FAMILY LATEST

Nasihat pakar: Jangan terlalu mengutamakan aspek pembelajaran melebihi aspek perkembangan yang lain

Assalamualaikum w.b.t

Anmum™ ESSENTIAL GOLD mempersembahkan siri video untuk ibu bapa tentang menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak | Teknologi telah mengubah cara hidup kita, termasuklah bagaimana ibu bapa di Malaysia membesarkan anak-anak mereka. Bersempena dengan pelancaran Anmum™ ESSENTIAL GOLD baharu yang dirumus dengan 33% lebih DHA*, MFGM+, Gangliosida (GA), prebiotik dan 15 nutrien penting untuk menyokong 8 perkembangan penting kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun, jenama susu tepung rumusan ini menerbitkan sebuah video bersiri yang menampilkan beberapa orang pakar dalam bidang pediatrik, perkembangan kanak-kanak, psikologi dan pemakanan untuk memberi pandangan yang bernilai bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD

Developing Next-Gen, Conversations with Professionals merupakan siri video yang dihoskan di laman Facebook Connected Mums Club dan saluran YouTube AnmumTV. Video ini menampilkan empat orang pakar yang berbincangl tentang topik perkembangan kanak-kanak yang relevan kepada ibu bapa di Malaysia. Salah satu isu yang dibincangkan adalah tentang penekanan yang berlebihan terhadap sokongan perkembangan otak dalam kebolehan pembelajaran kanak-kanak.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD

Satu penemuan menarik daripada tinjauan dalam talian AnmumTM ESSENTIAL GOLD menunjukkan bahawa ibu bapa tidak meletakkan kepentingan yang sama rata dalam setiap aspek perkembangan anak-anak mereka. Sementara 9 daripada 10 orang ibu yang ditinjau mahu menyokong perkembangan anak-anak mereka lebih daripada kebolehan pembelajaran, 64% daripada ibu-ibu berkata mereka tidak melihat perkembangan sosial dan emosi anak-anak sebagai keutamaan mereka.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD

Satu lagi tajuk yang ditekankan ialah hubungan antara perkembangan emosi sosial semasa zaman awal kanak-kanak dan kemunculan isu kesihatan mental dalam hidup pada masa hadapan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan lebih ramai orang akan mengalami masalah kemurungan berbanding masalah kesihatan lain menjelang tahun 2030.

Anmum™ ESSENTIAL GOLD

Sebagai tambahan kepada topik menarik ini, kumpulan ahli panel ini juga berbincang tentang bagaimana peningkatan pengaruh teknologi digital mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Salah satunya ialah peningkatan masa skrin dan impaknya kepada fungsi mata, penglihatan dan juga bersosial bersama rakan-rakan, yang juga merupakan aspek penting bagi perkembangan dan tumbesaran menyeluruh mereka. Dalam tinjauan atas talian oleh Anmum™ ESSENTIAL GOLD, 7 daripada 10 orang ibu mengakui bahawa mereka tidak membawa anak-anak mereka untuk pemeriksaan penglihatan walaupun mereka setuju perkembangan mata adalah penting.

Selebriti dan juga seorang ibu Megan Tan, yang mengendali dan menjadi hos siri perbualan maya ini menggesa ibu bapa untuk mendengar perbualan daripada pakar ini. “Sebagai ibu kepada dua orang anak, berbual dengan pakar dalam video ini memberikan saya kesedaran untuk tidak terlalu teruja untuk menyuruh anak-anak saya menghafal ABC dan 123, tetapi untuk menawarkan pengalaman hidup sebenar yang merupakan cara terbaik untuk anak-anak belajar.”

Saksikan Developing Next-Gen, Conversations with Professionals untuk mendapatkan petua-petua mengenai bagaimana untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran menyeluruh anak-anak anda, termasuk peranan penting pemakanan. Layari laman sesawang rasmi Anmum™ ESSENTIAL di https://www.anmum.com/my/ untuk menonton siri lengkap merangkumi lima episod video. Bagi Mamayanie ianya satu ilmu dan pendedahan yang sangat bagus untuk semua Ibu Bapa masa kini untuk perkembangan dan tumbesaran menyeluruh anak-anak dalam era yang serba moden ini.

Ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai AnmumTM ESSENTIAL GOLD boleh menyertai jelajah maya di www.anmumessentialgold.com.my dan berpeluang memenangi hadiah luar biasa sehingga RM100,000, termasuk bekalan AnmumTM ESSENTIAL GOLD selama 1 tahun! Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan sesuai untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak yang berusia satu tahun ke atas di rumah; dan terokai 8 aspek perkembangan penting.

Untuk maklumat lanjut:

AnmumTM ESSENTIAL GOLD

Website: https://www.anmum.com/my/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *