada dekat dan tanpa kawal, ianya akan memudaratkan otot fokus mata kita.

3. Mata cepat penat

Dimana otot fokus mata kita akan letih dan menjadi tidak stabil. Bahaya jugak pada usahawan dan kerja yang melibatkan gajet dan komputer 24jam.

4. Juling

Mesti tertanya kan, dah dewasa boleh juling jugak ke? Yup, Doktor sendiri ada pesakit dimana pesakit beliau berusia 15 tahun yang menghidap juling akibat dari gajet yang tanpa dikawal. Jadi tak mustahil, yang kita juga akan medapat kesan yang sama jika ianya tidak dikawal dari awal.

5. Mata kering

Bila kita terlalu fokus sehingga menyebabkan kurang untuk berkedip, ianya akan mengurangkan kelembapan pada mata sehingga menyebabkan mata kita akan kering. Kesan mata kering akan menyebabkan mata korang merah dan sakit.

Bagaimana Cara Mencegah Daripada Mata dan Penglihatan Terkesan Akibat Gajet dan Komputer?

Ada caranya, bukan kata tak boleh untuk penggunaan gajet dan komputer. Tetapi kita perlu tahu cara terbaik untuk mencegah dari kesan-kesan buruk berlaku, antaranya:

  1. Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet
  2. Penggunaan kanta khas untuk penggunaan gajet dan komputer
  3. Penggunaan kanta penapis berwarna biru
  4. Guna air mata tiruan (artificial tears) sekiranya mata menjadi kering
See also  ORYN Skincare – Produk Skincare Tempatan yang berasaskan Vitamin C!
Kesan pada mata dan penglihatan apabila kerap menggunakan gajet

Selepas sesi Doktor Hafidz, satu sesi bersama pakar Optom pula iaitu Encik Mohammad Farid. Dimana dalam sesi ini sempat Mamayanie tanya soalan, bagi yang suka pakai contack lens sewaktu siang hari dan bekerja menghadap komputer, ada tak spek yang boleh membantu melindungi mata tanpa power.

Di Optom Eyecare Bangi, diorang ada juga spek khusus untuk melindungi mata dari cahaya biru yang tanpa power. Jadi tak ada masalah, tetapi korang juga kena ambil langkah berjaga-jaga denagn penggunaan contack lens supaya tidak terlampau lama penggunaan nya.

Berita Gembira!

Lebih menarik lagi korang nak tahu pihak Optom Eyecare nak berkongsi promosi 50% BESPOKE FRAME. Apa itu Bespoke frame? ha dimana korang boleh buat bingkai secara custom made mengikut kesesuaian raut wajah atau bentuk muka korang.

Korang hanya perlu gunakan code promo: OPTOMMARA

Korang boleh terus walk-in atau buat temujanji dengan menghubungi di talian 011-11479093 untuk pengesahan kehadiran dan maklumat lanjut.

Unutk maklumat lanjut

OPTOM Eyecare Bangi

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)

Instagram: Optom Eyecare

Facebook: Optom Eyecare

Whatsapp : wasap.my/601111479093

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*