Assalammualaikum w.b.t

Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel Part 2| Korang masih ingat tak tahun lepas Mrsyanie ada ikut Trip Travel ke 3 lokasi utama pusat perlancongan di Negara Thailand. Tahun 2017 pihak  Ayden Averroes Travel masih mengekalkan peneraju percutian termurah untuk ke Thailand dan melebarkan sayap mereka ke lokasi terbaru percutian di Thailand malah juga trip ke negar-negara lain. Tapi sebelum tu korang boleh boleh lah baca entry perjalanan Mrsyanie bersama blogger KBBA9 dalam trip pakej bajet 4 hari 3 malam ke Phuket Krabi Hatyai Bersama Ayden Averroes Travel.

Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Phuket Krabi Hatyai Thailand
Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Phuket Krabi Hatyai

Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Phuket Krabi Hatyai

Trip blogger kali ini kami ke 3 lokasi utama yang menjadi pusat tumpuan pelancong iaitu Phuket, Krabi dan Hatyai dalam tempoh 4 hari 3 malam. Mula pikir juga naik dari Bukit Kayu Hitam macam mana nak ke sana. Apa susah-susah naik je bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terus sampai ke Bukit Kayu Hitam tau. Pihak agensi tunggu kami di The ZON Duty Free Bukit Kayu Hitam. Tiket bas pun hanya RM50.00 untuk sehala dan pastinya bas akan hantar terus sampai di The Zon.

Memang satu-satunya pakej bajet 4 hari 3 malam ke Phuket Krabi Hatyai kerana korang tak perlu nak penat memandu, nak isi minyak dan bayar tol. Yelah harga kan semua dah naik tapi kita perlu bijak dalam memilih cara paling bajet murah untuk travel. Siapa kata travel semua perlu ongkos yang banyak, pilih yang bersesuaian pasti akan dapat travel jauh-jauh melihat negara orang dengan kos yang rendah.

Bermula trip kami di Terminal Bersepadu Selatan (BTS) untuk berkumpul dan menaiki bas terus ke Bukit Kayu Hitam. Mulanya Mrsyanie tak minat sangat nak naik bas tapi nak parking mana yang selamat jika bawa kereta terus ke Bukit Kayu Hitan. Oklah tak payah nak susahkan diri memandu jauh-jauh pastu pikir kereta selamat ke tidak kan. Kami ambil trip bas malam lebih kurang jam 10-11 malam kerana masing-masing bekerja.

Dalam perjalanan memang tidur jelah kami, tambahan pula bas yang kami naik adalah bas yang mempunyai kerusi yang selesa dan luas, wifi percuma, dan selimut. Wah dah macam naik kapalterbang tau, memang satu perkhidmatan bas yang melangkah maju. Pasni boleh buat trip travel dalam Malaysia dengan menaiki bas je tau.

Pakej Bajet Phuket Krabi Hatyai
Sempandan Malaysia Untuk Pengesahan Ke Luar Negara

Satu yang Mrsyanie nak ingatkan, sebelum korang travel pastikan dahulu passport korang dalam keadaan melebih 6 bulan tamat tempoh tau. Kurang dari tempoh 6 bulan tarikh akhir terpaksalah korang buat lain kalau tak jangan mimpi nak keluar dari Malaysia hihi.. Jika kecemasan korang boleh buat di sempadan Bukit Kayu Hitam dimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia ada menyediakan perkhidmatan renew passport. Tapi jangan lah last minit ye, periksa dulu passport korang.

Dari Bukit Kayu Hitam (BKH) Terus Ke Phuket Thailand

Disebabkan hal kecemasan trip kami bergerak dari BKH agak lewat dalam jam 10.00 pagi, sebelum kami teruskan perjalanan selepas cop passport di sempadan Thailand. Kami singgah dahulu di sempadan Thailand untuk pertukaran matawang dan pembelian sim kad. Ini terpulang korang boleh tukar duit di Malaysia terus atau Thailand. Mana lagi untung? Pastinya di Malaysia lagi untung untuk pertukaran matawang, sebab matawang kita jatuh agak teruk.

Mrsyanie dah tukar siap jadi Mrsyanie hanya cari simkad sebab nak buat live video kat facebook gtu. Ketagih tau rasa nak buat live sebab nak kongsikan dengan semua lokasi menarik dan pengalaman kami secara siaran langsung.. cewah.. Simkad disini pastinya mahal tau, Mrsyanie dapat dengan harga Bath 120 untuk tempoh internet 7 hari. Tak nak beli pun ta pe sebab korang boleh uploadkan gambar perctian korang dengan menggunakan internet hotel nanti tapi tak syok sebab lambat hahah..

Tak sabar nak tengok apa yang menarik di Phuket kan. Sebelum itu kami singgah dulu disatu kawasan rehat yang menarik. Ada kedai serbaneka, farmasi, kedai cenderahati, kedai makan dan lokasinya terjaga dengan landskap yang menarik. Bilik airnya pun bersih tau, dan unik tandasnya. Disini Mrsyanie makan pancake pisang, mengidam sebab teringat pancake coklat di Krabi. Tak sabar nak makan pancake Krabi yang memang sedap sangat, bukan sebarang pancake tau.hihi..

Lokasi Rehat : Pakej Bajet 4 Hari 3 Malam Ke Phuket Krabi Hatyai
Lokasi Rehat Phuket Thailand

Kemudian kami teruskan perjalanan terus ke Phuket, perjalanan kami mengambil masa sehingga 6-8 jam jugak sebab kami ada berhenti banyak kali. Biasalah tepu duduk dalam van lama-lama, kebas rasa jadi perlu pergerakkan dan segarkan diri. Fuh rasanya hampir 12 jam tidak mandi gara-gara travel tau, yelah lepas balik kerja terus ke BKH.. Tang mana nak mandi kan, jadi redha jelah ye..Nasib baik bukan dari pagi, waktu rehat kerja tengahari Mrsyanie sempatlah balik rumah mandi dulu sebelum masuk semula ke pejabat haha.. Trip paling panjang perjalanan Mrsyanie rasa, sebab sebelum ni naik kapalterbang dan keretapi. Itu pun sebab tak sampai sejauh ke Phuket. Hanya di Hatyai dan Krabi je Mrsyanei pernah sampai sebab itu lah Mrsyanie teruja nak tengok apa menarik di Phuket.

Nanti Mrsyanie sambung ye, agaknya penginapan hotel mana kami menginap dan dimana lokasi yang menarik untuk berjalan di Phuket. Nak jugak Mrsyanie tengok keindahan Phuket yang telah menjadi salah satu lokasi yang terkenal dikalangan pelancong dunia termasuklah pelancong dari Malaysia tau..eehhh opss.. Mrsyanie lah tu haha..

Boleh jugak klik entry dibawah:
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *