Resepi Basque Burnt Cheesecake Versi Perisa Oren

Resepi Basque Burnt Cheesecake | Mamayanie pernah kongsikan Resepi Burnt Cheesecake dengan hanya menggunakan 5 bahan dan bakar je guna air fryer. Sama jugak kali ini resepi yang sama tapi Mamayanie tambah perisa oren sunquick jew. Serius sedap rupanya bila rasa lemak-lemak cheese dengan masam oren sunquick.

BACA: Resepi donut mudah dan gebu

Resepi Basque Burnt Cheesecake

Mamayanie kongsikan semula bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Resepi Basque Burnt Cheesecake tetapi kita buat penambahan rasa oren masam-masam lemak gitu. Keperlukan juga adalah sama perlu ada blender dan air fryer ( nak guna oven pun boleh). Sebelum ini Mamayani ada buat resepi burnt cheesecake dengan 5 bahan je.

Bahan yang diperlukan

  • 1 pek: Cream cheese
  • 5 sudu besar : Gula (ini ala-ala manis buah sesedap jew)
  • 3 biji: telur gred B
  • 1 kotak: Whipping cream
  • 2 sudu besar: Tepung gandum (membukitkan sikit)
  • 2 sudu besar: Oren sunquick

Cara-cara penyediaannya

  1. Masukkan kesemua 6 bahan kedalam blender
  2. Kemudian blend kan dalam 5minit sehingga semua halus terutamanya gula tadi (atau boleh hancurkan dulu gula sebelum campur semua bahan)
  3. Sediakan bekas loyang yang dialaskan dengan kertas baking.
  4. Masukkan bahan yang telah di blend kedalam loyang tadi.
  5. Bakar dalam air fryer selama 50 minit denagn suhu 170C.
Resepi Basque Burnt Cheesecake

Pastikan dalam dia masak tau, caranya mudah je. Korang ambil lidi atau garfu cucuk bahagian tengah cake, sekiranya masih basah. Tambahkan sedikit masa lagi sehingga betul-betul dalam dia masak. Luar itu memang akan nampak rentung, sebab memang nama kek ni pun kek cheese rentung. hihi

Mamayanie dah tak kisah nak buat kek atau roti sekarang, sebab mudah nak mengemas dah. Guna je kain kayanagn Norwex. Korang mana yang berminat nak dapatkan kain Norwex boleh wasap Mamayanie tau.

See also  Aktiviti Menarik di Aeon Shah Alam, Rocky Basecamp dan Air On Park

Lepas dah masak, biarkan sejuk dahulu. Nak simpan dalam peti sejuk pun boleh, macam Mamayanie biar je dahulu dekat luar hanya tutup guna tudung salji jew. Kemudian boleh lah letakkan sedikit hiasan atas kek. Letak lah buah-buahan atau coklat ikut pada kreativiti korang ye. Macam Mamayanie gunakan buah mangga dan anngur hitam, nak cantik lagi tabur lah gula yang telah dihancurkan. Ini ala-ala macam salji putih gebu gitu.

Resepi Basque Burnt Cheesecake
Resepi Basque Burnt Cheesecake
Resepi Basque Burnt Cheesecake

Korang kena cuba sendiri tambah perisa oren ini tau, memang sedap. Kalau korang tak nak guna oren, boleh jugak gunakan perisa lemon tapi jangan banyak sangat. Nak resepi yang mudah dan sedap lagi korang boleh klik link ini ok.

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*