OPTOM Eyecare Bukan Sekadar Pakar Cermin Mata Malah Pakar Klinik Optometri

Assalammualaikum w.b.t

Tertarik Dengan Perkhidmatan Klinikal OPTOM | Bagi orang yang rabun macam Mamayanie, kedai kaca mata memang tak dapat dipisahkan hihi. Setiap tahun pasti akan datang kedai kaca mata untuk tukar spek mata dan pemeriksaan ‘power‘ mata. Baru-baru ini Mamayanie ada terbaca blog rakan blogger Qasehdalia mengenai satu kedai pakar cermin mata yang menawarkan perkhidmatan klinikal jugak, iaitu OPTOM Eyecare.

OPTOM Eyecare Pakar Cermin Mata dan Klinik Optometri

OPTOM Eyecare Pakar Cermin Mata dan Klinik Optometri

OPTOM Eyecare bukan sekadar pakar cermin mata malah pakar Klinik Optometri dimana ianya menawarkan perkhidmatan klinikal mata. Dari bacaan Mamayanie diblog Qaseh, perkhidmatan klinikal ini sangat menarik bukan hanya untuk orang yang ada penyakit rabun, malah sesuai untuk pemeriksaan mata secara berkala bagi semua orang.

Perkhidmatan klinikal ini adalah pemeriksaan mata dan kondisi mata kita bukan sekadar ‘check power‘ rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata iaitu retina mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni sihat atau tidak sihat serta bermasalah.

OPTOM Eyecare Pakar Cermin Mata dan Klinik Optometri
sumber gambar: dramafmr.com

Macam mana OPTOM boleh buat pemeriksaan terperinci?

Untuk pengetahuan korang, OPTOM Eyecare mempunyai peralatan dan kepakaran dalam pemeriksaan klinikal mata. Diorang mempunyai beberapa mesin specialist untuk mata. Dan yang menarik minat Mamayanie mengenai OPTOM ini, diorang ada Mesin Diagnostic serta Mesin Slit Lamp yang sangat jarang ada di kedai cermin mata biasa.

Antara fungsi mesin ini, korang boleh kenal pasti keadaan mata korang dari luar dan dalam mata, struktur, samada berselaput mahupun tidak dan sihat atau tidak sihat.

OPTOM Eyecare Pakar Cermin Mata dan Klinik Optometri
OPTOM Eyecare Pakar Cermin Mata dan Klinik Optometri
sumber gambar : umminani.com

Korang tengok gambar diatas, adalah hasil dari pemeriksaan klinikal mata yang terperinci di OPTOM. Dimana korang boleh tahu keadaan mata korang dari dalam, samada mata sihat mahapun ada penyakit. Dengan pemeriksaan mata yang terperinci ini korang boleh kenal pasti samada korang ada penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang memberi efek pada mata korang.

See also  Tips Hadapi Anak-Anak Tantrum Dengan Essential Oils Young Living

Custom Made Cermin Mata

Perkhidmatan custom made cermin mata ini pun antara kelebihan OPTOM Eyecare jugak yang jarang Mamayanie jumpa dekat kedai lain. Dimana korang boleh buat bingkai cermin mata korang ikut pada keselesaan dan raut wajah korang.

Sesuai sangat untuk wanita yang bertudung khususnya, haha macam Mamayanie lah. Kalau boleh memang tak nak bingkai cermin mata yang besar, sebab akan nampak wajah korang lagi kembang dan bila pakai tudung nampak bulat wajah korang. hihi

OPTOM Eyecare Pakar Cermin Mata dan Klinik Optometri

Korang tengok gambar atas tu, menarik kan siap ada aplikasi yang boleh adjust bingkai cermin mata mana yang sesuai dengan wajah korang. Biasa kita test je satu-satu kan, kekadang waktu test macam ok. Balik rumah tengok tak sesuai dengan wajah pun. haha

Selain itu, OPTOM Eyecare juga mempunyai kanta yang pelbagai, bermula dari standard hingga ke premium. Mengikut pada bajet korang dan yang pasti pilih lah kanta yang membantu melindungi mata dari cahaya terlebih masuk yang boleh merosakkan mata korang.

Apa pun, bayang kan selama Mamayanie hidup 35 tahun ini tak pernah nak buat pemeriksaan mata yang menyeluruh. Bila baca pengalaman diorang, tu yang buat Mamayanie teringin nak pergi buat pemeriksaan mata. Yelah makin hari usia makin meningkat, rabun pun makin naik. Risau jugak dengan keadaan mata ni.

Korang pernah tak terjadi tiba-tiba mata merah, nampak mata putih jadi kekuningan? ha sebaiknya korang pergi lah buat pemeriksaan mata. Nak senang korang boleh pergi je dekat OPTPM Eyecare.

OPTOM Eyecare ada 2 cawangan tau iaitu di Bangi Selangor dan Alor Setar Kedah. Untuk maklumat lanjut:

OPTOM EYECARE

  • Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor
See also  Kali Pertama Beraya ?

Alamat Bangi: No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)

Facebook: http://www.facebook.com/optombangi

Instagram: http://www.instagram.com/optombangi

  • Cawangan Mergong, Alor Setar Kedah.

Alamat Kedah: No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Website: http://www.optom.com.my/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Beli Cermin Mata di OPTOM Eyecare Bangi dan Menangi Iphone14

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*